Home HOME | My Jurnal | My Few.net | Foto Blog | Tips Money | Who Linked Me | Enter-tainment | Hubungi | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)

















[ Lebih 20 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]





Dato’ Siti Nurhaliza di Anugerah Media Islam Negara ke-2

DATO’ SITI NURHALIZA SERIKAN SIARAN LANGSUNG ANUGERAH MEDIA ISLAM NEGARA (AMIN) KALI KEDUA PADA 24 JULAI 2008 DI RTM1

Malam pengiktirafan Anugerah Media Islam Negara (AMIN) yang memasuki tahun kedua pengajurannya kali ini diserikan persembahan Dato’ Siti Nurhaliza selain meletakkan kepercayaan penuh kepada pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkannya secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) menerusi RTM1, jam 09.00 malam pada 24 Julai 2008 (Khamis).

Majlis yang dianjurkan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ini pastinya lebih gemilang dan meriah kerana penambahan dua kategori yang dipertandingkan berbanding sebelumnya menjadikan semuanya enam kategori. Enam kategori itu termasuklah Anugerah Penerbitan Radio, Anugerah Penerbitan TV, Anugerah Penerbitan Media Cetak, Anugerah Penerbitan Drama, Anugerah Laman Web dan Anugerah Perdana Media Islam Negara.

Menerusi Anugerah Penerbitan Radio dan Anugerah Penerbitan TV melibatkan pencarian kepada memilih Penerbit Dokumentari Berunsur Islam Radio Terbaik, Penerbit Majalah Berunsur Islam Radio Terbaik, Penerbit Bicara Wara Berunsur Islam Radio Terbaik, Penyampai Rancangan Agama Radio Lelaki Terbaik, Penyampai Rancangan Agama Radio Wanita Terbaik, Tetamu Undangan Rancangan Agama Radio Lelaki Terbaik dan Tetamu Undangan Rancangan Agama Radio Wanita Terbaik.

Namun menerusi Anugerah Penerbitan TV iaitu Tetamu Undangan Rancangan Agama Radio Wanita Terbaik tidak dipertandingkan kali ini.

Manakala Anugerah Penerbitan Media Cetak pula menarik penyertaan kepada individu berminat menghantar penyertaan bertanding Penerbit Akhbar Terbaik, Penerbit Terbitan Berkala Terbaik, Penerbit Buku Terbaik, Penulis Rencana Terbaik dan Penulis Buku Terbaik.

Sementara itu menerusi Anugerah Penerbitan Drama menyaksikan anugerah dipertandingkan iaitu Penulis Skrip Drama Berunsur Islam Radio Terbaik, Penulis Skrip Drama Berunsur Islam TV Terbaik, Pelakon Drama Berunsur Islam Radio Lelaki Terbaik, Pelakon Drama Berunsur Islam Radio Wanita Terbaik, Pelakon Drama Berunsur Islam TV Lelaki Terbaik dan Pelakon Drama Berunsur Islam TV Wanita Terbaik.

Anugerah Laman Web yang baharu diperkenalkan pula menyaksikan pencalonan untuk kategori Penerbit Drama Berunsur Islam Radio Terbaik dan Penerbit Drama Berunsur Islam TV Terbaik. Selain pencalonan istimewa mencari satu-satunya memilih pemenang dinobatkan Anugerah Perdana Media Islam Negara.

Pastinya kriteria pemilihan pemenang kepada setiap anugerah yang dipertandingkan dipatuhi oleh seramai 180 penyertaan yang diterima.

Antaranya melibatkan kandungan cerita yang dapat memberikan sumbangan dan kemajuan ummah, dinamik dan relevan, persembahan yang berkualiti, personaliti yang menampilkan imej baik dan sopan semasa penyampaian, tokoh yang bergiat aktif dalam rancangan agama radio dan TV, akbar yang dominan, aktif dan realistik boleh diaplikasikan, skrip yang baik dan berkualiti selain drama yang diarahkan mestilah berkualiti.

Selain menyaksikan persembahan artis tersohor Dato’ Siti Nurhaliza, majlis penganugerahan ini turut menampilkan Aris Ariwatan, Nassier Wahab, Siti Fairus, Mohram selain Kumpulan Rabbani, Far East dan An Najwa yang pastinya dapat menghiburkan tetamu dan penonton dengan ranngkaian lagu popular masing-masing.

Pengacara majlis yang di ketengahkan juga melibatkan Shamsul Ghau Ghau, Dr. Fazley dan juga pelakon drama dan filem sensasi Fahrin Ahmad.

Kepada anda menyokong usaha menggalakkan penerbitan media penyiaran, media cetak, penulis dan pengkarya di negara ini menghasilkan karya berkaitan Islam, jangan ketinggalan menyaksikan Anugerah Media Islam Negara (AMIN) secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) menerusi RTM1, jam 09.00 malam pada 24 Julai 2008 (Khamis).

Technorati Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Rakaman Eksklusif Dato’ Siti Nurhaliza Bersama Peminat
  • Datuk Siti Nurhaliza @ Anugerah MACP Malam Ini
  • Gambar Bibik Orang Gaji Dato’ Siti Nurhaliza?
  • Gambar Terbaru Dato’ Siti Nurhaliza @ Majlis Penyampaian ABP2007
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Jeddah Mekah Tunai Haji
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Karpet Merah FFM21
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Rakaman Teratak Siti Nurhaliza TV3
  • Dato’ Siti Nurhaliza Cover Manja Singapura Bulan November
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Anugerah Skrin 2008
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza Ketika Persembahan Festival Filem Malaysia 21



  • 8 Komen untuk entri “Dato’ Siti Nurhaliza di Anugerah Media Islam Negara ke-2”

    1. obefiend kata:

      allow me to laugh.. siti? islamic music..

      HAW HAW HAW. that is like asking Raihan to sing for Jew music fest! HAW HAW HAW

    2. abby kata:

      mcm x kena je pakaian CT, hurmmm
      pakai balaclava la lagi cun
      wakakaka

    3. mawar kata:

      erm..bile aku tgk pic CT ngan tudung camtu..tba2 aku trigt cite anakku bkn anakku..hoho..adakah korang brfikiran sma cam aku..?hoho..opps.. :p

    4. buccaneer kata:

      gua s0k0ng lu mAwAr…
      de ala2 sket..hehe..

    5. eita kata:

      suka bila ct paka serkup kepala camni… xsuka bila rambut keluar kat depan tuh…

    6. Honeybee kata:

      mkin lma dh mkin trkebelakang n ‘longgar’ tudungnya .. itu lh yg dnamakn ‘brperingkat’ kut …

    7. zax kata:

      erm..sekurang2 kurangnya x lah semua rambut terbakar kat neraka. ok aper..actually perubahan yg lebih baik..yg hang dok sebok2 apsal..tgk diri sediri dulu..siti still the DIVA LA VIVA…jelous ker…dengki la tu..hihihihihi..luv u DATIN SERI DATUK DATIN HAJAH SITI NURHALIZA…mmuuaahhhhh…:)

    8. amar182 kata:

      w/pun buruknye fesyen tu janji tutup aurat

    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:










    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by MERCUMAYA.NET