in ,

Dayang Nur Faizah di Majlis Penyerahan Bubur Lambuk Alibi Music

Alibi Music tidak pernah melupakan tanggungjawab sosial mereka kepada masyarakat. Sempena bulan Ramadan ini, buat pertama kalinya Alibi Music dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Masjid Jamek Kg. Baru mengadakan Majlis Penyerahan Bubur Lambuk kepada orang ramai pada 25 Ogos 2010 bersamaan dengan 15 Ramadan 1431 Hijrah ini.

Proses memasak bubur lambuk dimulakan oleh AJK dan penduduk kampung sekitar jam 8 pagi. Pihak Alibi Music menyumbang 4 periuk daripada 15 periuk bubur lambuk pada hari itu. Antara artis yang terlibat pada hari itu ialah kumpulan The Fabulous Cats, Dayang Nur Faizah dan Lah Ahmad.

Menurut Pengerusi Masjid Jamek Kg. Baru, Dato’ Hj. Idris Shaari bin Mat Aris, “Pihak Masjid berbesar hati menerima kedatangan warga kerja dan artis naungan Alibi Music, belum pernah syarikat rakaman sebegini mengadakan majlis penyerahan bubur lambuk, kebanyakannya adalah datang dari syarikat-syarikat korporat dan badan-badan kerajaan. Dengan adanya majlis sebegini, ia dapat mengajak generasi muda untuk lebih dekat dengan masjid.”

Manakala KC Ismail menyifatkan majlis yang pertama kali diadakan ini adalah sangat bermakna kerana dapat mendekatkan diri dengan masyarakat. IsyaAllah, acara ini akan menjadi acara tahunan buat kami semua. Sebanyak 1000 bungkusan bubur lambuk akan diagihkan seawal jam 5.00 petang.

DSC_0001

Dayang Nur

Lah Ahmad

Lah Ahmad

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ady Putra, Nabila Huda, Natasha Hudson dalam Emily

Raja Azmi Ditahan Polis