Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Debat Eksklusif Isu Sistem Pendidikan Cina di Malaysia



SESI DIALOG KHAS: SISTEM PENDIDIKAN CINA DI MALAYSIA SATU KELEBIHAN ATAU SEBALIKNYA? APAKAH PRODUKNYA ‘COPY-CAT’?

Saksikan siaran rakaman debat eksklusif mengenai isu kontroversi bersama-sama Timbalan Menteri Pelajaran pada 26 Februari, 12.00 tengah malam, hanya di ntv7.

Professor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim

Saluran Ceria Anda bakal menyiarkan rakaman eksklusif DEBAT KHAS antara Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong dengan cendekiawan, Professor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim mengenai isu yang sudah lama berpanjangan berkaitan sistem pendidikan Cina.

Dimoderasikan oleh Dr Chong Fah Hin, dialog selama sejam ini akan ditayangkan di ntv7, Jumaat, 26 Februari 2010 pada jam 12.00 tengah malam.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong

Baru-baru ini, sejarahwan ternama negara – Professor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim mengeluarkan kenyataan yang telah mengejutkan industri pendidikan Malaysia dalam sebuah wawancara bersama akhbar tempatan.

Beliau berpendapat bahawa pelajar sekolah aliran cina merupakan produk ‘copycat’ yang berpunca daripada sistem pembelajaran yang lebih menerapkan sistem hafalan. Melalui forum ini, Kim berkongsi kajian menyeluruhnya terhadap isu berkenaan sementara Timbalan Menteri Pendidikan yang mempertahankan sistem pendidikan vernakular, membangkang hujah-hujahnya.

Tidak kira sama ada isu prejudis terhadap sistem pendidikan vernakular ataupun pertembungan antara bidang pendidikan dan politik, program ini pastinya merupakan platform terbaik untuk membantu penonton lebih memahami isu hangat ini.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan dialog hebat bersama pakar akademik yang membincangkan isu yang amat dekat di hati rakyat Malaysia, Jumaat ini, 26 Februari, 12.00 tengah malam, hanya di ntv7!

Tags:

Tags:

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • SIARAN LANGSUNG PUSINGAN AKHIR PERTANDINGAN DEBAT MANDARIN ANTARA UNIVERSITI MALAYSIA KALI KE 11
  • KEMBARA SYAHADAH 4 PERKEMBANGAN ISLAM DI ALBANIA
  • Kempen Derma Darah Dan Pameran Pendidikan Kesihatan
  • KEMPEN DERMA DARAH DAN PAMERAN PENDIDIKAN KESIHATAN ANJURAN MASJID NEGARA
  • Terapi Mandi Songsang
  • Temubual Eksklusif Bersama Dr. John Gage Di Program Tamu Awani
  • Selamat Tahun Baru Cina 2011
  • Anugerah Industri Muzik 15
  • Sistem Penjurian Festival Filem Malaysia
  • Drama Biar Waktu Menjemputmu



  • =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK