in ,

Datuk K Beli Plat KCT 1 RM66,550

KERTAS semakan nombor pendaftaran yang dipapar pada papan kenyataan di Ibu Pejabat JPJ Kedah di Alor Setar semalam.

ALOR SETAR: Suami penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin menjadi pemilik nombor pendaftaran kenderaan KCT 1 dengan nilai bidaan RM66,550, semalam.

Berdasarkan senarai nama yang dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, nama Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa disenaraikan sebagai pemenang bagi bidaan untuk memiliki nombor emas itu.

Selain Khalid, 192 nama lain yang membida nombor pilihan masing-masing menggunakan pendaftaran KCT turut disenaraikan dengan KCT 1 muncul nombor pendaftaran yang mempunyai nilai paling tinggi.

Semalam, akhbar ini melaporkan penyanyi terkenal itu menjelaskan beliau bukan pembida utama nombor pendaftaran kenderaan berkenaan seperti yang dilaporkan akhbar sebelum ini.

Sebaliknya, pemenang Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ABPBH 2009 itu memberitahu pembida sebenar yang dimaksudkan adalah suaminya sendiri.

Berita ini tak sampai sehari dua selepas gosip suam-suam dari Portal Murai:

ARTIKEL SATU: 21 JUN 2010

Hari ini Murai Batu ada cerita menarik nagi bagitau tentang penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Kali ini bukan pasal kerjaya nyanyiannya, nyanyiannya, bukan pasal juga produk kecantikannya Simply SIti yang dah untung juta-juta tu. Jauh sekalilah berkaitan dengan kisah ‘cahaya mata’ ya, tetapi pasal plat nombor pendaftaraan kereta!.

Ya betul! Pasal nombor pendaftaran kereta. Sumber Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah memberitahu penyanyi kelahiran Kuala Lipis ini telah membida nombor plat kenderaan KCT 1. Khabarnya, dia minat sangat dengan nombor itu hinggakan sanggup membayar jumlah bidaan yang tinggi.

Murai Batu difahamkan Siti khabarnya sudah lama menanti-nantikan plat nombor itu kerana ia mempunyai gabungan namanya dengan suami tercinta, Datuk Khalid Jiwa atau Datuk K iaitu KCT.

Khabarnya juga, JPJ Kedah telah membuka bidaan dengan harga bermula dari RM10,000, bagaimanapun, seperti biasalah, siapa yang menawarkan harga paling tinggi dialah akan dikira berjaya. Sumber berkata, semua pembida telah membuat bidaan pada minggu lalu dan keputusannya akan diketahui hari ini.

Menurut sumber itu lagi, bukan Siti sahaja yang berminat untuk mendapatkan nombor pendaftaraan berkenaan tetapi ramai lagi yang telah membida termasuklah ahli perniagaan dan syarikat korporat.

Wah, banyak saingan rupanya. Tak sabar Murai Batu nak tahu siapakah pemilik sebenar nombor pendaftaran tersebut. Tapi, Murai Batu percaya, ramai yang sanggup sanggup berhabis ratusan ribu ringgit semata-mata untuk mendapatkan nombor idaman berkenaan.

ARTIKEL DUA: 22 JUN 2010

Jangan main-main ya, nombor plat kenderaan KCT 1 kini sedang meletup dan harganya sudah melambung tinggi. Itulah yang berlaku sekarang di bahagian pendaftaran kenderaan, JPJ Kedah.

Murai Batu faham, di kalangan segelintir orang, nombor plat tersebut mungkin tidak membawa sebarang makna kalau digunakan di atas kendaraan masing-masing. Tidak kiralah, motorsikal, kereta, lori mahupun jentolak.

Tapi, kalau dah namanya artis popular, tentulah lainkan. Macam penyanyi kesayangan kita, Dato’ Siti Nurhaliza.

Pasal nombor plat tu, tiba-tiba kecoh jadinya bila ramai yang dapat tahu Siti telah membida nombor plat berkenaan. Macam-macam maklum balas yang diterima daripada fourmer-forumer di internet.

Kebanyakannya mengatakan Siti hanya membazir wang kerana membida nombor berkenaan, Apatah lagi harga pembukaannya pun sudah bernilai RM10,000. Kononnya, lebih baiklah kalau Siti gunakan wang tersebut untuk menderma.

Selepas mendapat banyak respon berkaitan dengan hal itu, akhirnya Murai Batu dapat tahu Siti telah tampil ke hadapan dan menjelaskan bahawa bukan dia yang membida nombor plat berkenaan tetapi sebaliknya ia telah dilakikan suamnya, Datuk K.

Murai Batu juga diberitahu, Siti sendiri terkejut dengan laporan media yang mengatakan dia telah membida nombor plat KCT 1 tersebut. Malah Siti juga khabarnya memberitahu bahawa dia tidak akan membazirkan wang yang banyak hanya semata-mata untuk memiliki nombor plat yang cantik.

Itulah jawapan yang diberikan Siti. Murai batu anggukkan saja. Malah, kalau betul sekalipun Siti yang membidanya, Murai Batu sikitpun tak kisah. Al-maklumlah, Siti memang mampu memilikinya.

Murai batu difahamkan plat nombor itu sangat berharga kepada mereka kerana ia mempunyai gabungan nama berdua.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ulasan Filem FROZEN: Tragedi Ngeri Terkandas Dalam Salji

SAH! Ariel Peterpan Pelakon Video Lucah