in

Dermalogica Lancar Rangkaian Produk Daylight Defense System

Dermalogica Lancar Rangkaian Produk Daylight Defense System

SISTEM PERLINDUNGAN WAKTU SIANG:
Formulasi baharu dan dipertingkatkan memberi perlindungan UV yang lebih berkesan, lebih lama dan lebih selesa untuk semua jenis kulit

Baru-baru ini, Dermalogica telah memperkenalkan formulasi baharu rangkaian Daylight Defense System yang dipertingkatkan, iaitu produk perlindungan matahari untuk pelbagai jenis kulit dan keperluan, dengan sistem keberkesanan, ketahanan dan pemakaiannya yang lebih baik.

Daylight Defense System

Roderick Chieng, Ketua Pegawai Eksekutif EIG Bhd yang mengedar dan memasarkan produk Dermalogica® di Malaysia, Asia Tenggara, dan Hong Kong berkata:

“Kami teruja yang Dermalogica sekali lagi mencapai kemajuan dalam perlindungan UV dan kesihatan kulit. Daylight Defense System yang baharu dan dipertingkatkan memberi perlindungan yang lebih berkesan dan bestari daripada musuh ketat kulit, iaitu matahari.”

Jesie Hong, Pengurus Pendidikan untuk Dermalogica di EIG Bhd menerangkan kepada media bahawa:

“Duduk di dalam kereta, di bawah sinaran matahari setiap hari, selama bertahun-tahun boleh menyebabkan hiper-pigmentasi dan tanda-tanda penuaan jelas yang lain pada muka, leher dan tangan; maka, formulasi yang dipertingkatkan ini semestinya merupakan berita baik kepada para pelanggan di Malaysia, di mana kita menikmati matahari hampir sepanjang tahun; terutamanya bagi mereka yang mahukan tona kulit sekata atau lebih cerah”.

Bagi memastikan tahap perlindungan yang tertinggi dan mengekalkan rumusan perlindungan matahari untuk kulit ini, Dermalogica menggunakan dua kaedah canggih untuk merangsang prestasi produk:

1) UV Smart Booster Technology
Pada amnya, matahari mempunyai kesan yang kuat atas kulit, mata dan badan. Kadang-kala pelindung matahari tidak cukup kuat untuk melawan kesan yang memudaratkan daripada pancaran UV. Kajian menunjukkan bahawa sinaran UV menyebabkan kulit menjadi kemerahan, kerosakan DNA dan juga mencetuskan pembentukan radikal bebas yang mengganggu bahan selular. Radikal bebas, juga dikenali sebagai Spesis Oksigen Reaktif atau Reactive Oxygen Species (ROS) adalah molekul yang tidak stabil yang dapat mengubah DNA, fungsi enzim dan proses-proses penting yang lain. Pembentukan radikal bebas dalam kulit, serta kesan merosakkan akibat sinaran UV, akhirnya menyebabkan kulit yang terdedah kepada matahari ini berubah seperti pigmentasi, kedut, keratosis aktinik, malah kanser kulit.

Untuk perlindungan-foto yang dipertingkatkan daripada sinaran UV dan radikal bebas, Dermalogica telah menggabungkan bahan antioksidan ke dalam formulasinya melalui UV Smart Booster Technology. Ini membolehkan bahan antioksidan penting seperti vitamin C dan E diperangkap ke dalam kapsul mikro yang akan diaktifkan apabila perlu. Vitamin dilepaskan apabila terdedah kepada sinaran UV, memberi perlindungan-foto yang dipertingkatkan ketika amat diperlukan.

2) Oleosome Technology
Dermalogica sentiasa menyarankan perlindungan UV waktu siang untuk digunakan setiap hari, dan kini Dermalogica memperkenalkan Oleosome Technology dalam dua produk yang dirumuskan semula – iaitu Solar Defense Booster SPF50 dan Oil Free Matte SPF30 – supaya lebih mudah lagi untuk digunakan setiap hari. Oleosome adalah sfera minyak pelembap dan Vitamin E semula jadi yang terdapat di dalam Biji Kesumba. Molekul unik ini boleh memberi bahan aktif seperti pelindung matahari secara terus ke permukaan kulit dan melepaskannya sedikit demi sedikit bagi memastikan manfaat kulit yang maksimum.

Ciri ini penting apabila merumuskan bahan dengan menggunakan pelindung matahari kimia kerana membolehkan kadar SPF yang lebih tinggi di samping menggunakan agen pelindung matahari yang sedikit, mengurangkan kemungkinan masalah sensitiviti dan memberi rasa yang selesa apabila digunakan. Solar Defense Booster SPF50 dan Oil Free Matte SPF30 Dermalogica yang baharu, dengan Teknologi Oleosome, boleh memberikan lebih banyak perlindungan UV tanpa rasa berminyak atau berkapur, dan meningkatkan lagi kepuasan pelanggan.

Untuk memudahkan profesional penjagaan kulit mengesyorkan dan memudahkan pelanggan untuk membuat pilihan, Sistem Perlindungan Harian ini digabungkan dalam pelbagai rangkaian penjagaan kulit Dermalogica dalam empat pakej produk. Oil Free Matte SPF30 yang baru dipertingkatkan, dari SPF 20, kini dipakejkan sebagai sebahagian daripada sistem MediBac Clearing® (pakej berwarna hijau). Bagi Solar Defense Booster SPF50 pula, yang dipertingkatkan daripada SPF30 dengan menggunakan formulasi baharu, kini menjadi sebahagian daripada Dermalogica Skin Health System (classic gray packaging). Bagi produk Ultra Sensitive Tint SPF30 dan Super Sensitive Shield SPF30 kini dipakejkan sebagai sebahagian daripada sistem UltraCalming®, yang mengandungi Kompleks UltraCalming® bagi membantu mengurangkan masalah kulit sensitif, kemerahan, kerengsaan dan keradangan.

Harga Dermalogica Daylight Defense ini adalah seperti berikut dan akan dijual di semua pusat rawatan kulit AsterSpring dan pengedar Dermalogica yang sah di seluruh negara.

Produk Harga (Semenanjung) Harga
(Sabah & Sarawak)
Oil Free Matte SPF30 RM 230.00 RM 237.00
Solar Defense Booster SPF50 RM 278.00 RM 286.00
Ultra Sensitive Tint SPF30 RM 176.00 RM 181.00
Super Sensitive Shield SPF30 RM 220.00 RM 227.00

Solar Defense Booster SPF50 50ml
untuk semua jenis kulit.

Tambahkan perlindungan UVA dan UVB yang penting ke dalam pelembap atau mekap asas dengan pelindung matahari Spektrum Luas untuk semua jenis kulit. Dirumus tanpa pewangi dan warna tiruan.

cara penggunaan
Sapu rata dan secukupnya pada muka, seelok-eloknya 30 minit sebelum terdedah kepada matahari. Atau, anda juga boleh mencampurkannya dengan pelembap atau mekap asas anda, kemudian sapu. Untuk perlindungan berterusan, gunakan dengan kerap dan sapukan semula jika perlu selepas berenang dan bersenam.

Super Sensitive Shield SPF30 50ml
kulit sensitif, reaktif dan kulit yang baharu.

Pelindung matahari Spektrum Luas yang bebas kimia membantu melindungi dan menguatkan rintangan lipid, yang sering terjejas pada kulit sensitif. Mengandungi UltraCalming™ Complex eksklusif. Dirumuskan tanpa pewangi dan warna tiruan.

cara penggunaan
Sapu secukupnya pada muka, seelok-eloknya 30 minit sebelum terdedah kepada matahari. Untuk perlindungan berterusan, gunakan dengan kerap dan sapukan semula jika perlu selepas berenang dan bersenam.

Ultra Sensitive Tint SPF30 50ml
kulit sensitif, reaktif dan kulit yang baharu.

Pelindung matahari Spektrum Luas dengan mineral bumi berwarna membantu melindungi kulit daripada kerosakan akibat UV dengan antioksidan daripada pati Biji Anggur dan Teh Hijau yang melegakan, sebagai pelindung matahari fizikal daripada penuaan kulit dan kerosakan UV yang merengsakan. Mengandungi Kompleks UltraCalming™ Complex eksklusif. Dirumus tanpa pewangi dan warna tiruan.

cara penggunaan
Sapu secukupnya pada muka, seelok-eloknya 30 minit sebelum terdedah kepada matahari. Untuk perlindungan berterusan, gunakan dengan kerap dan sapukan semula jika perlu selepas berenang dan bersenam.

Oil Free Matte SPF30 50ml
kulit berminyak dan bermasalah.

Pelindung matahari Spektrum Luas yang ringan membantu mengelakkan kulit berminyak dengan mengawal penghasilan minyak dan melegakan kerengsaan. Penyerap minyak membantu mengekalkan kulit supaya tidak berkilat sepanjang hari tanpa sisa bertempek. Dirumus tanpa pewangi dan warna tiruan.

cara penggunaan
Sapu secukupnya pada muka, seelok-eloknya 30 minit sebelum terdedah kepada matahari. Sapukan semula jika perlu selepas berenang dan bersenam.

Berkenaan Dermalogica:

Dikaji dan diperkembangkan oleh The International Dermal Institute, Dermalogica® kini sinonim dengan kesihatan kulit. Jenama ini diasaskan oleh Jane Wurwand pada tahun 1986, dengan tujuan menampung kekurangan produk yang memberikan hasil dalam pasaran Amerika Syarikat.

Falsafah Dermalogica®, iaitu memberi hasil tanpa terlebih janji dan pembungkusan mewah telah mentakrif semula industri. Jenama ini tidak percaya kepada konsep bahawa penjagaan kulit akan tentang kecantikan, memanjakan diri dan kemewahan. Malah, Dermalogica® mementingkan kajiannya untuk memperkembangkan formula yang membantu kulit mencapai keadaan optimumnya.

Dermalogica® seterusnya mengejutkan pasaran apabila tidak menggunakan warna tiruan, wangian sintetik, S.D. alkohol, lanolin atau minyak mineral – yang semuanya sering digunakan oleh banyak jenama kosmetik dan penjagaan kulit untuk mengurangkan kos, walaupun bahan-bahan tersebut diketahui menimbulkan masalah kulit.

Dengan falsafah tidak menggunakan bahan yang memudaratkan kulit, Dermalogica® berjaya memberi inspirasi kepada peminat dan profesional penjagaan kulit di seluruh dunia. Produk jenama ini kini dijual di lebih 80 buah negara di pusat-pusat rawatan kulit terpilih atas cadangan ahli terapi kulit profesional yang berkelayakan.

Dermalogica® dibuat di Amerika Syarikat dengan operasi globalnya yang berpangkalan di Carson, yang terletak di selatan Los Angeles.

Mengenai Esthetics International Group (EIG):

Esthetics International Group (EIG) Berhad ialah sebuah syarikat ulung dengan lebih 28 tahun pengalaman dalam penjagaan kulit, kesihatan, kosmetik serta industri kesejahteraan dan kecantikan.

EIG ialah pengedar eksklusif produk Dermalogica® di Malaysia, Singapura, Hong Kong, Thailand, Indonesia, dan Brunei, serta pembekal produk Dermalogica® ke Vietnam dan Kemboja. EIG juga terlibat dalam pengurusan dan operasi rangkaian lebih daripada 60 buah dan pusat rawatan penjagaan kulit profesional AsterSpring, 14 buah Dermalogica® Consultation Pods dan membekal kepada lebih 1,000 pengedar sah Dermalogica® di rantau ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Folli Follie Lancar Butik Konsep Baru Di Kuala Lumpur

Gun N Roses di Konsert F1 Malaysia 2013 di Sepang International Circuit