in ,

Dato’ Siti Nurhaliza Bakal Lancar Lagu Raya Ciptaan Pak Ngah

Budiey dapati banyak sekali respon dan komen positif dari netizens khususnya peminat setia Dato’ Siti Nurhaliza (Sitizoners) apabila mendapat tahu komposer terkenal Pak Ngah akan kembali menghiasi seni muzik tanahair dengan mencipta sebuah lagu raya untuk Dato’ Siti Nurhaliza. Berita ini disampaikan oleh pengurus Dato’ Siti Nurhaliza sendiri iaitu Kak Rozi.

Waaah! Bestnya! Ternyata ramai yang teruja dan tak sabar menantikan lagu raya yang kemungkinan besar berkonsepkan irama etnik kreatif. Apakah lagu baru ini dapat menandingi lagu-lagu raya ciptaan Pak Ngah sebelum ini. Seingat Budiey, Dato’ Siti pernah melancarkan album kompilasi lagu raya dan boleh dikatakan kesemua lagu raya berkumandang di corong radio.

Raya tahun ini mesti meriah dengan lagu baru ni, kan?

Foto kredit: Facebook Kak Rozi

Siti Nurhaliza & Pak Ngah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ini Sebab Kenapa Anda Perlu Join RAKU Fest!

Peraduan Premiere With Budiey – THE ANGRY BIRDS MOVIE