Dato’ Siti Nurhaliza Tak Setuju Untuk Berlakon Filem KRU Studios?
Hari tu, adalah Budiey dengar Dato’ Siti Nurhaliza akan buat penampilan khas dalam sebuah drama Spa Q musim kedua. Tup tup, satu lagi tawaran berlakon datang melamar penyanyi popular itu. Tapi kali ini bukan tawaran sebarangan sebab tawaran ini datangnya dari KRU Studios untuk sebuah filem terbaru mereka!
Budiey ada dengar, penyanyi yang baru sahaja pulang beraya dari Kuala Lipis itu ada menerima proposal dan sinopsis filem itu sebelum raya lagi. Wah, tahniahlah! Mesti happening kan, kalau Siti berlakon filem. Kira bertambah lagi satu gelaran ‘P’ (Pelakon) dalam legasi kerjaya Siti.
Korang ada baca tak akhbar sisipan Berita Harian B-POP semalam? Ha, dalam paper tu mengatakan Siti Nurhaliza telah menerima lamaran untuk berlakon dalam filem terbaru KRU Studios.
Namun, sebenarnya, untuk pengetahuan korang semua, cerita itu tidak benar sama sekali. Selepas bertanyakan kepada pihak pengurusan Siti Nurhaliza, sebenarnya, isteri Datuk Khalid tu belum lagi memberikan apa-apa jawaban untuk lamaran berlakon tu. Perbincangan lanjut dan kata SETUJU pun masih belum dibuat lagi. Budiey tak tahu macamana cerita ini boleh digembar-gemburkan memandangkan Dato’ Siti Nurhaliza sekarang sedang sibuk untuk menyiapkan album kontemporari tradisional terbarunya.
Agak-agak korang, berapa RM KRU akan kasi kalau Siti Nurhaliza setuju untuk berlakon? Sejuta? Mmm… Budiey pun sukar nak tebak sebab kita kena tengok pula wataknya macamana kan. Ntah-ntah, just camoe jek… mana tahu kan?
Dan Budiey ramal, Siti Nurhaliza tidak akan bersetuju untuk berlakon dalam masa terdekat ini kerana beliau sedang sibuk merakamkan album terbarunya yang masih tak bertajuk… tapi semua lagu dah siap! Tunggu Siti masuk studio untuk recording je! Korang rasa camna?

Siti Nurhaliza bakal berlakon filem
KRU Studios dikatakan berjaya pujuk penyanyi nombor satu beraksi di layar perak
DALAM kesibukan umat Islam masih meraikan Aidilfitri, teropong Zubir mendapat maklumat terbaru, penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin bakal bergelar pelakon filem menjelang 2009! Sebelum ini Zubir pernah diberitahu, desas-desus Siti bakal membintangi drama bersiri terbaru, Spa Q 2 yang bakal menjalani penggambaran sedikit masa lagi. Khabarnya Siti sudah hampir pasti berlakon dalam drama itu.
Angin yang bertiup kencang ke telinga Zubir memberitahu syarikat filem yang berjaya memujuk Siti menerima tawaran mereka ialah KRU Studios! Desas-desus juga menyebut menjelang tahun depan, KRU Studios akan menerbitkan satu filem bergenre fantasi muzikal, ala-ala Alice In Wonderland. Wow! Kalau ia jadi kenyataan, bolehlah bikin box-office gambar itu, Siti berlakon tu!
Pun begitu, Siti bukanlah ditawarkan sebagai watak utama, tapi sebagai watak penampilan khas dan terbabit untuk beberapa babak saja. Khabarnya, selain Siti, penyanyi kening lentik yang sudah lama tidak muncul di layar perak, Ziana Zain turut berlakon! Sekiranya Ziana menerima tawaran itu, dia diberikan watak sebagai nenek kebayan, tapi versi cantik! Fuyoo… pasti peminat Kak Ziana tak sabar nak tengok nenek kebayan bertubuh meletup!
Selain Siti dan Ziana Zain, KRU Studios juga dikatakan mahu mengekalkan ‘duyung cantik’ mereka, Maya Karin untuk sama-sama memeriahkan filem fantasi berkenaan. Zubir dapat perkhabaran, sekali lagi syarikat filem itu berjaya mendapatkan khidmat bakal pengantin baru, Raja SMS, Mawi untuk turut berlakon. Wow, semuanya nama hebat. Jika KRU Studios mampu merealisasikan perancangan mereka kali ini, pasti filem berkenaan bakal menempa sejarah baru dari segi kutipan tiket!
Tak lama lagi KRU Studios akan tampil dengan filem sekuel mereka, CicakMan2: Planet Hitam, diikuti Jin Notti, kemudian filem fantasi muzikal ini. Nampaknya, KRU Studios pukul habis! Bagi Zubir, ini satu petanda baru industri perfileman negara kita mampu memberi saingan kepada filem Barat apabila menjengah di pawagam nanti.
Lupa Zubir nak beritahu di sini, selepas diteropong, Zubir mendapat tahu, pengarah yang diberi tanggung jawab menggalas tugas berat menghasilkan filem fantasi muzikal ini ialah Edry Abdul Halim! Apabila menjadi kenyataan, nampaknya Edry kini sudah berjaya melangkah ke fasa baru, dunia pengarahan filem pula selepas dikenali sebagai komposer dan penulis lirik yang hebat!
Tags: Gosip, Siti NurhalizaPastinya karya muzik Edry untuk Alice In Wonderland versi KRU, ‘terbaaboo’! Apabila dia sendiri yang mengarahkan filem berkenaan, pastinya ‘Jin Box-Office’ akan mengilai di pawagam tak lama lagi!
ZUBIR: Geli hati apabila dapat tahu ada seorang penyanyi dan pelakon cantik tak suka pakai seluar ketika keluar rumah!
Baca artikel lain yang berkaitan:









October 6th, 2008 at 8:21 pm
Yela…Zubir ni suka lebih - lebih…Perkara tak sure lagi dah ‘kecoh’..Macam hari tu la….dah berangan - angan nama Dato Siti masuk senarai Pelakon Drama Popular ABP akan datang kononnya akan berlakon drama SPA Q 2..hmmm! kesian pelakon - pelakon berbakat lain…..
October 6th, 2008 at 11:22 pm
ehem! kalo dpt msuk senarai Pelakon Drama Popular ABP skalipon mana leh kesian2 kat pelakon2 berbakat yg lain dah nama pon Anugerah Bintang POPULAR bukan Anugerah Bintang BERBAKAT .. hmmh kena paham betol2 dulu sebelum kutuk.. tp kalo dah niat xbaik mmg dah ada dlm ati mmg xakan berpikir.. renung2kan sebab koko da lama perhatikan si NUR nih die mmg xpenah puas ati ngan Dato CT..
October 7th, 2008 at 12:03 am
what do u expect from zubir.. prime example of a whoring cunt!
October 7th, 2008 at 12:11 am
Siapa pulak tak puas hati?Hahaha!! buat lawak le koko ni:-) Maksud saya kalau sekadar ‘penampilan khas’ dan watak utama..adakah sama ‘level’ tahap lakonannya?? Hanya orang yang berfikir sahaja yang tahu menilainya… Sebab saya berfikir la…saya tulis kat ruangan ini….Kalau saya tak berfikir….mungkin dah lama saya taip yang bukan - bukan..Minta Maaf la ye koko jika kata - kata saya tidak disenangi andai kata anda peminat Dato CT….
October 7th, 2008 at 12:19 am
hehe. at least 100k ke atas kalau nak bayar ct belakon..
October 7th, 2008 at 10:23 am
CT berlakon wtk apa sesuai? mak datin kot
October 7th, 2008 at 10:59 am
ct berlakon dlm drama spa Q? yer ker
October 7th, 2008 at 11:21 am
1.zubir ni dari dulu mmg kaki ct…artis lain bkn main kene kutuk,walau x tentu citenye..tapi cube tgk cite2 ct, semua elok2..mcm la org ‘dkt2′ ngan ct x tau.
2.kalau ct berlakon, mmg ok nye la..psl dia mmg pandai ‘berlakon’ pun..
October 19th, 2008 at 12:20 am
omg..ni gambar terbaru ke?? gemuknya ct!