in

Dengar Muzik Tanpa Had di Mana Sahaja Dengan KKBOX

Hidup rasa tak happening kalau tak dengar muzik. Budiey dengar muzik tak kira masa. Dalam kereta, dalam tandas, tengah tunggu movie kat pawagam bermula, di mana saja! Sambil tulis blog pun boleh dengar muzik. Sumber inspirasi, orang kata. Kadang-kadang idea dan ilham boleh datang apabila dengar muzik.

Sekarang dah tak macam dulu lagi. Gaya pendengar dah berubah sakan seiring dengan teknologi yang makin maju.

[pullquote]Isu cetak rompak pun satu hal, sampai bila tak habis. Budiey pun dah naik jemu nak bincang pasal isu lapuk ni. Budiey perhatikan semua syarikat rakaman cari jalan dan alternatif lain untuk memasarkan lagu dan karya dari penyanyi. Dulu, orang kata muzik kita akan mati gara-gara cetak rompak yang makin parah. Tapi rupanya tidak! Ternyata teknologi merubah segalanya![/pullquote]

Okay, macam ni la ya… Budiey beri satu senario yang berlaku lima tahun lalu, untuk beli CD Bruno Mars sekarang harganya RM45.90. Ini bermakna untuk 10 lagu tu, belanja untuk empat hari makan pagi dikorbankan. Mahal gak tu. Tapi Budiey sanggup beli sebab nak buat koleksi dan rasa lebih puas memiliki album original.

Persoalan menghantui, apakah berbaloi nanti apa akan dibelanjakan untuk sesebuah album tempatan yang beberapa tahun ini, sering mengecewakan. Itulah sebabnya ramai yang beli CD tak original, mungkin.

Tapi itu dulu, beberapa tahun lepas. Sekarang, kita berada di zaman digital serba serbi mengubah gaya hidup pendengar. Muzik berada di hujung jari. Nak lagu apa? Semua ada! Jadi sekarang, orang dah tak guna CD lagi untuk layan muzik. Tapi jangan ingat orang jarang beli CD, muzik kita dah mati. Anda silap ya!

Semua ini tidak akan ada tanpa munculnya aplikasi atau muzik streaming. Minggu lalu, Budiey terpanggil untuk mengenali dengan lebih rapat dengan salah satu penyedia muzik digital dari Taiwan, KKBOX. Haa, anda pernah dengar KKBOX?

Cakap pasal KKBOX ni, Budiey lihat dah ramai artis sebut pasal KKBOX ni. Kebanyakan artis menggunakan saluran seperit KKBOX untuk memasarkan muzik mereka. Percaya atau tidak, KKBOX dah pun bekerjasama dengan 116 syarikat muzik di Malaysia.

Ternyata dengan KKBOX, gaya mendengar muzik lebih fleksibel. Bermakna, mana-mana kita pergi pun boleh dengar muzik. Anda seperti menggenggam perpustakaan muzik di mana terkandung 10 juta lagu dengan pelbagai kategori ke mana sahaja anda pergi! Banyak betul lagu, sehingga anda boleh namakan lagu dari penyanyi mana dan cuba cari di ruangan ‘Search’.

Sebetulnya KKBOX adalah satu alternatif untuk mendapatkan hiburan pada kadar yang sangat murah. Bayangkan anda hanya bayar RM15 sebulan untuk mendengar muzik dan layan lagu tanpa had. Selain itu, kita juga boleh mengakses koleksi muzik melalui telefon pintar, komputer peribadi dan tablet di atas dan di luar talian.

Budiey cukup impresif dengan kejayaan KKBOX yang semakin menakluki negara Asia sehingga menjadi penyedia perkhidmatan langganan muzik digital utama di Asia. Ramai yang tertanya, macamana untuk mendapatkan KKBOX ni. Okay, kepada pembaca yang belum mengenalinya. Apa kata layari dulu, www.kkbox.com.

Fungsi Lirik Bergerak Senang Nak Berkaraoke

[dropcap]D[/dropcap]i situ, anda boleh memuatturun aplikasi ke PC anda. Budiey dah pun memuatturun aplikasi KKBOX dan sangat suka dengan interface yang cukup ‘clean’ dan interaktif. KKBOX satu-satunya ada interface dalam Bahasa Malaysia. Ciri yang paling Budiey suka ialah ‘Lirik Bergerak’ di mana kita boleh berkaraoke serta merta di mana setiap lagu ada disediakan lirik.

Mudah Berinteraksi di Laman Sosial

[dropcap]R[/dropcap]asanya tidak sah kalau tiada fungsi interaktif. Jadi, apa yang Budiey lihat, KKBOX sangat interaktif di mana kita boleh berkongsi muzik melalui Facebook, Twitter dan laman sosial lain. Kita juga boleh melihat lagu manakah yang menjadi kegemaran rakan-rakan dan artis. Begitu juga dengan rakan kenalan akan menerima notis secara automatik tentang lagu yang sedang didengar. Malah kita boleh berchit-chat dengan kawan-kawan di KKBOX.

Mendekatkan Artis Dengan Peminat

[dropcap]B[/dropcap]egitu juga dengan hubungan anda dengan artis atau penyanyi kegemaran anda itu. Dengan KKBOX, anda tak akan rasa ada jurang pemisah antara anda dengan penyanyi dengan fungsi ‘Dengar Bersama’ Artis. Kita boleh berbual dan strim muzik bersama artis secara langsung. Budiey berpendapat, secara langsung ini akan memberi peluang kepada artis untuk mendekati dan beramah mesra dengan peminat di alam maya.

Info & Berita Terkini Tentang Perkembangan Muzik

[dropcap]A[/dropcap]pa lagi yang menariknya KKBOX ni? Cukup ohsem sebenarnya apabila kita boleh membaca berita terkini tentang muzik dan penyanyi pujaan selain dapat baca ulasan album dan juga temubual ekslusif bersama artis.

Percubaan Guna KKBOX Selama 7 Hari

[dropcap]M[/dropcap]ulanya, Budiey agak skeptikal untuk menggunakan KKBOX sebab Budiey ragu-ragu, betul ke ada banyak lagu dalam KKBOX ni? Budiey cuba mencari sebuah lagu yang dikeluarkan oleh seorang artis indie bernama Fakhrul Razi dari Brunei. Suka dengan lagu dari penyanyi bersuara lunak macho ni. Jadi, apabila dah buat carian tu, ternyata semua lagu ada dalam senarai database KKBOX. Kalau lagu-lagu indie ada dalam bank KKBOX apatah lagi lagu-lagu dari penyanyi tempatan.

Korang nak cuba? Okay, memang Budiey syorkan korang cuba dulu, tengok macamana. Sebab anda diberi peluang untuk mencuba keahlian percubaan percuma selama tujuh hari! Haa, bolehlah muatturun sekarang!

Cara Memuatturun Aplikasi KKBOX

[dropcap]C[/dropcap]aranya sangat mudah ya. Anda perlu install KKBOX, sign up guna Facebook atau emel seterusnya anda boleh mendengar selama 7 hari.

Khas untuk semua pembaca yang mahu install KKBOX ni, anda boleh mendapatkannya di SINI.

KKBOX

[dropcap]B[/dropcap]ayarannya? Cukup mudah sebenarnya sebab pengguna ada banyak pilihan untuk buat bayaran. Samada nak beli secara prabayar (top up) atau langganan. Pakej harian pada RM1, mingguan (RM4.90), bulanan (RM14.90) dan 90+5 hari (RM44.70). Tapi Budiey dah decide untuk melanggan selama setahun sebab dapat satu bulan PERCUMA dengan harga RM178.80.

Bayaran boleh dibuat dengan menggunakan kad kredit, e-bayaran, melalui DiGi atau perbankan atas talian. Cukup senang!

KKBOX

Jadi, anda boleh bayangkan sendiri harga beli satu album dengan melanggan KKBOX yang mana kita dapat menikmati akses muzik tanpa had dengan menggunakan talian internet di telefon pintar, PC dan tablet. Haa, kalau bayaran setahun RM178.80 seperti mana kita beli 4 buah album artis antarabangsa. Cukup jimat rasanya. Anda boleh kira sendiri lah ya.

Baru-baru ini, Budiey ada jumpa beberapa penyanyi dan mereka perkenalkan Budiey dengan KKBOX. Mungkin sebab itu, Budiey rasa terbuka hati untuk menulis tentang KKBOX di blog ini.

Pasti ada pembaca yang tak tahu bagaimana untuk mendengar muzik berkualiti dan bervariasi secara SAH di zaman ini. Ye lah, Budiey kata secara SAH sebab KKBOX juga mengambil berat tentang ‘periuk nasi’ artis dan penyanyi itu.

Penyanyi sekarang rasa secure dan tak perlu risau ditindas. Lagi pun, jika dibandingkan 10 tahun lalu, kualiti muzik kita makin baik. Some album are as good as international. Jadi, tak perlu takut untuk meninggalkan generasi MTV dan memasuki generasi digital.

Tunggu apa lagi kliklah SINI untuk dapatkan pass percuma tujuh hari.

kkbox

PERADUAN MENANG PASS 90 HARI

[dropcap]B[/dropcap]udiey ada empat (4) keping pass voucher percubaan KKBOX 90 hari untuk diberikan kepada pembaca yang bertuah. Apa yang anda perlu lakukan, hanya menghantar video instagram 16 saat yang kreatif dengan menyebut:

“Saya mahu guna KKBOX kerana…”

Hantarkan link pautan video Instagram tersebut kepada emel :

dengan tajuk email: Peraduan KKBOX di Budiey.com

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Tarikh tutup peraduan:

24 Julai 2014 (jam 3 petang)

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email atau Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada Budieyators & pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Dapatkan Info lanjut tentang KKBOX ni, dengan melayari : www.kkbox.com

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

A Great Big World Live in Malaysia 2014

2014 KOSE SAVE the BLUE Limited Edition