Home HOME | My Few.net | Foto Blog | Enter-tainment | Tips Money | Who Linked Me | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)











[ Lebih 25 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]






Datin Seri Tiara Jacquelina Dilantik Pengetua Akademi Fantasia ke-7

Budiey BlogSekejap tadi, dalam episod pertama Diari AF7, penonton dan juga para pelajar telah diperkenalkan dengan pengetua Akademi Fantasia musim baru iaitu Datin Seri Tiara Jacquelina.

Pada masa yang sama, sessi ramah mesra para media dengan Datin Seri Tiara Jacquelina telah diadakan di Restoran The Courtyard Garden, Damansara pada jam 8 malam tadi. Tiara yang baru kembali dari mengerjakan umrah di Tanah Suci Makkah ternyata gembira dengan perlantikan itu dan berazam membimbing pelajar AF7 ke tahap yang lebih cemerlang. 

Budiey ingin mengucapkan tahniah kepada penyanyi dan pelakon teater Puteri Gunung Ledang kerana dilantik menjadi pengetua Akademi Fantasia musim ke-7. Bermakna, Datin Seri Tiara adalah wanita pertama yang menjadi pengetua AF. Mungkin ini yang dikatakan transformasi yang mahu ditonjolkan dalam AF dengan memilih pengetua wanita yang sungguh berwibawa dan kaya dengan ilmu seni persembahan lakonan dan nyanyian.

Pasti banyak sekali informasi dan tunjuk ajar serta tips dari pengetua baru yang melimpah dengan aura ini akan ditransformasikan kepada budak-budak AF musim ini. Satu cabaran yang bukan kecil untuk digendung oleh beliau. Good luck ya, Datin Seri!

Dengan pengumuman ini, maka tamatlah desas-desus dan spekulasi siapakah pengetua AF7. Sebelum ini nama-nama besar seperti Datuk Sheila Majid, Norman KRU, Aznil Nawawi dan Anita Sarawak disebut-sebut akan menerajui AF musim baru ini. Sebelum ini, ada yang buat spekulasi pengetua AF kali ini adalah lelaki.

AF sebelum ini didominasi oleh pengetua lelaki iaitu Freddie Fernandez (AF1), Ramli MS (AF2 dan AF6), M. Nasir (AF3), Ramli Sarip (AF4) dan Roslan Aziz (AF5).

Apakah visi dan misi untuk ketuai AF7?

“Transformasi bagi saya ialah perlu berani buat sesuatu yang baru. Saya ingin menjadikan AF7 ini adalah yang terbaik. Kalau boleh, saya ingin AF7 melahirkan bakat-bakat yang luar biasa dan menjadi ikon di tanahair. Mungkin impian itu terlalu tinggi, tetapi industri kita memang memerlukan transformasi seperti ini. Saya sengaja letakkan matlamat yang mungkin kedengaran agak tidak masuk akal untuk semua projek yang saya lakukan termasuklah AF7, agar saya dapat lihat sejauhmana ia boleh dicapai. Bagi saya, tidak salah meletakkan ‘benchmark’ yang tinggi. Jika kita tidak berazam dan berusaha, kita tidak tahu kemampuan kita. Dan semua ini akan dilakukan secara bersepakat di antara saya, pelajar dan barisan tenaga pengajar.”

Komen Datin Seri Tiara atas pelantikannya:

“Pada saya, tidak ada apa yang perlu dihairankan tentang siapa yang bakal menjadi Pengetua…sama ada wanita atau lelaki. Yang penting adalah apa yang akan saya tinggalkan setelah AF musim ini berakhir kelak. Tawaran ini datang pada masa yang tepat. Ramai wartawan pernah bertanya apa yang akan saya buat selepas tamatnya Puteri Gunung Ledang The Musical dan saya pernah luahkan hasrat saya untuk tubuhkan sebuah Akademi seni selepas ini. Tapi nampaknya, tawaran ini (Pengetua AF7) yang saya terima dulu. Saya hanya memberi kata putus pun baru-baru ini saja. Apapun, saat saya ditawarkan jawatan ini, saya tahu tanggungjawab yang akan saya pikul itu cukup berat, apatah lagi bila mendengar tagline musim ini iaitu ’satu transformasi akan berlaku’. Tapi, saya sukakan pada cabaran. Saya rasa, dengan bantuan barisan tenaga pengajar yang hebat musim ini, kita akan cuba sedaya-upaya membawa transformasi itu.”

Budiey kira, satu pilihan bijak diputuskan oleh pihak produksi. Memang sesuai, apatah lagi, terbukti bakat seni nyanyian juga bersemadi dalam diri penerbit dan entertainer yang baru melancarkan album singlenya berjudul KATAKAN yang dicipta oleh Dick Lee dan lirik oleh Adlin Aman Ramli. 

Datin Seri Tiara juga memang layak jika dilihat dan diukur dengan kemampuan pelakon ini yang bukan sebarangan dengan menghasilkan filem Puteri Gunung Ledang hinggalah mengusung naskah ini ke pentas teater. Antara artis yang pernah digilap oleh Tiara di bawah agensinya dulu, Kit Kat Klub adalah Sofia Jane, Aida Rahim dan Maria Farida.

Melihat pada episod pertama, saya kira ramai pihak yang yakin, AF kali ini mampu menyuntik transformasi segar dalam industri. Sejauh mana? Kita tengok aje lah.

 Gambar ketika pengetua cantik disolek rias indah oleh MAC di Mid Valley.

Tags: ,

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Video Lagu Katakan Datin Seri Tiara Jacquelina
  • Ulasan Konsert Akademi Fantasia 7 Minggu Pertama
  • Ramli MS Pengetua Akademi Fantasia Musim ke-6
  • Norman KRU Pengetua Akademi Fantasia 8
  • Alam Juara So You Think You Can Dance
  • Gambar Datin Seri Normala Samsudin
  • P. Ramlee The Musical @ Esplanade & Istana Budaya
  • Aril Tersingkir dari Akademi Fantasia
  • Senarai Lagu Ujibakat Akademi Fantasia ke-6
  • Teater Muzikal P. Ramlee The Musical ditaja Berjaya Corporation Berhad



  • 16 Komen untuk entri “Datin Seri Tiara Jacquelina Dilantik Pengetua Akademi Fantasia ke-7”

    1. aten_zone kata:

      hurm, mmg langsung tak dijangka aten..
      hope apa yg dia cakap Af7 akan lebih bek dari af len semoga jd kenyataan..
      maybe die nk masukkan elemen muzikal teater dalam persembahan pelajar2..
      tak sabar nk saksikan konsert 1 af7..

    2. angah kata:

      tahniah!!!
      seperti mana yang angah jangakakan akhirnya menjadi kenyataan.
      semoga transformasi berjaya di implementasi di af7 supaya tidak membosankan penonton pada skema yang biasa sahaja.
      all the best datin tiara.

    3. Lily Ayu kata:

      hmmmm…jadi akademi teater la…

    4. akulaMD kata:

      Don’t be absurd, Tiara korang ingat teater je ke? Shallow.

      She’s more than capable to hold the position.

      Kenapa orang ingat mesti penyanyi je yang boleh jadi Pengetua? Korang pernah ke dengar Fernandez dan Ramli MS buka suara menyanyi? Ada ilmu2 lain yang perlu untuk jadi pengetua.

      Tiara dah ada cikgu2 yang boleh ajar bebudak tu menyanyi. Sebab tu la ada guru vocal dalam tu.

    5. ntahla.... kata:

      …Harap2 mase kat AF nnt dia x kemban…..mau ‘kacau’ d buatnye nnt, hehe…

    6. choco gurlz kata:

      aku tengok pun cam lebih ke teater je…silap-silap student AF kali ni langsung keluaq jadi pelakon teater muzikal…ye la, menyanyi, menari dan berlakon? All in one…

    7. IzzahJaslenda kata:

      hmm.. mcm x sesuai je..

    8. mirazin kata:

      ala korg,ok wat kalu bdk2 af tu masuk teater musikal lps abis af nnt..ada gak talent 2 dlm satu..boleh berlakon plus menyanyi..hehe.

    9. zakiah kata:

      best ke ni?dia bukan pandai sgt vokal kan?

    10. adekepatut kata:

      Kureng sesuai la. Tiara more to acting. Susah juga budak2 ni dibuatnya. Walau mcmmana skalipun sekureng2nya tiara akn kasi peluang pekerja kat geng AF7. kat luar tu dah bersepah artis AF yg tak tahu hala tuju..blk2 pi program gempar astro pas tu nyanyi lagu2 artis lain…tolong promote lagu2 artis2 yg dah beralbum…..kesian..

    11. mawar kata:

      ala..xkesah le sape pn pengetuanye..nk letak makcik cleaner sbgi pengetua pn xpe..sbb yg akn train bdk2 AF tu kn cekgu2 yg ade dlm tu..ade cekgu vokal yg bgus..so, dieorg akn blaja dgn cekgu vokal le..bkn dgn pengetua..ye x..?

      lg pn, org nk undi student, bkn pengetua..pengetua juz utk ckupkn carta organisasi AF jek..silibus sume, kn astro yg wat..ape nk heran..huhu..

    12. june kata:

      byk tul songeh korang eh..itu salah ini tk betul..korang jer lah jadi pengetua hehehe…

    13. umievogue kata:

      aku xkisah sapa yg jd pengetua af sb aku langsung xminat af tu..buang masa ja tgok diorang tu.apa2 pun Tiara cantik

    14. nurulema kata:

      salam…pengetua af…yg paling vogue’,….segulung penghargaan kerana bangga dengan datin seri sekarang,….semakin menawan,…n ur the best….love ya’..

    15. nurulema kata:

      salam…whatever’…yg penting,..lain dri biasa….apapun,…memang best….
      akdemi jadi lebih,mencabar,..untuk peserta akan datang….ur still the best lah’…memang teater muzikal xsemua bleh buat,..right…love ya’….vouge;….

    16. ronney kata:

      i love tiara. you’re so gorgeous.

    =========================
    PERHATIAN KEPADA PEMBACA BUDIMAN,

    SILA GUNA BAHASA YANG SOPAN DAN BERHEMAH KETIKA MENULIS KOMEN. SILA HINDARI DARIPADA MENYENTUH TENTANG SENSITIVITI INDIVIDU, AGAMA DAN PERKAUMAN.

    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM


    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:










    Hits & Statistic





    View Blog Stats







    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK





    Nantikan MOVIE DAY OUT BERSAMA PEMBACA - FILEM EVOLUSI KL DRIFT tak lama lagi!