Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Dato’ Siti Nurhaliza Dah Ada Saluran Istimewa Sempena Merdeka



Siti – Saluran dedikasi istimewa dari Astro sempena Hari Kemerdekaan 

Kuala Lumpur, 25 Ogos 2009 – Istimewa sempena Hari Kemerdekaan yang ke-52, Astro dengan bangganya membawakan saluran dedikasi istimewa buat pelanggan-pelanggan Astro serta peminat-peminat setia Dato’ Siti Nurhaliza dengan mempersembahkan saluran ‘SITI’ (saluran 188).

Dato’ Siti Nurhaliza & Khairul Anwar Salleh, Naib Presiden Perniagaan Melayu Astro

Saluran SITI ini boleh dinikmati oleh semua pelanggan-pelanggan Astro secara percuma dalam satu tempoh yang terhad selama dua hari tanpa henti iaitu dari 30 Ogos 2009, jam 8.00 malam sehingga 31 Ogos 2009, jam 11.59 malam.

Menurut Naib Presiden Perniagaan Melayu Astro, Encik Khairul Anwar Salleh, “Bersesuaian dengan Kempen NegaraKU, The Best of 1Malaysia yang dianjurkan oleh Astro, kami ingin meneruskan hasrat dalam memaparkan program-program yang menceritakan kejayaan individu dalam mengharumkan nama dan sejarah negara. 

Seperti yang semua sudah sedia maklum, Dato Siti Nurhaliza bukan sahaja telah mengharumkan nama negara tetapi juga di persada antarabangsa dalam industri hiburan. Sebagai warga korporat, kami amat berbangga dengan pencapaian beliau dan ingin berkongsi kegembiraan ini dengan pelanggan-pelanggan setia kami.”

“Sebagai meraikan para pelanggan yang tidak jemu-jemu menyokong dan menonton program-program siaran Astro, kami ingin mengucapkan terima kasih dengan membuka sebuah saluran dedikasi istimewa buat penghibur nombor satu negara; Dato’ Siti Nurhaliza secara percuma.

Kami mahu merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada para pelanggan kami dengan menyiarkan Konsert SATU Dato’ Siti Nurhaliza yang berlangsung pada bulan Jun baru-baru ini di Istana Budaya.

Konsert eksklusif Dato’ Siti Nurhaliza yang telah diadakan hanya mampu dikongsi bersama lebih kurang 4,200 orang yang datang menonton tetapi kami di Astro memberi peluang kepada orang ramai untuk menyaksikan semula rakaman konsert ini secara percuma. Inilah hadiah istimewa Astro buat para pelanggan setia kami,” ujar Khairul lagi.

Saluran SITI yang boleh didapati secara percuma ini bakal menyiarkan rakaman Konsert SATU Dato’ Siti Nurhaliza yang telah diadakan di Istana Budaya pada 26 – 28 Jun 2009 baru-baru ini.

Konsert istimewa yang menyaksikan gabungan visual grafik, pemilihan lagu, koreografi tari dan alunan muzik telah digunakan sepenuhnya oleh Dato’ Siti dalam menghiburkan para peminatnya dengan membawakan 30 buah lagu tanpa henti dalam masa dua jam.

Konsert yang telah dikemudikan oleh Pat Ibrahim selaku pengarah konsert dan diiringi oleh 20 orang pemuzik di bawah pimpinan Aubrey Suwito serta 25 penari latar di bawah bimbingan Pat, Azwa dan Suhaili ternyata memberikan impak yang sangat besar dalam sejarah penting dunia seni hiburan.

“Selain dari konsert SATU yang menjadi tunggak utama bagi saluran dedikasi istimewa ini, kami juga akan menyiarkan Konsert Fantasia Tour Dato’ Siti Nurhaliza di Bukit Jalil pada tahun 2004 di samping klip-klip video muziknya secara berselang-seli secara bonus,” tambah Khairul lagi.

Jangan lupa untuk menyaksikan saluran dedikasi khas, SITI di saluran 188 secara percuma selama dua hari tanpa henti pada hujung minggu ini. Eksklusif buat pelanggan-pelanggan Astro!

Tags: ,

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Siti Nurhaliza Bersama Idola Kecil 3
  • Rakaman Eksklusif Dato’ Siti Nurhaliza Bersama Peminat
  • Dato’ Siti Nurhaliza di Karpet Merah Anugerah Juara Lagu 25
  • Gambar Siti Nurhaliza Tema Madonna
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Sirah Junjungan
  • Dato’ Siti Nurhaliza Cover Majalah EH! Bulan Mei 2010
  • Siti Nurhaliza di Konsert Setiakawan 2 @ Dataran Merdeka Malam Ini
  • Dato’ Siti Nurhaliza Cari Sponsor Untuk Konsert
  • Dato’ Siti Nurhaliza Tidak Dapat Join Jom Heboh Penang
  • Gambar Siti Nurhaliza di Majlis Berbuka Puasa SNP 2010



    • http://www.nuruladriana.blogspot.com Nurul

      sempoi siti. cantik sgt. cool je nampak bila pakai jeans. :D

    • kulat

      betultu nurul, nice btl nmpknyer

    • ida

      setuju!!!
      suka tengok baju siti, cantekk!!

    • dila

      lawa sgt baju tuuuuuu

    • http://www.facebook.com/jeebzeed jeeb

      ermm ye cantik sgt siti mcm ni…simple n nice….cool je….cantik sgt….
      x saba nka tunggu saluran 188 weeknd ni…nak dok umah je tengok saluran SITI…hehe best2…x saba gak tunggu program raya siti….

    • nana

      lawanyerrrr bajuuuuuu!!! hehe..
      ct maintain cute…..

    • Was-seetu

      hmmpph..!

    • mas

      Siti ni memang tak jemu dilihat. Kalau ada muka dia di tv, memang tak boleh nak berganjak. Ntahlah…… melihat saja mukanya…… sejuk mata memandang. Betul tak budiey & kwan2 ?.

    • http://mamy68 linda

      betul yg u ckp mas….i pun bila tengok siti tk pernah bosan …siti memang lawa…selamat berpusa untk siti dan keluarga..semoga allah swt menerima amal ibadah siti sekeluarga.amin…………….

    • sitizoner

      nampak berisi skit..tp still cute…by the way…x sabo nk tgok konsert 1… mai ramei2 dok depan tv esok!!!!!!

    • lv_lovedng

      i tgh tgk konsert satu siti ni! memang best lah! rugi tak dpt tgk live!
      tiket da abis.. huhuhu…
      thanks astro sudi bagi peminat siti utk tgk konsert ni!
      love u ct and astro.. hehe.. :)

      -tak sabar nk beli album tahajud cinta!!-

    • http://mamy68 linda

      best nye dapat tengok konsert siti ….siti pakai baju ape je cute ..mungkin kalau kite yg pakai baju kimono merah tu mesti kelakar….tapi kalau siti yg pkai ..aduh hai memang lawa….harap dato siti buat lagi satu konsert masa tu nk beli tiket dah sold out yg untk depan sekali..i love u dato siti…i suka lirik lagu wanita best ………………………..thanks to astro….

    • http://deleted areemin

      siti memang cute tp aku z dpt nonton konsertnya sebab xde Astro sedih gilerrrr….. harap vcd konsert satu cepat diedarkan kpd orang ramai please budiey, sampaikan pd siti…



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK