in ,

Dekorasi Biskut Raya Terbesar TV3 & TV9

DEKORASI BISKUT RAYA TERBESAR TV3 & TV9!
Disertai Lebih 500 Peserta Yang Terdiri Daripada Chef, Selebriti, Wargakerja Media Prima dan Orang Ramai

Sempena menyambut kedatangan bulan Ramadan yang semakin hampir, stesen televisyen Media Prima Berhad, TV3 dan TV9 dengan kerjasama Julie’s hari ini menganjurkan acara padang, “TV3 & TV9 Uli-Uli Biskut Raya Bersama Julie’s”. Aktiviti bercorak kemasyarakatan ini merupakan satu platform unik kepada para penonton setia TV3 dan TV9 untuk turut sama-sama menjayakan Pertandingan Dekorasi Biskut Raya yang dimeriahkan lagi dengan kehadiran personaliti TV, chef dan artis popular tanahair yang dijemput khas.

Selepas kejayaan pada edisi pertama tahun lalu, TV3 dan TV9 bersama Julie’s sekali lagi menampilkan “TV3 & TV9 Uli-Uli Biskut Raya Bersama Julie’s” dengan skala lebih besar apabila lebih 500 penyertaan telah diterima daripada orang ramai yang ingin menjayakan aktiviti khas ini. Mereka akan turut disertai oleh barisan artis popular tanahair dan kemudian akan dibahagikan kepada empat kumpulan yang diketuai oleh chef terkenal iaitu Chef Ismail, Chef Zam, Chef Zaidah dan Chef Rose. Antara artis yang memeriahkan acara pada hari ini ialah Ryzal Jaafar, Erry Putra, Almy Nadia, Faralyna Idris, Aishah Ilias, Syazwan Zulkifly, Talha Harith, Zalif Sidek, Nelydia Senrose, Azuan Mazlan, Riz Amin, Abdul Munir, Anis Nabilah, Syed Mohd Khair dan ramai lagi.

Selain daripada barisan personaliti TV, artis, chef dan orang ramai, acara “TV3 & TV9 Uli-Uli Biskut Raya Bersama Julie’s” turut diserikan dengan kehadiran En. Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad dan En. Martin Ang, Pengurus Besar Kumpulan, Jualan & Pemasaran.

Menurut En. Ahmad Izham Omar, “Pihak kami amat gembira kerana pada hari ini, aktiviti istimewa ini akhirnya dapat direalisasikan dengan jayanya dengan kerjasama dan komitmen padu daripada semua pihak yang terlibat. Bersesuaian dengan sambutan bulan Ramadan dan Syawal yang bakal menjelang, aktiviti hari ini boleh dilihat sebagai satu inisiatif positif stesen TV3 dan TV9 untuk merapatkan lagi hubungan dengan para penonton setianya di samping membuat amal dan kebajikan. Menerusi acara “TV3 & TV9 Uli-Uli Biskut Raya Bersama Julie’s” hari ini, markah setiap kumpulan akan dikira melalui kreativiti, kekemasan, kebersihan keseluruhan dan kerjasama. Di penghujung acara hari ini, barisan personaliti TV, artis, chef dan peserta akan melawat sebuah rumah kebajikan iaitu Rumah Anak Yatim Al-Nuriah bersama-sama biskut raya yang dihasilkan.”

ULIULI06

“Saya amat gembira kerana ramai yang hadir pada hari ini. Sambil kita bersukaria dalam acara pada hari ini, saya berharap orang ramai sentiasa menyedari bahawa terdapat ramai lagi yang kurang bernasib baik seperti orang tua-tua terbiar, kanak-kanak kurang upaya dan anak yatim piatu yang memerlukan bantuan dan ihsan kita. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua wargakerja Julie’s yang bertungkus lumus menjayakan acara ini secara sukarela”. tambah Pengarah Urusan Kumpulan Julie’s, En. Su Chin Hock.

Untuk makluman, seramai 500 orang peserta yang mengambil bahagian pada acara hari ini telah mendaftar penyertaan masing-masing menerusi laman sesawang TV3 yang dibuka sejak 6 Julai lepas dan terdiri daripada orang awam termasuklah ahli-ahli MyTV3, wargakerja Media Prima Berhad dan syarikat Julie’s sendiri. Acara yang bermula seawal jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang merangkumi beberapa aktiviti seperti demo hiasan oleh chef, pertandingan dekorasi biskut raya, tele-match di pentas utama, penampilan maskot, sesi penyampaian hadiah kepada pemenang dan persembahan istimewa daripada finalis Mentor 6, Zatul, Anas serta Kumpulan OAG. Bersempena bulan Ramadan ini juga, pihak Julie’s akan mengagihkan 3,000 balang biskut raya ke rumah-rumah kebajikan di sekitar negeri Melaka, hentian rehat & rawat dan beberapa plaza tol terpilih.

ULIULI01

ULIULI03

ULIULI04

ULIULI05

ULIULI08

ULIULI07

Uli Uli

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pink Blow Me One Last Kiss

Muzik Video Ajari Aku Anuar Zain OST Filem SAM