in

Gambar Datuk Seri Michelle Yeoh di AIFFA 2013

[dropcap]B[/dropcap]intang filem antarabangsa kelahiran Malaysia, Datuk Seri Michelle Yeoh berkata beliau mahu terus aktif dalam industri hiburan kerana minatnya yang begitu mendalam dalam bidang itu.

Beliau secara berjenaka berkata dengan pelbagai kejayaan yang sudah dicapainya dalam industri, ia bukan petanda untuk beliau bersara.

Datuk Seri Michelle Yeoh

“Saya memperoleh banyak kejayaan seumur hidup, saya harap ia bukan berupa mesej ‘untuk pulang sekarang’, tetapi saya mengambilnya sebagai insentif untuk melakukan lebih baik. Saya mencapainya dan akan cuba untuk mencapai lebih lagi,” katanya kepada pemberita di sini malam tadi.

Beliau berada di sini sempena Anugerah Festival Filem Antarabangsa dan Asean 2013 (AIFFA) selama tiga hari yang berakhir hari ini.

Yeoh dilahirkan pada 6 Ogos di Ipoh. Beliau mula terkenal apabila melakukan aksi ngeri sendiri dalam filem-filem aksi Hong Kong pada awal 1990-an.

Beliau terus menempa nama di peringkat antarabangsa menerusi filem James Bond bertajuk Tomorrow Never Dies.

Beliau terus mendapat penghormatan apabila dipilih memegang watak pemimpin prodemokrasi Burma, Aung San Suu Kyi dalam filem The Lady.
Mengenai filem terbarunya, Yeoh berkata ia diarahkan pengarah kelahiran Korea-Amerika, Gina Kim yang kini pada peringkat post produksi yang beliau harap dapat ditayangkan musim panas ini.

Beliau juga berkata beliau akan melancarkan program pencarian bakat baru bagi mencari bintang Asia.

“Kami dalam proses merancangnya, apabila kami bersedia kami akan mengumumkannya,” katanya. – BERNAMA

MICHELLE YEOH

BGgyEubCMAA1V2w.jpg-large

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Menangi Baju T Eksklusif Penyanyi Shae Limited Edition

Gambar Selebriti & Sekitar Seminar & Pameran AIFFA 2013