in ,

Dato’ Siti Nurhaliza Terima Anugerah Outstanding Singer Of The Year

Budiey nak kalungkan sekalungan tahniah kepada penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza yang telah menerima anugerah Outstanding Singer Of The Year di McMilan Woods Global Award 2016 yang berlangsung jam 8 malam semalam. Anugerah yang berlangsung di Ballroom, Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur ini diadakan bagi mengiktiraf individu yang telah berjaya mencapai kejayaan dan sebagai galakkan dalam pelbagai bidang termasuklah dalam bidang keusahawanan, bisnes dan seni muzik.

Siti Nurhaliza Terima Anugerah McMilan 2016

Memetik kata-kata ringkasnya yang disiarkan di Instagram miliknya:

“Al-hamdulilah, permulaan yang baik untuk tahun 2016.”

Dato Siti Nurhaliza hadir bersama suami tercinta, Datuk Khalid. Mengenakan busana cantik bergaya dari rekaan Rizman Ruzaini.

Beliau turut menghiburkan hadirin dengan sebuah lagu dengan iringan electric violinist terkenal, Dennis Lau.

Tahniah sekali lagi dari kami di Budiey.com

Gambar kredit dari Instagram Dato’ Siti Nurhaliza. Follow @ctdk

Siti Nurhaliza Terima Anugerah McMilan 2016

Siti Nurhaliza Terima Anugerah McMilan 2016

Siti Nurhaliza Terima Anugerah McMilan 2016

Siti Nurhaliza Terima Anugerah McMilan 2016

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hazama Berlatih Vokal Demi SAMPAI MATI di AJL 30

Alyah Teruja Untuk Lancar Album Baru di Tahun 2016