DATUK SITI NURHALIZA DAN DATO’ SERI KHALID MOHD JIWA : TETAMU UNDANGAN PROGRAM SEHATI SEJIWA
DATUK SITI NURHALIZA DAN DATO’ SERI KHALID MOHD JIWA : TETAMU UNDANGAN PROGRAM SIARAN LANGSUNG SEHATI SEJIWA PADA 11 FEBRUARI 2009 DI RTM
Penyatuan hati dua jiwa yang membawa ke alam perkahwinan sememangnya momen manis yang diharap-harapkan dalam sesebuah hubungan cinta. Tidak kiralah pasangan itu dikalangan orang biasa atau sebaliknya pasangan artis popular.
Justeru Radio Televisyen Malaysia (RTM) tidak ketinggalan mahu meraikan dan sekaligus merakamkan detik-detik indah pasangan artis yang bergelar suami isteri menerusi program bual bicara santai, Sehati Sejiwa mengisi slot Degupan, setiap hari Rabu, jam 3.00 petang yang disiarkan secara langsung di TV1 dari Studio IBC, Angkasapuri Kuala Lumpur.
Istimewa pada 11 Februari 2009 (Rabu) ini, Sehati Sejiwa menampilkan pasangan suami isteri popular, Datuk Siti Nurhaliza dengan pasangannya Dato’ Seri Khalid Mohd Jiwa sebagai tetamu undangan yang bakal menyambut ulangtahun ke tiga usia perkahwinan mereka 21 Ogos tahun ini.
Pastinya Sehati Sejiwa yang menampilkan pelakon muda berbakat, Scha sebagai perantara sepanjang satu jam siarannya bakal menemubual pasangan merpati dua sejoli ini dengan pelbagai topik menarik termasuk pasang surut alam perkahwinan mereka untuk dikongsi sama oleh peminat setia mereka yang mengikuti program siaran langsung ini khas menerusi TV1.
Selain itu, Sehati Sejiwa diserikan dengan pengisian klip video artis jemputan, sesi temu bual berkaitan kehidupan berumah tangga, keistimewaan pasangan masing-masing, aktiviti masa lapang serta kegiatan seni yang dilakukan pasangan tetamu undangan.
Begitu juga sesekali diselang selikan dengan foto-foto zaman bujang dan perkahwinan pasangan tetamu glamour yang di undang ke studio dalam melengkapkan lagi program santai ini.
Malah menariknya menerusi Sehati Sejiwa akan turut diwarnai aktiviti dan kuiz bersama tetamu yang terlibat pada minggu itu.
Begitu pun tidak lengkap rasanya program ini tanpa berkongsi dengan perancangan masa depan dan tips rumah tangga yang sememangnya berguna untuk dikongsi bersama pasangan yang melayari bahtera hidup sebagai suami isteri.
Sehati Sejiwa diterbitkan oleh Haliza Mat Kharsa, Unit Hiburan TV RTM.

Baca artikel lain yang berkaitan:









February 7th, 2009 at 1:26 pm
looking forward to see this this special programme . tak sabar rasanya confirm lekat depan tv
February 9th, 2009 at 2:54 am
Gimme the bucket….quick!
February 9th, 2009 at 9:20 am
Comel sangat bertudung macam ni , tapi akak keliru , confused gan cara Siti bertudung , kejap tutup habis kejap nampak jambul kejap lagi tak tau la fesyen macam mana pulak.Hukum Allah di permainkan .Sedih betul .
Pada Siti , buat la keputusan yang betul kalau nak bertudung ikut la hukum Allah dengan betul ni macam nak permainkan saja.Kalau belum bersedia buka la saja tudung/selendang.Tutup aurat ni bukan satu fesyen tapi hukuman Allah.
February 9th, 2009 at 1:38 pm
kan molek jer ‘bertudung’ camni…
February 9th, 2009 at 7:07 pm
I tgk – tapi pengacara nye SCHA tu….YANG ADOOO!!
BELUM leh d gelar pengacara lagi la… apa yg leh d katakan … slow, idea x de, blerrrrrr…. mmg teruk sgt222222….. mmg boring giler la dgn soalan bodoh yg di ajukan… artis jemputan gempak MAWI EKIN, SITI,NORA tapi pengacaranye HAMPEHHHH… ni baru namanye pengacara tangkap MUAT JEEEEE…. TUKAR LA PENGACARA… Bukan senang nak mengaca live beb….kalau tak cukup ilmu – jgn malukan diri sendiri SCHA !!! MMG SAWAN MASA TGK RANCANGAN NI…
February 11th, 2009 at 1:07 pm
pkai 2dung mcm owg x reti nk pkai ennnn
February 19th, 2009 at 10:35 pm
Tudung chips more…kejap ader jambul..kejap takde