Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Dayana dan Hafiz Anak Wayang Bercinta Tapi Selalu Gaduh?



Budiey sangat seronok dapat jumpa sepasang merpati dua sejoli di Majlis Pelancaran Single Sabhi minggu lalu. Diorang ni sempoi dan sangat peramah. Walaupun pertama kali jumpa, kami dah mesra. Lagi pula, diorang tak lokek nak berkongsi cerita.

Kalau ada yang tak kenal dengan mereka… ini dia pelakon Dayana dan Hafiz. Kalau pembaca yang menjadi penonton setia program anak wayang musim pertama sudah pasti mengenali mereka berdua ni.

Si Hafiz ni muka dia sebijik macam penyampai radio Suria FM, Tuah Iskandar. Kata Hafiz, ramai yang datang tegur dan memanggil dia Tuah. Huhu… Dan si Dayana ni pulak mirip dengan Scha Al Yahya. Cuma wajah Dayana ni baby face sikit. Ramai pengarah yang cakap. Muka Dayana masih belum matang dan dewasa lagi.

Alang-alang bertemu dengan Rumie & Juliet ni… Budiey pun ajak sekali diorang ni datang untuk memeriahkan Parti Ulangtahun Ke-3 Budiey.com pada hari Ahad ini. Diorang bersetuju datang dan tak sabar nak datang. Thank you Hafiz & Dayana sebab sudi support Budiey.com!

Harap diorang ni boleh datangla dengan memakai pakaian tema kita iaitu merah dan putih. Bukan Budiey nak promote UMNO ye, Cuma Budiey rasa merah dan putih adalah padanan warna yang sesuai. Betul tak?

Party Budiey.com tinggal 4 hari lagi ni. Persiapan masih berjalan. Terbaru, Budiey dapat tajaan voucher membeli belah di Parkson, hadiah dari Satu Entertainment untuk cabutan bertuah. Kalau nak tahu, Satu Entertainment ni adalah pengurusan yang mengurus karier Maya Karin. Manakala Astro telah bersetuju memberikan banyak goodies untuk korang semua. Terima kasih Satu Entertainment dan Astro!

DUNIA LAKONAN DAYANA & HAFIZ BARU BERMULA

Kalau anda masih ingat Hafiz adalah pencabar terdekat kepada Hairi semasa malam final Anak Wayang. Nasib tak menyebelahi Hafiz, namun berjaya dinobatkan sebagai naib juara. Hairi meninggalkan Hafiz dengan peratus undian sebanyak 58 peratus dan Hafiz pula sekadar 42 peratus. Tak dapat la nak merasa kereta Honda Jaz, eh? Namun dalam masa yang sama, mengikut perhatian dan pembacaan Budiey di internet, ramai juga yang meminati lakonan Dayana. Nampak sweet dan cute.

Namun, walaupun tak menyerlah sebagai juara, rezeki Dayana dan Hafiz masih ada. Mereka masih lagi giat berlakon. Tawaran masih hebat. Cuma mengikut kata Hafiz, ramai produksi, pengarah dan penerbit ingat mereka adalah artis di bawah pengurusan Astro. Itu tak betul kerana mereka berdua sekarang bebas dan bergerak secara individu. Jadi, kepada mana-mana pengarah, diorang ni tak terikat oleh mana-mana syarikat pengurusan.

Sedikit masa lalu, Budiey ada dengar cerita Dayana pernah menjadi mangsa raba semasa menonton sebuah konsert di Kuala Lumpur tahun lepas. Dipercayai angkara perbuatan Mat Bangla. Ish ish… tak senonoh betul eh?

Pelakon drama Selipar Jepun Suria ini juga telah dijemput oleh penyanyi Sabhi Saddi untuk membintangi video klip – NADIKU. Itu yang Budiey jumpa Dayana kat majlis pelancaran hari tu. Orang kata, ini tuah hasil lakonan Dayana membawa watak jururawat masa program realiti Anak Wayang. Jangan selalu pegang watak jururawat dah la, karakter dan serba boleh, itu yang penting.

DAYANA & HAFIZ BERCINTA TAPI…?

Ramai yang tak tahu diorang ni sebenarnya pasangan bercinta. Tapi takde la orang kata bercinta bagai nak rak sampai karier pun entah ke mana. Masa borak dengan diorang, nampak diorang ni macam kawan-kawan biasa saje tapi gaya romantik tu adalah nampak masa Budiey suruh Hafiz peluk bahu Dayana.

Betul kata Dayana, diorang ni selalu bertepuk tampar.

Sekarang umur Dayana masih 19 tahun dan Hafiz 22 tahun. mmm eloklah tu, 3 tahun je jarak usianya.

Apa-apa pun yang penting sekali diorang bahagia walaupun diorang ni mengaku selalu sangat bergaduh. Kadang-kadang sehari tak bergaduh rasa macam tak sah. Jadi, kena jugak bergaduh ya? Dan yang peliknya, cinta mereka berputik pun sebab diorang bergaduh. Korang boleh tengok sendiri dalam program Anak Wayang tu, mereka selalu bergaduh. Dayana mengakui suka dengan karakter Hafiz yang tak berapa suka nak mengorat.

Cinta mereka berputik semasa bertapa dalam Anak Wayang. Dayana cakap, cinta berputik semasa ada 5 orang finalis dalam Anak Wayang. Masa tu, Dayana takde kawan lain, jadi Dayana rapat lah dengan Hafiz. Kalau sedih duduk dalam AW tu, Hafiz lah jadi teman setia merawat sepi, orang kata. Tapi masa siaran Anak Wayang, produksi tak tunjukkan keintiman mereka ni sebab tak nak kasi orang kata, buat drama murahan atau publisiti tak profesional untuk menggamit penonton.

Dayana tak nak sorok-sorok tentang cinta mereka. Namun, diorang ni tak nak la asyik bercinta sangat. Cuma sekali sekala keluar tengok wayang. Ciri-ciri pada Hafiz yang Dayana suka ialah karakter Hafiz yang tak pandai nak mengorat. Banyak berkias dan sembunyi sesuatu tapi dalam hati siapa yang tahu.

Ditanya tentang jodoh dan kahwin, mereka menyerahkan pada takdir dan waktu. Lagi pun perjalanan dalam karier seni lakonan masih lagi panjang, mereka mahu mencapai cita-cita sebagai pelakon dulu. Dayana masih belum fikir pasal kahwin. Tapi pernah sekali Hafiz ajak kahwin tapi Dayana menolak. Dia nak beli kereta dulu… sebab kemana-mana Dayana bertemankan Hafiz aje ye. Hehe, sekuriti tak bergaji.

Okaylah… Budiey harap, korang jangan gaduh-gaduh ya. Jumpa korang di Parti Ulangtahun Budiey.com Ahad ni.

Antara foto yang sempat diambil…

Tags: ,

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Sinopsis Filem Wayang
  • Mila dan Akim Bercinta?
  • Dialog Anak Wayang, Sesi Anak Wayang, Sesi Anak Wayang
  • Lirik Lagu HERO WAYANG Nyanyian Siti Sairah
  • Gambar Eman Manan dan Pelakon Filem Wayang
  • Hafiz AF7 Akan Lancar Album Sulung Masih Jelas
  • Dafi AF5 Cinta Sama Gita Gutawa Anak Erwin Gutawa?
  • Senarai Nama 25 Peserta Anak Wayang Astro
  • Jawapan Trivia: Pasangan Romantis Iqram Dinzly & Fouziah Gous
  • Video Hafiz Masa Sekolah Nyanyi Lagu I Believe I Can Fly



    • http://tyrazaty@yahoo.com DEARzaty

      wooo… finally, mengaku gak dayana and hafiz yg dorang dah together.
      wahh3…, senyum lebar jew en.. ?? happy jew.. :)

    • anonymous

      tak dengar cerita ke yang ibu kepada dayana tido sekatil dengan seseorang yang bukan suami. bukan tidor sekatil jer tapi tinggal serumah. kenapa tak ada mencegah maksiat yang tangkap mereka??? hairan pulak orang lain mencegah maksiat tangkap tapi dia orang tak pulak. dan dengar cerita jugak dari teman dayana sendiri, lelaki yang berkhalwat dengan ibunye pernah jugak tidor sekatil dengan dayana dulu… ibu dan anak menjalinkan hubungan sex bersama lelaki yang sama???!!! jijiknya mendengar! memang la patut si dayana tu kena raba!! ibu dan anak dahaga sex! kalau tak percaya, pergi la mengintip rumah dia.

    • http://Gmail.com P.I

      Dengar semua pembaca. Ini semua adalah FITNAH semata-mata. Mungkin penulis tersebut berhati busuk dan iri hati tentang kemajuan individu.
      Tidak boleh melihat orang senang atau meningkat naik kerana IA serba kekurangan dan tidak mahu kalah terhadap Dayana dan Ibunya. Sesiapa dan apa pun boleh di reka-reka untuk menjatukan sesama sendiri. Lumrah hidup ada yang berjaya,ada yang tidak. Jadi usaha lah dengan gigih. Pasti akan menjadi jika tidak berputus asa.

    • http://- shera

      alah diorang mmg slalu gadoh !!!!!!!skarang diorang dh x becinte lagi dh……………



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK