Dato’ Mukhriz, Tun Dr. Mahathir Mohamad @ Program Hujah di TV9
WAWASAN 3 TOKOH PEMUDA MENGENAI SOSIAL, EKONOMI, & POLITIK
Hujah, rancangan terbitan TV9 sentiasa membawakan perkembangan terkini mengenai politik, ekonomi, sosial dan isu-isu semasa yang dekat di hati penonton di Malaysia. Tidak seperti program bual bicara yang lain, Hujah menggunakan pendekatan yang agak serius dalam membicarakan isu-isu tersebut kerana ia cuba memberi pelbagai gambaran dan perpektif mengenai sesuatu subjek yang boleh memberi ilmu dan maklumat kepada penonton. Rancangan ini disiarkan setiap Selasa jam 9.30 malam dan mempunyai pengikutnya yang tersendiri.
Terbaru, Hujah akan bersiaran secara langsung dari Dewan Bahasa dan Pustaka bagi mendengar wawasan tiga tokoh politik mengenai isu sosial, politik dan ekonomi semasa. Di samping itu, Hujah mengambil peluang bagi mengetahui apakah hala tuju dan masa hadapan UMNO serta nasib bangsa kita pada masa akan datang. Tajuk kupasan ini yang berkait rapat dengan isu masa kini pastinya memberi lebih banyak informasi terkini kepada penonton.
Bagi mengulas lanjut tajuk yang menjadi perhatian umum ini, Hujah menjemput tiga tokoh politik yang telah diketahui ramai kebolehan dan kepetahan mengutarakan pendapat mereka. Mereka adalah Dato’ Mukhriz Tun Mahathir anak bekas Perdana Menteri Malaysia Keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad, yang merupakan Ahli Parlimen Jerlun dan juga exco Pemuda UMNO.

Manakala tokoh kedua adalah Bekas Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Dr. Mohamad Khir Bin Toyo untuk turut serta menyumbang pendapat tentang tajuk yang dibicarakan ini. Seterusnya, Hujah turut menjemput Khairy Jamaluddin yang merupakan Naib Ketua Pemuda UMNO yang juga Ahli Parlimen Rembau.
Seperti biasa, Hujah akan dipengerusikan oleh Dr. Mohammad Agus Yusoff yang menjawat jawatan Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Sejarah, Politik, dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia. Keberanian dan kelantangan beliau mengemukakan soalan-soalan cepu emas secara provokatif kepada panel-panel Hujah sebelum ini memang menarik perhatian penonton. Kerana itu juga Dr Agus begitu sinonim dengan Hujah.
Oleh itu, bagi mengetahui kupasan selanjutnya mengenai tajuk pada minggu ini, teruskan menonton TV9 pada 17 Febuari, 2009, Selasa, jam 9.30 malam dibawakan khas secara langsung dari Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka oleh TV9, stesen Dekat di Hati lagi padat berinformasi.
Selamat menonton!
Tags: TV9
Tags: TV9Click on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





February 18th, 2009 at 4:21 pm
Saya dah tengok hujah tu semalam..yang saya nak perkatakan bukan tokoh-tokoh UMNO yang berhujah tapi saya tertarik dengan pengerusinya iaitu Dr. Mohammad Agus Yusoff yang Berani dalam bertanyakan soalan-soalan yang selama ini bermain difikiran rakyat Malaysia seperti isu ISA, Minyak, Bahasa Inggeris dan sebagainya. Dr.Mohammad Agus mewakili suara rakyat Malaysia dan tidak takut untuk bertanya tentang kelemahan-kelemahan kerajaan..syabas kepada Dr.Mohammad Agus kerana mewakili suara RAKYAT MALAYSIA.
Diantara ketiga-tiga Tokoh Politik ini, saya lebih mengkagumi Dato’ Mukhriz Tun Mahathir..dia adalah seorang yang tenang dan semoga Mukhriz akan mewarisi sikap ibunya yang lemah-lembut..
February 23rd, 2009 at 11:06 am
saya amat tertarik dengan hujah yang diasiarkan malam tu.
saya harap hujah-hujah ini akan diteruskan sampai bila-bila bagi menyelesaikan masaalah-masaalah yang bermain di pikiran rakyat..
terima kasih.
April 8th, 2009 at 3:29 pm
Saya tertarik dengan isu yang dibincangkan pada malam itu walaupun saya tidak berkesempatan untuk mengikuti keseluruhan program tersebut.Apa yang menariknya mengenai program hujah ini adalah pengerusi yang pandai menghidupkan dan mengawal suasana yang kadang-kadang panas.Isu-isu yang dibincangkan juga releven untuk diketahui oleh anak-anak muda seperti saya.Cadangan saya selepas ini supaya HUJAH dapat menjemput para panel dari pembangkang untuk mengetahui agenda sebenar mereka.Dalam hal-hal tetentu fahaman politik boleh diketepikan untuk memberi fokus masalah ekonomi dan sosial rakyat.Lebih-lebih lagi para pembangkang yang bukan beragama islam berani bercakap mengenai islam itu sendiri.Harap orang melayu/islam prihatin terhadap hal ini.Bangkit melawan bukan tunduk pada arahan.Tahniah untuk program HUJAH.