in

Dayana, Fimie dan Afiq Pengacara BERITA ADIK di TV9

2 MINIT SETIAP HARI BERSAMA BERITA ADIK

Berita Adik muncul di TV9 sebagai berita TV kanak-kanak pertama khususnya untuk tontonan adik-adik. Rancangan yang padat dengan berita terkini dan info sensasi ini akan bersiaran selama dua minit sahaja pada setiap hari jam 2.28 petang dan ulangannya pada 5.28 petang.

FA Berita Adik 2 Logo

Penampilan tiga orang pengacara kanak-kanak iaitu Dayana (juara Idola Kecil Musim Kedua), Fimie (pelakon kanak-kanak terbaik FFM) dan Afiq (pelakon kanak-kanak dalam Mahathir the Musical) menceriakan lagi Berita Adik dengan kepetahan mereka.

Afiq

Afiq

fimie

Fimie

dayana

Dayana

Walaupun corak dan konsep yang ditampilkan dalam Berita Adik lebih santai dan tidak begitu forma,l namun ia sarat dengan maklumat dan fakta berguna kepada penonton.

Kebanyakan aktiviti dan acara yang berlaku di sekitar bandaraya dan seluruh negara turut dipaparkan dalam rancangan ini yang bertujuan untuk menambahkan ilmu pengetahuan dari pelbagai sudut.

Apa yang lebih menarik lagi, pelbagai informasi terbaru berkaitan gajet-gajet terkini, permainan dan kepelbagaian makanan juga turut diselitkan. Para penonton yang bertuah juga boleh memenangi hadiah-hadiah menarik melalui kuiz-kuiz yang diwar-warkan oleh ketiga-tiga pengacara cilik itu.

Selain itu, Berita Adik akan mengetengahkan program-program yang akan bersiaran di TV9 seperti drama, telefilem, rancangan realiti dan banyak lagi. Di samping itu juga, info berkaitan cuaca, fakta lucu dan trivia serta kuiz mencuri perhatian para penonton khususnya kanak-kanak. Penyampaian berita yang ringkas tetapi penuh dengan informasi dan fakta berguna sesuai ditonton oleh semua peringkat umur.

Sepanjang Januari dan Februari ini juga, TV9 akan menyiarkan dua rancangan kartun menarik untuk tatapan adik-adik:

penguins of madagascar

1.The Penguins of Madagascar
Tarikh: 3 Januari 2011 – 24 Januari 2011
Hari: Isnin – Khamis
Masa: 3:30 petang

Untuk kebanyakan orang, Skipper, Kowalski, Rico dan Private hanyalah empat ekor penguin comel yang tinggal di Zoo Central Park. Inilah apa yang diinginkan oleh mereka kerana mereka sebenarnya adalah anggota penyerang elit dengan kebolehan komando dan satu tempat rahsia untuk melakukan tugas-tugas mereka. Misi mereka adalah untuk menjaga keamanan di zoo tersebut. Musuh mereka adalah jiran mereka yang begitu menjengkelkan iaitu Julien.

2. Avatar, the Legend of Aang
Tarikh: 1 Februari 2011 – 17 Februari 2011
Hari: Isnin – Khamis
Masa: 4:00 petang

Avatar: The Legend of Aang telah memenangi pelbagai anugerah untuk Siri Televisyen Animasi Terbaik. Rancangan kartun ini begitu mampat dengan seni bela diri Asia di mana Aang dan rakan-rakannya mencuba sedaya-upaya untuk menyelamatkan dunia dari berperang dengan Fire Nation. Aang kemudiannya telah terperangkap dalam bokah ais dan telah ditemui oleh puak Katara dan Sokka. Sejurus selepas itu, Aang bersama-sama mereka telah memulakan langkah mereka untuk mengalahkan Fire Lord.

Terus melekat di kaca tv anda untuk rancangan yang terbaik dari TV9!

dayana1

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

So You Think You Can Dance Season 7

Marcos The Downfall Of A Dictator