in

Dato’ Mukhriz, Tun Dr. Mahathir Mohamad @ Program Hujah di TV9

WAWASAN 3 TOKOH PEMUDA MENGENAI SOSIAL, EKONOMI, & POLITIK

Hujah, rancangan terbitan TV9 sentiasa membawakan perkembangan terkini mengenai politik, ekonomi, sosial dan isu-isu semasa yang dekat di hati penonton di Malaysia. Tidak seperti program bual bicara yang lain, Hujah menggunakan pendekatan yang agak serius dalam membicarakan isu-isu tersebut kerana ia cuba memberi pelbagai gambaran dan perpektif mengenai sesuatu subjek yang boleh memberi ilmu dan maklumat kepada penonton. Rancangan ini disiarkan setiap Selasa jam 9.30 malam dan mempunyai pengikutnya yang tersendiri.

Terbaru, Hujah akan bersiaran secara langsung dari Dewan Bahasa dan Pustaka bagi mendengar wawasan tiga tokoh politik mengenai isu sosial, politik dan ekonomi semasa. Di samping itu, Hujah mengambil peluang bagi mengetahui apakah hala tuju dan masa hadapan UMNO serta nasib bangsa kita pada masa akan datang. Tajuk kupasan ini yang berkait rapat dengan isu masa kini pastinya memberi lebih banyak informasi terkini kepada penonton.

Bagi mengulas lanjut tajuk yang menjadi perhatian umum ini, Hujah menjemput tiga tokoh politik yang telah diketahui ramai kebolehan dan kepetahan mengutarakan pendapat mereka. Mereka adalah Dato’ Mukhriz Tun Mahathir anak bekas Perdana Menteri Malaysia Keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad, yang merupakan Ahli Parlimen Jerlun dan juga exco Pemuda UMNO.

Manakala tokoh kedua adalah Bekas Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Dr. Mohamad Khir Bin Toyo untuk turut serta menyumbang pendapat tentang tajuk yang dibicarakan ini. Seterusnya, Hujah turut menjemput Khairy Jamaluddin yang merupakan Naib Ketua Pemuda UMNO yang juga Ahli Parlimen Rembau.

Seperti biasa, Hujah akan dipengerusikan oleh Dr. Mohammad Agus Yusoff yang menjawat jawatan Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Sejarah, Politik, dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia. Keberanian dan kelantangan beliau mengemukakan soalan-soalan cepu emas secara provokatif kepada panel-panel Hujah sebelum ini memang menarik perhatian penonton.  Kerana itu juga Dr Agus begitu sinonim dengan Hujah.

Oleh itu, bagi mengetahui kupasan selanjutnya mengenai tajuk pada minggu ini, teruskan menonton TV9 pada 17 Febuari, 2009, Selasa, jam 9.30 malam dibawakan khas secara langsung dari Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka oleh TV9, stesen Dekat di Hati lagi padat berinformasi.

Selamat menonton!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Acoustic Performance Cyril Niccolai Hard Rock Cafe Kuala Lumpur

Sinopsis Filem Rasukan Ablasa Lakonan Mohd Hafiz & Gambit Saifullah