in

Debaran Peserta MENTOR LEGEND di Pentas Akhir

Konsert Akhir Mentor Legend akan menjelang tidak lama lagi. Konsert Separuh Akhir Kedua minggu ini bakal menjadi konsert penentuan bagi tiga protégé yang akan mara ke peringkat akhir, minggu hadapan. Para protégé dan mentor akan berentap habis-habisan dalam Konsert Separuh Akhir Kedua, Ahad ini, 15 Febuari 2015, di Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Yang pastinya, peserta Mentor Legend minggu ini akan memberi persembahan medley yang lebih hebat dari minggu lepas. Lagu-lagu hit seperti Fatwa Pujangga & Wrecking Ball akan di gabungkan dalam persembahan Nadeera, lagu bervokal dinamik seperti Sedang Apa dan Dimana & Inikah Cinta akan dinyanyikan oleh Azmil, dan Tuah akan mempersembahkan satu persembahan bervokal tinggi menerusi medley trio Nuri, Permata Pemotong Permata & Kemelut Di Muara Kasih.

Konsert Separuh Akhir Pertama Mentor Legend

Selama sebelas minggu para protégé dan mentor telah membuat persiapan untuk Konsert Separuh Akhir ini. Debaran menguasai ruang hati mereka, dan persoalan siapakah yang akan mara ke peringkat akhir sentiasa bermain dalam pemikiran mereka. Sensasi yang sama juga dirasai semua penggemar Mentor Legend.

Markah pemberian juri awam, minggu lepas pasti akan memainkan peranan dalam menentukan Finalis Mentor Legend.

PROTEGE NADEERA AINA TUAH SARAH FAHMIE AZMIL
JURI AWAM (20%) 19 17 15 18 15 19

Mengekalkan format pemarkahan yang sama seperti musim-musim yang sebelumnya iaitu 30% dari undian Sistem Pesanan Ringkas (SMS), 50% dari Juri Tetap, dan 20% dari Juri Awam. Para pencinta Mentor Legend boleh mengundi Protégé Mentor Legend dengan menaip MENTOR untuk satu undian atau MENTOR5 untuk lima undian diikuti dan hantar ke 33399. Setiap satu undian akan dikenakan caj sebanyak RM 0.50. Contohnya MENTOR AZMIL dan hantar ke 33399.

Program Mentor Legend yang mengandungi 13 episod ini diterajui oleh penerbit eksekutif Muhamad Sufian Isa dan dibantu oleh Ahmad Shaifullizam Arshad (Gbam) selaku penerbit. Kali ini, Mentor Legend menampilkan Awal Ashaari sebagai pengacara program, Shiha Mentor sebagai pengacara Jurnal Mentor Legend.

Selain itu, Michelle Wee bertindak sebagai pengacara bersama sewaktu konsert mingguan untuk mendapatkan kisah-kisah yang berlaku di sebalik tabir dan di belakang pentas. Musim ini turut mempersembahkan Faizal Uzir (Lok U) sebagai Pengarah Muzik, Azmeer sebagai Penasihat Vokal, dan Sazlan Mat Adnan sebagai Penasihat Persembahan.

Ikuti konsert mingguan Mentor Legend yang disiarkan secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada setiap hari Ahad jam 9.00 malam hingga 11.00 malam. Penonton juga boleh saksikan sorotan persediaan dan aktiviti protege bersama mentor mereka melalui Jurnal Mentor Legend, setiap hari Ahad selama 30 minit bermula jam 6.00 petang pada 30 November.

Untuk menonton siaran ulangan setiap program Mentor Legend, boleh didapati melalui portal video Tonton (www.tonton.com.my). Program ini juga mendapat sokongan Hot FM selaku radio rasmi, dan peminat setia Mentor Legend boleh mendapatkan informasi Mentor Legend melalui frekuensi radio 97.6 di sekitar Lembah Klang.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Sekitar Sessi Ramah Mesra Sidang Media DFKL 2015

Lagu Tema Filem FIFTY SHADES OF GREY