in ,

Deborah Henry Elaine Daly Daphne Iking Hos BELLA 2012

BELLA 2012 KEMBALI PADA 1 JANUARI

Bella tampil lebih segar dengan set yang lebih inovatif, segmen menarik dan waktu siaran yang baru!

Wanita masa kini cukup memainkan peranan besar dalam masyarakat sama ada dalam bidang perniagaan, sebagai ahli politik, penjawat jawatan besar dalam sesuatu organisasi, penegak keadilan, sebagai seorang ibu mahupun berhadapan dengan pelbagai cabaran. Malah mereka juga mampu membuat suatu perubahan besar dalam dunia global. Sedang pada setiap wanita yang telah mengecapi kejayaan dan mencapai matlamat sudah pasti masih ada beribu lagi yang masih berdiam diri dan masih cuba melebarkan sayap mereka untuk lebih maju ke hadapan. Inilah misi rancangan bual bicara wanita, Bella dalam membantu dan memberi ruang kepada golongan wanita untuk melangkah jauh untuk merealisasikan matlamat dan impian mereka. Kembali di Saluran Ceria Anda, ntv7 bermula 1 Januari ini, Bella 2012 akan memanjangkan tempoh siarannya kepada satu jam buat secara langsung setiap episod dan akan ke udara setiap hari Ahad (1.30 petang- 2.30 petang) dan Isnin hingga Khamis pada jam 11.00 pagi.

elaine

Menjadi antara salah satu ruang untuk wanita berkongsi tips, rahsia, kisah hidup, serta tanda tanya dan kebimbangan mereka sepanjang tahun lepas, Bella tahun 2012 kini kembali dengan rancangannya yang lebih istimewa buat penonton setianya. Bual bicara penuh erti dan inspirasi ini akan dihoskan oleh lima wanita Malaysia yang turut mempunyai nama besar dan pengaruh mereka – Elaine Daly, Daphne Iking, Deborah Henry, Lisa Wong, dan Vanessa Chong – akan mendedahkan set baru mereka yang semestinya lebih segar dan penuh ceria.

Kumpulan yang telah banyak mendedikasikan kerja mereka kepada di sebalik Bella 2012 juga telah menyediakan kejutan khas bukan sahaja di set penggambaran tetapi dengan wujudnya beberapa segmen baru istimewa dan berbeza-beza setiap hari bagi menggantikan segmen-segmen terdahulu. Pada hari Ahad, segmen ‘Bella Weekend’ akan berkongsi dengan anda apakah aktiviti yang sesuai untuk dilakukan bersama keluarga pada hujung minggu. Isnin pula hadir dengan segmen ‘Bella Confidential’ yang akan memberi ruang kepada wanita berbicara mengenai dilema dan pahit jerih kehidupan mereka. Selasa pula membawakan segmen ‘Bella Society’ yang memberi fokus kepada isu membabitkan masyarakat.

Kita juga mencari apa yang sebenarnya memberi inspirasi kepada wanita mahupun lelaki dan untuk itu, pada hari Rabu, penonton akan dibawa kepada segmen ‘Bella Mars’ untuk kaum Adam diberi peluang untuk memberi pandangan mereka dimana kaum Hawa juga dapat memahami sudut perspektif mereka. Pada hari Khamis, ‘Bella Unwind’ pula merupakan segmen yang paling sesuai untuk anda sekeluarga mahupun bersama sahabat handai kerana segmen ini akan berkongsi tempat-tempat menarik serta tips dalam merehatkan minda dan tubuh anda.

Penerbitnya, Intan Noorbaizura berkata antara sebab rancangan ini diterima baik oleh orang ramai adalah kerana ianya unik dan relevan kepada ramai wanita. “Bella merupakan teman baik wanita. Saat menonton Bella, anda akan menyedari bahawa tiada rancangan seumpamanya di TV hari ini. Bella membenarkan anda untuk bersembang telus malah ianya penuh inspirasi dan memberi semangat, ” katanya.

“Misi Bella adalah untuk membuka mata wanita dengan memberi mereka inspirasi, informasi serta mendidik mereka untuk menjadi segala yang mungkin mereka kecapi. Di dalam setiap rancangan ini, kami akan berbicara dengan wanita daripada segenap lapisan yang akan berkongsi perjalanan hidup dan bagaimana menggapai kejayaan peribadi mereka sementara menguruskan kepelbagaian emosi mereka yang merupakan lumrah bagi setiap insan,” tambah Intan.

Bella 2012 akan membincangkan topik pemerdagangan manusia pada minggu pertama siarannya. Jadi jangan lupa untuk menyaksikan Bella, setiap hari Ahad jam 1.30 petang dan pada hari Isnin hingga Khamis pada pukul 11.00 pagi tentunya di Saluran Ceria Anda, ntv7. Kepada mereka yang terlepas menyaksikannya anda juga boleh menontonnya di www.tonton.com.my.

Untuk maklumat lanjut layari www.ntv7.com.my atau ikuti perkembangan ntv7 di Twitter mahupun Facebook.

Pengacara Bella 2012
Elaine Daly – wanita cantik ini pernah mewakili Malaysia di dalam pertandingan ratu cantik Miss Universe 2004. Sebagai salah seorang model ternama di Malaysia, beliau pernah menjadi wajah untuk produk dan syarikat seperti ZA Cosmetics, SK-II dan Nescafe sama ada untuk iklan media cetak atau televisyen. Namun keghairahan sebenarnya adalah dalam bidang lakonan dimana Elaine pernah membawakan watak utama dalam drama komedi ‘Getting Together’ serta beberapa drama lain antaranya Astana Idaman, serta pementasan ‘Frogway The Musical’. Sebagai seorang pengacara pula, Elaine pernah mengacarakan acara untuk jenama fesyen seperti Seed, dan pembuat jam tangan berstatus antarabangsa, Jaeger Le Coultre. Elaine juga pernah menjadi juri untuk menghakimi Malaysian Dreamgirls, sebuah rancagan reality online.

daphne

Daphne Iking – mula dikenali sejak mengacarakan TV3, Explorace. Kejayaannya dalam rancangan itu telah membawa Daphne sebagia pengacara berwibawa seperti di Majalah Tiga dan My Australian Adventure. Buat masa ini, Daphne boleh dilihat mengacara rancangan The Breakfast Show di ntv7 dan juga pernah membawakan pelakon watita utama dalam filem Belukar.

deborah

Deborah Henry – Deborah telah menjadi antara model hebat di dalam industry selama beberapa tahun yang lepas. Berketurunan India dan Ireland, jelitawan ini merupakan 16 peserta separuh akhir teratas di Miss World 2007. Di pentas peragaan, Deborah pernah menggayakan rekaan antarabangsa seperti jenama Dior, Gucci dan Zang Toi. Sejak usia 18 tahun lagi, Deborah telah ke England sebagai seorang model selam setahun yang juga kemudiannya ke Australia. Deborah juga pernah menghiasi iklan Perodua, Coke dan Celcom dan kini menjadi wajahHabib Jewels. Deborah kini boleh dilihat mengacara rancangan online serta mengacara di acara seperti MIFA (Malaysian International Fashion Awards). Dia juga telah mewakiliMalaysia di pertandigan ratu cantik di Brazil untuk Miss Universe 2011.

Lisa

Lisa Wong – merupakan pengacara professional dan penyampai TV yang berbakat di dunia penyiaran. Lisa bukan sahaja pernah menemubual johan F1, Michael Schumacher dan Fernando Alonso di litar Formula One, malah bersama Perdana Menteri Malaysia serta penyanyi lagenda, Jamiroquai dan Dato’ Siti Nurhaliza. Lisa Wong kini semakin dikenali kerana sikapnya yang professional dan dedikasinya.

Vanessa Chong

Vanessa Chong – mula dikenali do persada tempatan dan antarabangsa setelah menjadi naib juara the Amazing Race Asia 2. Dia yang juga pelakon dan pengacara TVpernah menjuarai carta FHM 100 Most Wanted Women in the World pada tahun 2009.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Shiha Salma Iqa Mentor Duet Nyanyi Beribu Sesalan

TV3 Umum Senarai Mentor Musim Ke-6