Dayangku Intan Saman Kerajaan RM3.9j
Penyanyi lagu Semakin Rindu Semakin Sayang, Dayangku Intan Tengku Hamid, 41, memfailkan saman ganti rugi RM3.9 juta terhadap Menteri Pelancongan dan Kerajaan Malaysia kerana memungkiri perjanjian kontrak. Dayangku Intan yang juga Pengarah Eksekutif Syarikat InMan Production (M) Sdn Bhd dan Pengarah Urusannya, Rosman Yahil, 45, memfailkan saman itu kerana defendan memungkiri kontrak Pertunjukan dan Pertandingan Bunga Api Merdeka Antarabangsa Sedunia. Mereka memfailkan saman itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil, Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini, 20 Julai lalu, melalui Tetuan Karpal Singh & Co. Plaintif mendakwa defendan gagal menunaikan janji dengan memberikan kontrak itu kepada Global 2000 Sdn Bhd (pihak ketiga) sedangkan cadangan dan kertas kerja asal mengenai konsep itu disediakan InMan Production.
InMan dijemput untuk membuat pembentangan mengenai acara yang akan diadakan pada pertunjukan itu sempena sambutan kemerdekaan 50 tahun dan Tahun Melawat Malaysia. Cadangan dan pembentangan InMAn bagaimanapun, diterima dan satu perjanjian yang mempunyai terma ditandatangani kedua-dua pihak. Selain itu, plaintif juga mendakwa acara yang dicadangkan turut dimasukkan ke dalam kalendar ‘Visit Malaysia 2007/Celebrating 50 years Nationhood’ yang dijadualkan pada 4, 11, 18, 25, 30 Ogos ini. defendan pertama turut menyetujui bajet lebih RM5 juta dan meminta perincian lanjut serta pecahan sebut harga bagi acara berkenaan. Plaintif sudah memberikan perincian lanjut seperti yang diminta pada 30 Mei tahun lalu. Dalam pernyataan tuntutan itu, mereka memohon pengisytiharan bahawa konsep pertunjukan dan persembahan bunga api bermuzik itu adalah harta milikan InMan Production, menuntut kerugian sebanyak RM3.9 juta, faedah ke atasnya, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Budiey: Saman jangan tak saman… kos untuk bunga api saje dah cecah rm50 juta… wow banyak tu!
[tags]Dayangku Intan Tengku Hamid, lagu Semakin Rindu Semakin Sayang, Menteri Pelancongan, Kerajaan Malaysia, kontrak perjanjian, Syarikat InMan Production (M) Sdn Bhd, fail saman, Global 2000 Sdn Bhd, Visit Malaysia 2007/Celebrating 50 years Nationhood, siti nurhaliza, gen2 cars, kereta nasional, latest proton cars, youtube, jadual artis, gossip artis, benda tv3 kahwin, keputusan ffm 20, foto kahwin, gambar artis kahwin, karpal singh, karam singh walia, tv3, gambar Proton Sedan Gen2, proton sedan, andy terkeluar mystarz lg, andy tersingkir, jaclyn juara ikon malaysia, ikon malaysia juara, letto, lasindah cafe, gambar fiza falak, the simpson trailer, britney mengandung, hamil, youtube, oag menang ikon malaysia, guru liwat pelajar, guru pukul murid, masalah sosial, tips tangani, yasmin hani era fm, percuma lagu, e book harry porter, proton[/tags]
Tags: Berita, Dayangku Intan
Tags: Berita, andy terkeluar mystarz lg, andy tersingkir, benda tv3 kahwin, Dayangku Intan Tengku Hamid, e book harry porter, fail saman, foto kahwin, gambar artis kahwin, Global 2000 Sdn Bhd, gossip artis, guru liwat pelajar, guru pukul murid, ikon malaysia juara, jaclyn juara ikon malaysia, jadual artis, karam singh walia, karpal singh, Kerajaan Malaysia, kontrak perjanjian, lagu Semakin Rindu Semakin Sayang, lasindah cafe, letto, masalah sosial, Menteri Pelancongan, oag menang ikon malaysia, percuma lagu, siti nurhaliza, Syarikat InMan Production (M) Sdn Bhd, tips tangani, tv3, Visit Malaysia 2007-Celebrating 50 years Nationhood, yasmin hani era fm, youtubeClick on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





December 3rd, 2008 at 2:18 am
Jadi ke saman ni?
July 14th, 2009 at 9:56 pm
Jadi… October this year, so saya mintak jasa baik supaya doa’kan untuk kami.. Inshaallah..
Ohh, I’m her son by the way.
August 12th, 2009 at 2:27 am
saman jgn tak saman bior padanmuka dia orang. orang buat kije penat2 dia sapu lak kita nyer proposal. cam tu la org umno nyer perangai
August 12th, 2009 at 4:22 pm
Apasal UMNO lak yang kena ni.Kalau ya pun anti Goverment janganlah marah sangat. Releks le. ni tahun bila punya berita ni?
September 12th, 2009 at 10:45 pm
ntah,sedap2 kate orang umno,lu kalau tak sentuh pasal isu politik tak leh ke? 3rd class punye mentaliti
January 28th, 2011 at 11:29 pm
diaorg ni mmg gitu,nak untong lebih tu pasal suh org lain buat proposal baru kenkonon org lain la padahal kunco sendiri.berlakunya diskriminasi,pilih kasih dlm kes ni
January 30th, 2011 at 2:10 am
Salam terima kasih kerana memberi sokongan kepada kami. Kes ini masih berjalan tapi ada sedikit hampaan dimana kami diberitahu sepatutnya kes didengarkan pada bulan oktober 2010 tapi kami dimaklumkan yang bilik mahkamah itu telah di bubarkan dan hakim yang bertugas telah meletak jawatan.
Kes ini di tunda pada Februari 2011. Inshaallah. Kami yakin kebenaran menyebelahi kami.
Ini tidak ada kena mengena dengan UMNO. Tetapi ini ialah satu perbuatan manusia dan penkianat bangsa.
Allah Hu’Akhbar.
November 22nd, 2011 at 10:08 am
Dayangku intan di makamah hari isnin,rabu dan khamis doa dari sahabat amat di harai,insyaALLAH moga kemenangan menyebelahi mereka.
March 13th, 2012 at 12:13 pm
da lepas 2 tahun nie..apa cerita ?.. peguam tu banyak sngat job uh , nak bela orang2 dia dulu.. lupa kes orang mcm dayang nie hahah