in ,

Konsert Dato Siti Nurhaliza Live in KLCC Where The Heart Is

Penyanyi nombor satu negara akhirnya telah mengumumkan secara rasmi tentang konsert amal Dato Siti Nurhaliza Live in KLCC – Where The Heart Is di satu majlis sidang media yang berlangsung pada jam 3 petang tadi di pejabat Simply Siti yang terletak di Tingkat 5, Menara Atlan, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Seperti mana yang diwar-warkan, Konsert Dato Siti Nurhaliza Live in KLCC – Where The Heart Is yang akan diadakan pada 7 dan 8 Februari 2014 di Planery Hall, Kuala Lumpur Convention Centre jam 8 malam. Yayasan Nurjiwa merupakan penganjur utama konsert ini dengan kolaborasi padu bersama Siti Nurhaliza Production dan juga Simply Siti Sdn Bhd.

siti nurhaliza live in klcc

[pullquote align=”right”]Konsert ini adalah sebuah konsert amal yang sangat ekslusif sebagai pembuka tirai tahun 2014.[/pullquote]

Konsert Where The Heart is yang akan berlangsung selama 2 jam akan menampilkan Dato Siti Nurhaliza menghiburkan peminat peminat dengan lagu lagu popular beliau, secara solo yang pertama bagi tahun 2014 untuk sebuah konsert amal ekslusif dengan semua hasil jualan tiket konsert yang bakal disalurkan kepada Yayasan Nurjiwa bagi tujuan kebajikan.

Dato Siti Nurhaliza memberi peluang terbuka dan bersedia menjawab apa saja soalan daripada peminatnya ketika di konsert ini. Selain penonton akan didendangkan dengan lebih 14 buah lagu hitsnya, persembahan beliau akan diselang seli dengan sesi berinteraksi bersama para peminat dengan lebih dekat.

“Konsert kali ini memang sangat istimewa. Selain ada beberapa kejutan, Siti akan ambil peluang untuk mendekati peminat. Orang kata, konsepnya nanti lebih santai dan intim bersama para peminat. Tambah istimewa, saya memilih tema warna putih pada konsert kali ini yang melambangkan kesucian dan ketulusan.

“Aubrey Suwito bertindak sebagai pengarah muzik dan beliau akan cuba menampilkan konsep mini orkestra pada dua malam persembahan itu nanti.

“Disamping saya hiburkan mereka dengan lagu-lagu bahasa Melayu dan Inggeris, saya buka peluang kepada peminat yang ingin bertanyakan apa saja pada saya. Mereka boleh tanyakan apa saja yang mereka ingin tahu tentang saya, semasa sesi interaksi nanti. Selain itu saya juga merancang untuk menampilkan penyanyi undangan yang cukup istimewa tapi buat masa ini saya belum boleh beritahu siapa penyanyi tersebut.”

Menurut Siti lagi, menerusi konsert yang diadakan selama dua hari itu, pihak yayasan mensasarkan untuk mengumpul sebanyak RM1 juta supaya bantuan lebih banyak dapat diberikan kepada yang memerlukan sekali gus menjadikan yayasan sentiasa aktif dan prihatin.

“Saya sangat berharap peminat akan hadir dan sama-sama menghulurkan bantuan dengan membeli tiket supaya dapat kita sama-sama membuat amal.”

Dalam pada itu Siti juga berkata, beliau mahu lebih fokus kepada aktiviti kebajikan sepanjang 2014 bagi mengumpul dana untuk yayasan yang diasaskannya itu bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

“Pengalaman membantu mangsa banjir di Kuantan, Pahang baru-baru ini memberi semangat kepada saya dan suami untuk bergerak lebih aktif membantu golongan yang dalam kesusahan. Justeru, kami ada merancang beberapa projek besar sepanjang tahun ini dan menyasarkan kutipan dana sebanyak RM4 juta bagi membolehkan pelbagai bantuan diberikan kepada golongan memerlukan.”

Kepada peminat bintang terkenal ini, jangan lupa untuk mendapatkan tiket-tiket untuk konsert ini kerana apa yang Budiey tahu, tiket adalah terhad dan boleh didapati pada harga RM800, RM 518, RM388, RM238, RM118, RM88 dan boleh didapati secara online melalui www.redtix.airasia.com bermula 13 Januari 2014.

Untuk pembelian secara koporat, anda boleh hubungi Cinta Shafiyana dari SimplySiti di talian 03-21638383.

Selain itu, ada tawaran istimewa di mana 100 pembeli yang pertama yang membeli barangan SimplySiti berjumlah RM150 keatas di www.Simplysiti.com.my sebelum 1 Febuari 2014, akan mendapat tiket percuma untuk ke Dato Siti Nurhaliza Live in KLCC – Where The Heart Is.

Konsert Dato Siti Nurhaliza Live in KLCC Where The Heart Is

Konsert Dato Siti Nurhaliza Live in KLCC Where The Heart Is

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Siti Nurhaliza di Sidang Media Konsert Live In KLCC

Peraduan Menangi Tiket Konsert Gelombang Salamiah Hassan