in ,

Dato’ Siti Nurhaliza Menang Bintang Paling Popular ABP 2009

Hadir bersama suami tersayang, penyanyi nombor satu ini tampil hebat dengan rekaan fesyen dari Rizman Ruzaini.

Tahniah Dato’ Siti Nurhaliza atas kemenangan untuk kategori Penyanyi Wanita Popular pada edisi ABP yang mana merupakan tahun terakhir buat diva popular ini menyertainya.

Selain itu, beliau juga telah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular ABP 2009.

Bravo!

Petikan ucapan Siti Nurhaliza di Fnpage Facebook:

“Salam. Siti ingin berkongsi kejayaan Siti malam tadi, Penyanyi Wanita Popular dan Bintang Paling Popular ABPBH bersama anda semua yg tlh dan tanpa jemu menyokong Siti selama 15 thn ini. Siti pasti undian andalah yg memungkinkan Siti meraih anugerah2 tersebut dan terima kasih yg tak terhingga. Pengorbanan dan sokongan anda amat Siti hargai. Sayaaaaaaaannnnnnngggggggg anda semua!

Siti amat terharu dan gembira kerana Sitizoners, peminat2 Siti dan anda yg menonton ABPBH di kaca tv di mana saja anda berada menyaksikan kejayaan tersebut bersama2. Siti sempat bertemu peminat di Genting Highlands semalam dan kpd yg tdk datang ke sana, Siti juga amat menghargai setiap usaha anda. Andalah perkara plg hebat dalam hidup dan karier Siti-PEMINAT TERSAYANG!”

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Datuk Bung Mokhtar & Zizie Izette di Red Carpet ABP2009

Syahrini Krisdayanti Anang Hermansyah