Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Dato Siti Nurhaliza Bakal Berduet Dengan Rabbani di Konsert Sinar Maulidurrasul 1430H



Pada 11 Februari lalu, masa pelancaran album ‘Nostalgia Nada Murni’, Rabbani telah mengumumkan mengenai penganjuran Konsert Malam Sinar Maulidurrasul 1430H (MSM 1430H) yang akan diadakan pada malam ini 28 Februari ini di Stadium Malawati, Shah Alam. Pembaca Sensasi Selebriti dijemput beramai-ramai memeriahkan konsert ini.

Antara artis popilar ialah kumpulan Rabbani sendiri, Datuk Siti Nurhaliza, Amy Search, Mawi, Ustaz Akil Hayy dan Datuk Siti Nur Bahyah dan akan dihoskan oleh Nurrafenda dari MHI TV3. Yang menariknya, kumpulan Rabbani akan mencipta sejarah dengan tampil berduet dengan Datuk Siti Nurhaliza buat pertama kalinya. Kali ini dipersembahkan secara Non-Stop Entertainment dengan menampilkan lima element iaitu nyanyian, qasidah, tazkirah, pentorama dan persembahan multimedia.

Ini kali kedua konsert yang berkonsepkan Edutainment tersebut diadakan selepas ia diadakan kali terakhir pada tahun 2007 yang lalu. Bagi peminat yang ingin menyaksikan konsert tersebut boleh membeli kad i-talk edisi khas Konsert MSM 1430H pada harga RM10, RM30 dan RM50.

Konsert itu tidak dapat diadakan pada tahun lalu akibat ketiadaan penaja. Rabbani sendiri mengakui mereka terpaksa menggunakan wang syarikat hampir RM100,000 ketika mengadakan konsert sulung Malam Maulidurrasul pada tahun 2007 gara-gara penaja menarik diri disaat-saat akhir.   

“Kami belajar dari kesilapan lalu. Masa mengadakan konsert sulung kami terpaksa keluarkan perbelanjaan sendiri. Cuma yang menyedihkan syarikat yang menarik diri itu sebuah syarikat yang dimiliki oleh orang Melayu. Alasan yang diberikan konsert kami tidak memberi sumbangan kepada syarikatnya,” kata Azadan yang juga jurucakap kepada Rabbani dalam nada kecewa.

Amy Search

Rabbani Productions (M) Sdn. Bhd. sekali lagi merasa terpanggil untuk menganjurkan konsert tersebut sebagai satu medium dakwah melalui muzik untuk mengajak masyarakat ke arah memperingati dan menginsafi peristiwa kelahiran Rasulullah SAW serta sirah perjuangannya di muka bumi ini.

“Konsert MSM 1430H ini berkonsepkan ‘edutaiment’ atau hiburan yang diselitkan dengan unsur-unsur pendidikam rohani selaras dengan motto utama Rabbani iaitu ‘Hiburan Mendidik Nurani’. MSM kali ini akan dipersembahkan secara ‘non-stop entertainment’ dari artis-artis yang terlibat. Lima elemen utama dalam persembahan kali ini ialah nyanyian, qasidah, tazkirah, pentorama dan persembahan multimedia,” ujar anak kelahiran Klang, Selangor ini.

“Pihak RPSB merasa amat bertuah kerana Telekom Malaysia atau TM telah berbesar hati menjadi penaja utama program yang amat bermakna ini. Manakala stesen telvisyen swasta nombor satu negara, TV3 buat kali keduanya akan menjadi penyiar rasmi konsert kali ini. Pada malam itu nanti akan diadakan majlis penyerahan Tabung TV3 Bersamamu. Selain konsert, RPSB dan TM akan mengadakan karnival di perkarangan stadium. TM akan mempromosikan pelbagai produk mereka dan perkhidmatan kad prabayar, i-talk, Streamyx Combo, Pakej Let’’s Talk dan juga DEL. Gerai-gerai jualan ini akan dibuka mulai jam 10 pagi hingga 7 malam.”

Sempena konsert itu, TM akan mengadakan karnival di perkarangan Stadium Melawati mulai jam 10 pagi hingga 7 malam. Antara aktiviti ialah Meet & Greet Session, Q&A dan pelbagai pertandingan untuk seisi keluarga.

“Setinggi harapan kita sama-sama dapat merasai akan kecintaan terhadap junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW dan mudah-mudahan kita semua akan mendapat syafaatnya di akhirat kelak,” katanya.

Bagi peminat yang ingin menyaksikan konsert tersebut boleh berbuat demikian dengan membeli kad i-talk edisi khas Konsert MSM 1430H pada harga RM10, RM30 dan RM50. Kad i-talk ini berperanan sebagai tiket masuk ke konsert ini. Orang ramai boleh mendapatkan kad tersebut di booth i-talk atau mendapatkannya di 12 lokasi TM di Kajang, Serdang, Padnan Indah, Ampang, Kepong, Rawang, Damansara Utama, Shah Alam, Menara TM, Setapak dan Muzium Jalan Raja Chulan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Rabbani Productions (M) Sdn Bhd di talian 03-62721225 atau layari laman web www.rabbani.com.my.

Mawi dan Ekin diterjah wartawan Melodi.

Tags: ,

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Nuraffenda Mohd Ibrahim Pengacara Malam Sinar Maulidurrasul 1430H
  • TV3 Terbitkan Program Ustaz Asri Dalam Kenangan
  • Gambar Siti Nurhaliza Bertudung di Konsert Sinar Maulidurrasul
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Konsert Malam Sinar Maulidur Rasul 1430H
  • Konsert Siti Nurhaliza & Rabbani Sempena Maulidurrasul 1433
  • Siti Nurhaliza Bersama Idola Kecil 3
  • Dato’ Siti Nurhaliza Cari Sponsor Untuk Konsert
  • Gambar Siti Nurhaliza di Majlis Berbuka Puasa SNP 2010
  • Poster Konsert SATU Dato’ Siti Nurhaliza di Istana Budaya
  • Rakaman Eksklusif Dato’ Siti Nurhaliza Bersama Peminat



    • nieradina..

      wah..sumer nama2 besar yg mmbuat psembahan……..

    • encik panda

      besar ke nama mereka? font size berapa?

    • http://www.yahoo.com chocolate gurlz

      a’a, semua nama besaq-besaq…tapi yg jadi tanda tanya…habaq DCT nak mula aktiviti seni area bulan 4…tapi habaq nak pi nyanyi ngan depa ni semua…cancel kan DCT…hormati la arwah ayah DCT tu…baru sangat…

    • poyo je..

      barulah nmpak macho amy search ni, klau x tu dgn rmbut pnjg, berserabai je, kalu blh teruskan imej camni…anak amy c nabila tu, bile lak nak berubah ya…..

    • masyard

      harap penganjur dpt pisahkan muslim&mulimat erkk ms konsert tu…buat mcm tok guru nik aziz ms bt konsert tautan kasih kat kelate..takbir..kat Kedah bila pulak…perak dah telepaih..huhuhu….

    • june

      loh kata berkabung sampai bulan 4…



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK