in

Demam Filem Thriller Sepanjang April Ini

DEMAM FILEM-FILEM THRILLER DI RTM SEPANJANG APRIL INI

Filem-filem bergenre thriller dan seram sememangnya memiliki tempat di hati penonton tanpa mengira peringkat umur dan bangsa. Apatahlagi sekiranya filem-filem tersebut pernah mengungguli carta box office seluruh dunia.

Justeru dalam meraikan sambutan ke-65 Hari RTM pada 1 April depan, Radio Televisyen Malaysia (RTM) membawakan slot khas Thriller Saturday yang menghimpunkan empat filem disiarkan secara berturut-turut setiap hari Sabtu, jam 10.00 malam di TV2. Tayangan filem-filem tersebut bermula dengan Red Eye (02 April 2011), Double Jeopardy (09 April 2011), Kiss The Girl (16 April 2011), The Bone Collector (23 April 2011) dan diakhiri dengan tayangan filem hebat, Along Came A Spider (30 April 2011).

RED EYE

Sebagai pembuka tirai saksikan Red Eye lakonan Rachel McAdams, Brian Cox dan Cillian Murphy ini mengisahkan seorang pengurus hotel dikenali sebagai Lisa Reisert yang dalam perjalanan pulang ke Miami selepas menghadiri pengebumian neneknya. Dalam penerbangan dia bertemu dengan Jack Ripner. Dia menyedari diculik oleh Jack yang menyuruh dia membunuh William Keefe, Ketua ‘Homeland Security’. Jack mengugut Lisa akan membunuh bapanya jika dia tidak bekerjasama. Berada di ketinggian 30000 kaki, apakah yang harus Lisa lakukan untuk menyelamatkan diri?

Kemudiannya penonton diajak menyaksikan Double Jeopardy pula yang mengambil kisah Nick Parsons dan Libby bercuti hujung minggu dengan kapal mewah milik mereka. Namun apabila terjaga daripada tidur, Libby mendapati suaminya tiada dan tompokan darah berada di merata-rata tempat. Libby dituduh membunuh suaminya dan didapati bersalah. Enam tahun kemudian, Libby dibebaskan dan dengan bantuan Travis Lehman, dia berusaha mencari anak lelakinya dan mencari kebenaran di sebalik pembunuhan tersebut. Filem ini dibintangi oleh Tommy Lee Jones, Ashley Judd, Benjamin Weir dan Jay Brazeau.

Usah ketinggalan juga mencabar diri anda menyaksikna filem penyiasatan Kiss The Girl, kisah Detektif Dr. Alex Cross mengembara ke Utara Carolina untuk menyiasat kes penculikan anak saudaranya. Adakah misinya berjaya? Saksikan filem lakonan Reese Witherspoon, Mark Ruffalo dan Donal Logue ini seterusnya.

The Bone Collector kemudiannya memaparkan kisah Lincoln Rhyme, bekas pakar forensik yang kini lumpuh seluruh badan, bekerjasama dengan seorang polis peronda untuk menyelesaikan misteri pembunuhan. Misteri pembunuhan yang kesemuanya berkaitan dengan pengumpulan secebis tulang daripada setiap mangsanya. Rhyme yang lumpuh itu mengumpul dan menyenaraikan bahan bukti dengan hanya berkomunikasi dengan Amelia melalui telefon. Berjayakah mereka mengesan pembunuhan misteri tersebut? Filem menyaksikan lakonan hebat Angelina Jolie, Queen Latifah, Danzel Washington dan Micheal Rooker.

Cuba menyelongkar misteri berlaku dalam diri Alex Cross, Along Came A Spider pula berlatarkan plot seorang penyiasat yang hebat telah kematian rakan setugasnya lapan bulan lalu. Segalanya menyebabkan dirinya mula hilang pedoman. Alex berhenti kerja dan tidak dapat memaafkan diri sendiri keranakematian kawannya itu. Walau bagaimanapun, Alex terjebak semula ke dunia penyiasatan kerana anak perempuan seorang senator telah diculik dan penculik berkenaan hanya mahu berurusan dengan Alex secara peribadi. Apakah sebenarnya agenda penculik tersebut? Adakah gadis tersebut dapat diselamatkan. Watak-watak dalam filem ini dibawakan oleh Morgan Freeman, Monica Potter, Micheal Wincott, Dylan Baker, Mika Boorem dan Anton Yelchin.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Teater Muzikal The Secret Life of Nora

Animasi BoBoiBoy 3D di TV3