in

Dato’ Siti Nurhaliza Bakal Lancar SimplySiti Di Hati 2014

Sedar tak sedar, SimplySiti dah hampir mencecah usia 5 tahun. Seiring dengan kematangan itu, kempen SimplySiti Di Hati 2014 sekali lagi akan dilancarkan tidak lama lagi oleh Presiden SimplySiti, Dato’ Siti Nurhaliza di salah sebuah lokasi di ibu kota. Kempen yang membawa tagline – One Heart One Dream mendapat sambutan daripada peminat dan Budiey pasti ramai peminat penyanyi ini ternanti-nantikan berita yang akan diumumkan kelak.

siti-nurhaliza-white-simplysiti

Budiey masih ingat lagi, Budiey pernah menghadiri sidang media pelancaran kempen SimplySiti yang pertama kalau tak silap di Garden Ballroom, IOI Resort Marriot Putrajaya. Kempen ini mendapat kerjasama dari rakan niaga Watson’s untuk menyumbangkan bantuan kepada masyarakat yang memerlukan bagi meringankan lagi beban yang ditanggung.

Kita sebagai warga Malaysia seharusnya memberi sokongan kepada usaha yang dibuat oleh penyanyi Siti Nurhaliza yang tidak putus-putus untuk mengadakan kempen ini kerana ia adalah satu tanggungjawab sosial yang memberi faedah kepada yang bernasib malang.

Kalau kita tengok pada kempen yang lepas, kempen ini akan mengumpul dana bermula dari setiap negeri untuk disalurkan kepada badan-badan yang memerlukan. Kalau sebelum ini, SimplySiti telah berjaya membantu dua orang pesakit jantung, pada kali ini tak pasti pula. Nantikan pengumumannya ya.

Yang menariknya, Dato’ Siti Nurhaliza sendiri akan turun padang menjadi Perunding Kecantikan ke cawangan SimplySiti di Watson’s terpilih. Para pengguna dan peminat SimplySiti akan berpeluang bertemu dan membeli barangan SimplySiti secara langsung daripada Dato’ Siti Nurhaliza

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Documentary Tomorrowland 10 Years Of Unity Love Madness & Magic

You Me At Six Bakal Perform di KL Live