Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Datuk Siti Nurhaliza & Datuk K Bergaduh Sampai Masuk Wad?



Datuk K pukul Siti? Siti kena pukul Datuk K? Saya gelak apabila membaca suratkhabar semalam yang melaporkan Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Khalid bergaduh, bergusti kena smackdown sehingga katanya Datuk Siti Nurhaliza terpaksa dimasukkan ke dalam wad hospital. Sebenarnya, ini bukan kali pertama cerita dan gosip liar pergaduhan Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk bergaduh di gembar gemburkan oleh media. Dah banyak kali saya dengar dan baca di dada akhbar dan forum gosip artis. Peminat pun rasanya dah lali dan tidak melatah pun. Tuan empunya diri, Siti Nurhaliza pun lagilah kan… tetapi berat mata memandang, berat lagi mata memikul. Saya kira satu cara untuk mematahkan segala pakatan untuk meranapkan rumantangga Siti Nurhaliza dan suami ialah dengan menyaman dan membawa mereka yang dengki dan cemburu ke muka pengadilan. Ajar sikit, baru orang tak berani nak buat cerita yang bukan-bukan.

Melodi, program yang dihos oleh Fara Fauzana dan Wahid di TV3 tengahari tadi siap buat panggilan eksklusif berbual dengan Siti Nurhaliza dan Datuk K yang kini berada di Bali, Indonesia. Siti dan Datuk Khalid pun baru sahaja tahu tentang gosip mereka bergaduh kerana semalam, Siti dan Datuk K berlepas ke Bali pada awal pagi, jadi tak sempat nak baca akhbar. Cuma selepas sampai di Bali, mereka dihubungi oleh kawan-kawan yang bertanyakan kontroversi Datuk K menampar Siti Nurhaliza. Dari mulut Siti sendiri, berita tersebut adalah TIDAK BENAR dan TIDAK BERASAS sama sekali. Ini cerita yang datang dari orang yang tidak sihat, dari orang yang sakit telinga, sakit hati dan sakit mulut. Datuk K merasa kesal kerana berita tersebut dikeluarkan tanpa bertanya terus dan mendapat kenyataan dari Datuk K sendiri. Ironinya, pada hari Siti Nurhaliza dikatakan masuk wad itu, Siti Nurhaliza sebenarnya menghadiri satu majlis kenduri perkahwinan di satu penempatan Felda. Ini adalah fitnah yang tidak sihat dan satu dosa yang besar. Jadi, kepada mereka yang buat kenyataan Datuk K bergaduh dengan Siti Nurhaliza, habislah hilang segala pahala korang, dan dosa Datuk K pula yang korang tanggung. Itu kata Datuk K sendiri di Melodi tengahari tadi.

[tags]Datuk Khalid, Datuk Siti Nurhaliza, Siti Nurhaliza ditampar suami, gambar, foto Siti Nurhaliza terbaru, gambar terbaru, gosip Siti Datuk K, Datuk K pukul Siti, Siti kena pukul Datuk K, Fara Fauzana, Wahid Senario, saman, cerita sensasi Siti, Bali, celebrities, wartawan, media, Berita Harian, Harian Metro, Kosmo, online, manggaonline, Zubir, teropong, pengambaran video klip, bulan madu, Siti Nurhallza mengandung, peminat Siti Nurhaliza, sitizone.com, diva Malaysia, bintang popular, berita terbaru Siti Nurhaliza[/tags]

siti nurhaliza

Gambar Siti Nurhaliza ketika Fiesta Media Idola 2007

siti nurhaliza

Datuk Siti Nurhaliza ketika malam gala Kayangan – Foto ihsan Minaq Jinggo

Tags: ,

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Keluarga Datuk Khalid & Datuk Siti Nurhaliza
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza dan Datuk K di Majlis Wedding Rusdi Ramli
  • Gambar Datuk Siti Nurhaliza & Nash Ubaidillah di Perasmian Kayla Baverly Hills
  • Datuk Siti Nurhaliza Hantar Mohd Adib Study ke Melbourne, Australia
  • Datuk Siti Nurhaliza di Laman Santai, Istana Budaya 21 Jun
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza Bertemu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
  • Adik CT Nurhaliza, Siti Saerah & Elyas Tahir Bertunang
  • Datuk K Tidak Pukul Datuk Siti Nurhaliza: Siasat & Saman
  • Gambar Terbaru Datuk Siti Nurhaliza
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Jeddah Mekah Tunai Haji



  • 63 Komen untuk entri “Datuk Siti Nurhaliza & Datuk K Bergaduh Sampai Masuk Wad?”

    1. andi ichsan kata:

      ehhhh…orang apa pula tu cakap siti bergaduh dengan datuk K…
      lebey kasli ke die korang punya mulut ha…
      dah jelas sangat siti ceria berkahwin dengan datuk K…
      dan tampak enjoy sanagt nikmati kehidupan berkahwin dengan datuk K dan keluarga yy…
      sememangnya dah banyak pule yang iri hati, iri rasa, dan miskin iman
      sampai korang buat kosip yang tak punya laluan…
      terus sajelah siti berjaya.
      tak perlu ade pikir tentang tuhhh,,
      mungkin saje tu kumpulan orang tak punya hajat bahagia dalam hidup
      betulllllllllllllllll taaaaaaaaaaakkkkkkkk?
      betul laaaaaaaaaaa

    2. finiey kata:

      hidup sebagai artis banyak hipokrit……….apapun semoga bahgia…yelah, xkan nak doakan yang x baik-baik sal umah tangga orang.

    3. fmiet kata:

      jgn campur hal rh tgga org….gd cti

    4. saje je kata:

      betol 2 fmiet…sokong 100%…

    5. wan nakal kata:

      betoi tu……aku sokong………200……….he2

    6. Aku Ler kata:

      yer la. moga dia bahagia tp bahagia di atas kecewa org lain. bahagia ke tuh….

    7. wiwiwidad kata:

      mmm ..xtaw la apew nk jdik ..
      xnk ar msok cmpur hal umah tgga org laen ..
      haish ..

    8. mahmud jun kata:

      BETUL KE…..BERTUAH D.K.

    9. ayu kata:

      huh..ne ade gdohnye 2 dorg kan ke psgn plg bhagie kat dunie neh..pitnah je la gosip2 gado2 neh..bhagie la korg ngn pnderitaan org len..tah bpe byk da bks bini dtok k tuh..betuka2..dtok ct..tlg la relax2 bwk betenang la sket..tau la awak bedue 2 da sah tp relax2 la…dlm dok bhgie bgi nk rak 2 cb pikir2 la sket psl bks bini dtok k 2..tengku 2..sm2 pmpoan xkn xtau pasaan pmpoan laen kot..

    10. yana kata:

      bior je la…asal dorang bhagie..! moge cepat2 dpt anak. em..

    11. via kata:

      hidup ini tidak semudah yang d sangka

    12. shizu kata:

      eleh btoi ke dyeowg tuh gaduh???kalo gaduh tue besa laa asam garam khidupan…cuba pkir sket ada ke owg prfect dlm dunia nie???

    13. pok jak kata:

      padan muka siti, dulu aku ajak kahwin tak nak

    14. ZAFA kata:

      SITI NAK TAHU DULU MASE SITI BLOM KAWIN ABG SEDARA ZAFA SYOK GILERRRR SMPAI KT DLM DOMPET DIE PON ADE GAMBAR SITI TAU HEHEHE… JNGN MAREH YE DATUK K…..

    15. kirana kata:

      ketawa di luar hati gundah gulana saper yg tau…kalau yer pun gaduh xkan nak bg tau kot malu la ct..

    16. su_adam kata:

      xpyah nak wat citer la..bwk3 la bertObat..

    17. len kata:

      asam garam brumahtangga gaduh tu biasa lah…kita sbagai umat islam ni…tak payah tambah cerita yg bukan2 ‘berdosa besar’….lagi baik kita urus rumahtangga kita@yang belum kahwin tu fikir2 lah bila lg..nak rasa asam dan garamnya…baru lah tahu…

    18. vda kata:

      hehe…betol tue…artis idop penuh hipokrit…tp aku nie peminat siti…kwang3…aper2 pn,yg dh blalu tue biar kan blalu..mgkn jodoh dia dgn bekas isteri smpai situ je….xleh nk kata aper gak…siti tue mgkn org nmpk seperti penyebab je…tp citer betul,siapa yg tau…hnya mereka je yg tau…kite wat hal kiter dh la…jgn sibuk jga tepi kain org,kain sendiri yg tercarik x perasan… peace..!

    19. Ema AxL Rose kata:

      wa tanak ckp byk pasal ni…aku adsa la sumber2 yg leh dipercayai, malas nak kecoh2 kat sini…yg pasti no komen la kan….korang pn leh pikir sendiri….

    20. KOS-mopolitan kata:

      Kesian Mak Iti selalu jadi sasaran gossip pasal umah tangganya X bahagia. Memanglah artis patut tabah dan bersedia ngan gossip, tapi agak agaklah ( kata Raja Azura ). Tapi aku kata….”ADA AKU KESAH?”

    21. tna kata:

      tahniah datuk siti n datuk k…………………………………msti comel kn

    22. TAKPENAHKUTUKORG kata:

      tak kata ape2

    23. aku le linda kata:

      yang x suka kat ctia pulak yang kebanyakannya isteri pertama, mcm suami diambil, terimalah semua tu dengan fikiran terbuka, isteri pertama pun kalau dah cerai nanti, balik-balik kahwin dengan suami orang lain jugak…x habis2 dengki

    24. Tak_Kuasa_Aku kata:

      Linda, ko bini no dua ke? Ke laki ko diambil orang?

    25. tak finatik kata:

      aku pun rasa si linda tu isteri kedua… sebab tu dia tak kisah kalau sisuami diambil orang…

      dan aku sokong kata kirana tu…
      kau orang rasakan… dia akan ngaku tak kalau dia betul2 bgaduh..? no 1 weyyyy.. kahwin berjuta2 habis.. malu weyyyy kalau peminat tau tut..tut.. bergaduh. mana nak letak muka?
      lu fikir ler sendiri.. (kata nabil)

    26. norfarahin kata:

      gila ka datuk k nak pukul siti sampai masuk wad….
      tu da melampau tu……..
      kmk sik cayak……

    27. Honeybee kata:

      gaduh brebut bantal nk tidur mlm tu kut … ;)

    28. pichang86 kata:

      lantak laa hal rumahtangga org….
      smpai skrg takde anak.dlu,sibuk sgt nak kawin!!

    29. comel kata:

      cmna nk dpt ank comel2 klo benih 2 dtgnya dr urg tua kgatalan..tau2 lg ct dpt ank llki gatal2 ikt bpa die n ank ppn yg keja nk rmpas laki urg je ikt mak die..pdn muka hang.br tau..

    30. naqibah kata:

      uii nah sian nya ct….
      i doa kan supaya hidup bhagia lagi ya…
      AMIN…..]

    31. sharon kata:

      apa2 pun….saya tetap myokong kak ct…
      good luck kak ct

    32. mitchelle kata:

      kepada datuk siti nurhaliza:
      saya dr kaum perempuan ingin mengatakan yg apabila kita kena pukul,kita harus melawan balik… jan jadi hamba lelaki…

    33. sutera kata:

      hei…inila dunia hburan…sapa plak yg bt ftnah2 xbrasa mcmni nie…isk,isk,isk,….jgn campoq hal rmh tngga orgla…

    34. sutera kata:

      pa2 pun…sya ttap support kak ct smpi hjung nyawa sya…she’s my idola…ever n ever…pd sapa2 yg ska sgt dok kutuk org tu,bawak2la btaubat k…!!!!!!dunia nk kiamat..

    35. anis kata:

      tak habis2 nak buzy hal siti… apa yang tak bagus sangat hah siti 2… cuba kamu bayangkan kalau kamu di tempat siti…. dunia nak kiamat pun masi nak kutuk orang, jaga hal org…. jagalah hal sendiri n sentiasa pandang cermin lihat apa yang kurang dalam diri… jgn tau jaga hal org tapi diri sendiri tak pena nak sedar…..

    36. putri alyaerisya kata:

      hai semua… hai apa la nak jadi dengan datuk k nie??nak dapatkan siti dulu bukan main lagi sapai sanggup ceraikan istri pertama tapi sekarang dah ada yang baru ni plak sampai dah bergaduh dengan ct.sebagai bintang yang glomer mesti ct malu.tapi tu la lain kali jangan ambil laki orang nampak sangant orang tak setia then tak terfikir ke diasanggup tinggalkan istri kerana kita esok dia plak sanggup tinggalkan kita krana perempuan lain…barulah nak menangis airmata darah plak..

    37. putri alyaerisya kata:

      mengarut jer cerita….takkan la datuk k nak pukul siti plak..bukan senang nak

      dapatkan ct then nak pukul2 plak orang tu…kpd mereka yang sengaja buat

      fitnah tanpa menyiasat terlebih dahulu nie bertaubatlah…kerana

      sesungguhnya fitnah itu lebih kejam daripada membunuh.

    38. hu3 kata:

      memg ah..xbaek kate kat orang..nanti terbalik kt kite..ape2pun..smoge bahagie..

    39. hu3 kata:

      memg ah..x bek kate kat org..nant terbalik kat kite..pe2pun mge bhgie

    40. angah kata:

      xbaik ckp datok k mcm tue…
      u all jeles la tu…
      coz datok k x pilih u all???
      so selamat ari raya korban…

    41. daniel kata:

      kak siti..
      pileh la suami yang single..
      ni x..

    42. Honeybee kata:

      Daniel .. nk pilih pe lgi … dia yg nk cmtu …

    43. Siti Hazirah kata:

      dato ct mmg cantik…..

    44. fida kata:

      nak caya ka x nie???cnfuse2..pa2pn smga bhgia n cpt dpt ank..tp ct mmg lawa…huhu

    45. Dato' KT kata:

      hehe…bisa biasa lah…CT muji Siti…K dah resah jeling CT2 lain kat luar…mana tahan 1 je…mestila nak tukar-tukar, tak gitu Tok K?? hehehe

    46. hasnah kata:

      memanglah orang kite ni (orang melayu) perangai turun-temurun suka buat fitnah kerana penyakit PHD dah bersarang dalam diri. Sape yang terasa ni nasiblah. Banyak-banyaklah bertaubat!

    47. iza kata:

      jgn campur hal umah tgga org….gd cti
      x baik…

    48. haziah kata:

      ct the best…..she’s my idola……jgnn ckp hal org…fikir nasib sndri…enth2..bla kwin nnt..dpt…tpt ke 4….da la 2..hri2 dpt hdia spekmata htam dr suami….ngis airmata darah pn tak gna beb…….psal ct kwin dgn dtk k,..tu jodoh namanya….taubat la….

    49. jasmine kata:

      ala……

      org suke sgt mengate datuk ct n husband..

      sian die org..

      padahal x gaduh pun,tp org slalu ckap gaduh la ape la..

    50. sari kata:

      hai dh bnyak btul gosip2x tntang siti ngan datuk
      tulah dulu fazli nak kat siti tu dia tolak
      skrang fazli bahagia siti pulak yg merana

      tapi ape-apepun sya akn sokong siti sbab saya peminat dia………….

    51. princess kata:

      Biasalah dugaan rumahtangga,ada manis dan ada pahit.
      Cuma kita yang menanggung je akan merasa..orang lain hanya melihat dan mendengar.Sabar ye siti….

    52. boyz kata:

      heeee.datok k bergadu dgan siti

    53. boyz kata:

      datok k tak gam gan sita kan

    54. silkygirl kata:

      Mintak tolong kat sumer media terutama tV3 Ramai lagi artis yang lebih baik Dari Siti Nurhaliza.Suara Misha Omar Dan Jaclyn lebih Bagus.Diaorang pun takde skandal.Tak rampas suami Orang.Tak jadi pemunah keluarga orang lain yang dah ada isteri dan anak2.Kurang sangat ke orang bujang sampai nak musnahkan rumahtangga orang lain untuk kepentingan diri sendiri!

    55. safiza kata:

      cukup lah dengan andaian yng blm tntu btl..
      x baik nk meruntuh kan rumah tangga orang,kepada datuk siti & datuk k
      teruskan keharmonian rumahtangga anda berdua..kesabaran anda tunjak kebahagiaan yang abadi..
      sayang datuk siti selamanya……….

    56. pitttt kata:

      btul tu…..jgn same skali nk msk cmpur dlm rmah tngga orang….ke rmah tnga kau yg dah tmbang…..he…….

    57. limlawrent74 kata:

      apalah korang buat citer yg bukan2….! jgn cayalah benda2 tu semua…

    58. aku kata:

      nampak nya siti tidak bahagia dengan datuk k erm2

    59. idol kata:

      haisy ade lagi ke org still x tahu cite psal gosip ni sume??? x bace paper ke? da basi la gosip ni… dct n dk makin bahagia lagi

    60. bubun kata:

      jangan menyebar berita bohong ya. itu fitnah,,,,,siti dan datuk,rukun – rukun ya.. jangan terpengaruh,kami peminat di indonesia,selali mendukung siti nurhaliza,,,,

    61. rad wowa kata:

      lain kali, klau nak kawinn cri org yg sporting skit,,,bkn bad temper

    62. hanah kata:

      sweet nyer….kan best….siti n datuk k ceria…..mcm tu lerrrr……i luv you siti n datuk k……..happy everyday…….

    63. ani kata:

      tak baik la korang ni duk kutuk2 orang.. korang tahu tak apa yang berlaku ada ikmah di sebaliknya…. pada sesiapa suaminya kahwin 2 or lebih terima lah ketentuan allah.. dan kepada yang lain2 jangan la duk kutuk2 sesama sendiri… fikir diri kita sempurna ke tak… tiada yang sempurna di muka bumi ini……. renung2kan lah……

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK