Home HOME | My Jurnal | My Few.net | Foto Blog | Tips Money | Who Linked Me | Enter-tainment | Hubungi | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)

















[ Lebih 20 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]





Drama Datin Diaries & Isu Linda Onn

DRAMA NASHA AZIZ JADI DATIN MALAM INI!
Ketiadaan program SENSASI di TV3 pada jam 11 malam ini akan digantikan dengan drama bersiri, Datin Diaries. Rasanya sudah ramai yang tahu tentang drama 26 episod ini yang dilakonkan oleh Azean Irdawaty, Nasha Aziz dan Rita Rudaini. Ahad lalu, kisah 3 orang datin-datin yang vogue ini telah mengisi ruang slot di Melodi Ahad lalu, jadi ramailah penonton ternanti-nanti drama ini.

Tetapi masa tayangan jam 11 malam rasa saya tidak berapa sesuai sebab masa tu ramai yang dah mengantuk dan letih. Kalau drama tu sedap, OK lah jugak kan.

    Saya tidak boleh letakkan sinopsis Datin Diaries di sini sebab nanti dicop sebagai spoiler pulak. Yang pastinya, drama ini berkisar tentang kehidupan datin yang menghadapi masalah suami mereka yang bermain kayu tiga. Jadi, mereka berpakat dan merancang untuk ‘ikat’ suami agar tidak mencari ‘penyedap’ di luar.

    Kesimpulannya, dunia mereka kaya dengan kemewahan tidak menjanjikan apa-apa buat tiga orang Datin ini. Kecuali mereka dapat menarik perhatian ‘Datuk-Datuk’ mereka. Saya kira, kehidupan Datin Mary, Datin Molly dan Datin Sally akan dipaparkan dalam mesej yang cukup sinis untuk menyindir orang-orang yang berpangkat dan dipenuhi kemewahan. Tidak semua mereka yang bahagia. Kekayaan wang ringgit tidak menjanjikan bahagia.

    Antara pelakon lain yang membintangi drama ini ialah Nur Fazura Sharifuddin, Norkhiriah, Fahrin Ahmad, Zulhuzaimi, Azizah Mahzan, Yusni Jaafar, Zek Zaidi, Norlia Ghani, Mubarak Majid, Yasmin Hamid, Catriona Ross, Ako Mustafa, Elly Suriati, Linda Onn dan Aznah Hamid.

    Ops! Teruja juga ada nama yang tengah hangat diperkatakan sekarang ini berlakon juga dalam siri drama ini. Siapa lagi kalau bukan Linda Onn… Jarang saya lihat Linda Onn berlakon drama. Ini mungkin yang pertama barangkali ya?

Oklah, nak promo sikit boleh? Orang TV3 yang suruh promo. Katanya pelakon Datin Diaries akan turut memeriahkan Jomheboh 2007 di Kuantan Pahang hujung minggu ini. Kalau you all nak jumpa pelakon Datin Diaries seperti Azean Irdawaty, Nasha Aziz dan ramai lagi… kunjungi Jomheboh 2007 di Kuantan, Pahang pada 10 & 11 Mac ini.

Kredit foto: Berita Harian

LINDA ONN YANG CUAK
    Dunia hiburan tanahair masih dikecohkan dengan isu kontroversi Linda Onn yang tidak muncul di Anugerah Oscar minggu lalu. Sebelum ini, terlalu banyak spekulasi dan andaian yang timbul. Forum dan blog turut sama menjadi medan bagi mereka-mereka yang pakar mengulas tentang isu yang dikatakan agak busuk ini. Kerja wartawan pula banyak mengorek rahsia demi rahsia untuk dibongkarkan. Dan saya memilih untuk berdiam diri kerana ini adalah krisis yang agak ‘berat’ untuk diceritakan pada umum.

    Tidak perlu menegakkan benang yang basah. Tidak perlu mencari siapa yang salah. Samada Linda, pihak pengurusan, pereka fesyen, atau siapa sahaja yang dipersalahkan, saya harap isu yang membusukkan industri hiburan ini tidak berlarutan.

    Linda Onn sudah pun pulang. Semalam, airmata Linda gugur di KLIA disambut oleh ibu bapa, keluarga dan teman-temannya. Semua orang tentu ingin mendengar alasan dan komen daripada Linda Onn. Setelah membaca beberapa helaian kertas yang dihulurkan oleh wartawan, saya rasa turut bersimpati dengan apa yang menimpa Linda Onn. Apakah nanti Linda Onn akan dilucut jawatannya dari konti Era? Kerana saya difahamkan memang Linda Onn kena hentam ‘kaw-kaw’ dek keputusannya itu. Semoga Linda bersabar menghadapi apa sahaja yang bakal berlaku.

    Hidup perlu diteruskan walaupun ada yang mencemuh dan mengutuk. Alah, kalau Linda Onn dipecat pun, Linda dah cukup teguh dan establish. Linda kan dah jadi pengusaha restoran. Tu tak termasuk lagi menjadi duta-duta produk, berlakon… bla… bla….

    Rezeki ada di mana-mana. Cakap-cakap belakang ni biasalah. Mulut orang, takkan kita nak tutup. Itu dah jadi adat. Kalau benda dah jadi hitam, memang sukar untuk jadikannya putih seperti sediakala.

    Bersimpatikah anda dengan nasib Linda Onn. Tercalarkah imej Linda nanti? Atau… ini hanyalah satu mehnah dan kerenah yang perlu kita kaji, mengapa dan kenapa tragedi ini harus berlaku? Jawapan saya, tidak perlu lagi nak heboh-hebohkan keadaan. Masing-masing sudah tahu cerita daripada mulut-mulut yang berwajib. Jadi, terpulang untuk percaya atau tidak. Terserahlah!

    Namun, dari sudut etika kerja, saya rasa Linda Onn seharusnya lebih profesional dan lebih masak serta tahu apa tugasnya yang sebenar. Ketepikan seketika ego diri atau apa sahaja yang bersifat peribadi. Isu pakaian yang kini menjadi satu penyebab utama Linda tidak muncul di kaca TV untuk acara karpet merah menjadi sesuatu yang tidak boleh diterima.

    Semoga ini semuanya menjadi pengajaran buat mana-mana artis yang akan terpilih untuk menjadi hos di Anugerah Oscar tahun hadapan. Dalam pada itu, saya harus memberi pujian kepada Maya Karin yang menjadi hos acara yang sama pada tahun lepas. Walaupun mengenakan baju yang tidak segah mana, namun tetap memberikan komitmen yang tidak berbelah bagi.

Nota Budiey: Kalau boleh tak nak susah-susahkan sesiapa…

Ehem… ehem… tak tahu sebab apa, tangan ni gatal nak letak foto Linda Onn dengan kawan baiknya, Fahrin Ahmad. Macam pinang dibelah dua tak?

Rasanya saat-saat macam ni, Fahrin pastinya adalah teman untuk mengadu bagi Linda. Nasib baik ada Fahrin… (huk huk huk… terbatuklah pulak.)

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Azean Irdawaty, Pelakon Datin Diaries Ada Kanser Payu Dara?
  • Album Baru Ressa Herlambang Cinta Yang Ku Cari
  • Gambar Anak Penari Linda Jasmine
  • Fahrin Ahmad & Rima Melati Kahwin?
  • Gambar Kenangan Cinta Linda Onn & Fahrin Ahmad
  • Linda Onn Pengacara Kontroversi Tahun 2007
  • Gambar Linda Onn dan Fahrin Ahmad Mandi Laut
  • Komen Linda Tentang ‘Cinta’ Fahrin
  • Gambar Ogy Ahmad Daud di Anugerah Skrin
  • Linda Onn dan Fahrin Ahmad Mahu Kahwin?



  • 19 Komen untuk entri “Drama Datin Diaries & Isu Linda Onn”

    1. warrior2 kata:

      Funny when pelakun melayu dalam drama melayu, menggunakan nama bukan melayu. Salah script?

      Pada saya isu Linda masih hazy, masih tidak jelas apakah isu sebenar.
      Tidak wajar mengatakan isu ini tidak perlu dihebuhkan atau dipanjangkan kerana at the end of the day, we must know the truth untuk dijadikan pengajaran dan panduan!

      Dalam pada masa yang sama it is not fair to say that Linda wasnt being professional because isu pakaian satu isu yang kecil dan remeh. It is a BIG issue if the outfit is revealing. I guess, if the dress is revealing and she wore it, timbul la pula isu kenapa she wear that outfit. Orang akan pertikaikan kenapa she dosent use her brain to reject the dress! LOL

    2. Mr. Manager kata:

      Dah minum teh?

      :-)

    3. Budiey kata:

      Hi Warrior, Tajuk Datin Diaries tu saje je tu nak kasi urban sikit. Pasal Linda, u kena tgk baju yang pernah dipakai Linda sebelum ni, tak jauh bezanya dgn baju yg dia kena pakai kat Oscar. Tapi kalau betul jarang dan nampak macam bogel… tu dah kes teruk. Tak nak komen lebih2 lah…

      Hey Mr Manager!
      Minum teh malam-malam ni tak elok… malam-malam cam ni Budiey suka minum susu krim lemak manis.. huk huk huk.

    4. syd kata:

      diari datin?nora a.k.a datin nelly..:-)

    5. warrior2 kata:

      The key word is revealing! Kalau terserlah quite a big junk of dada linda, it is a revealing dress. What she wore before? If sama revaling dengan dress ini, she will have no case. The question is, ADAKAH dress in revealing and what she wore before as revealing?

    6. Faizal kata:

      Enuf lah!! This Linda pun satu mcm!! She shamelessly took a free holiday to Los Angeles dan (I dengar) Las Vegas, all the expense of Star TV.

      The baju yang Redzuan buat is not sexy at all!! Linda sja cari alasan sbb die memang tak prepare for the red carpet and dia panik so the dress became a very good excuse.

      This girl is behaving very badly now that the story is out.

    7. Akmal kata:

      Isu kontroversi Linda Onn yang tidak muncul di Anugerah Oscar minggu lalu tidak timbul sekiranya XXXXXXXXXX tidak mengeluarkan arahan kepada Linda Onn untuk memperagakan “baju seksi” di majlis itu.

      Redzuan Radzwill telah menggunakan hubungan baiknya dengan XXXXXXXX untuk mempengaruhi XXXXX supaya mengarahkan Linda Onn memperagakan baju rekaannya secara paksa.

      Tak usahlah kita memburuk-burukkan Linda Onn lagi kerana apa yang telah Beliau lakukan demi menyelamatkan maruah dirinya dan negara.

    8. sue the ron kata:

      Linda onn, too arrogant. She always though that she is the “man” but when around international celebrities, she totally out, she cant speak fluent English, just admit. The outfit not sexy @ all as she claimed, she just not to be prepaired..lol.
      Datin diaries, emmm. Its totally for entertaiment & the fact is, we malaysian likes to use english name. Mu mum happy watching the show :)

    9. O.P. Jade kata:

      My my… sometimes, i jst feel whatever one does, wherever or whenever he/she is - jst as long as he/she is in the entertainment industry, every single thing, even the tiniest of all, will be magnified and made into such a fussy fuss. For no apparent reason, sometimes.

      Oh well, conclusion: it’s not tht comfy after all to be in the industry? Unless one is chasing after such media exposure?

      Okie dokez, let’s get back to Datin Diaries. I have been following the series since it’s debut.. HHmm.. well, actually i missed the 1st one. By the time i tuned into TV3, dah nak habis.. Ever since, i made an effort to be a couch potato for an hour on Tuesday nite ^_^. Ha, well, what’s not to watch? Great cast, interesting storyline tht’s jst so real, catchy title.
      But one thing - somehow, i feel the pace of the show is a little dilly-dally? Everytime, when i am waiting for some ‘climax’, it jst ends up having to see the word ‘Bersambung’ at the bottom left hand-corner… tension betui!

      And it’s hillarious too! The way the Datins portray the gaya+glamour (some of them, the veterans are really good! hats off to them!). And the part of which the English campur Melayu slang. Quite irritating, but hey, tht’s wht we often see in the real world!
      Jokes aside - certain scenes are pretty touching. There’s this one which Azean is supposed to be having breakfast with her family. But the whole thing ends up to be some argument and a very ‘cold+estranged’ atmosphere. I gotta say, this scene somehow makes me realize how lucky i am. I am reallllllllllllllly glad tht my luvly folks and my siblings still laugh and joke at the dining table, every time we makan 2gether-gether.

      Another one tht catches my eye is how the gender equality and human rights (or maybe, women rights) should be fought for. It’s true, man. U see, we women ain’t no people for the men to push about. We jst have to stand on our own 2 feet! In another words, being independent is always the best policy. Time has changed. I am not trying to sound dramatic nor have i had anything against men. But it’s jst so hard to find a good one these days :D (yes, i am still single, and still very much available. No worries, i am not making those remarks simply becoz i am in my 30’s or 40’s, or still waiting for tht someone to appear, etc.) ^_*

      And at 1 point, i do feel local Malay series offer better storyline as compared to local Mandarin/Cantonese ones? I donno..maybe it’s jst me and my taste =)

    10. Jalil kata:

      bole tanya tak…lagu background (piano version) masa intro cerita datin diarie tu lagu apa yek…ada mp3 dia tak…berminat pulak…

    11. anastasia kata:

      dah t’lmbt tp nak komen gak lebih2 lagi isu baju linda onn, mmg linda x profesional, kalolah dia ckp sbb prinsip, mmg sy nak t’gelak sbb b4 ni pun dia punyer baju bukan sopan sgt pun ada gak ketat2, jarang2 so xlehlah dia nak ‘pegang’ prinsip dia tu, buat org gelak jerk.

      ramai yg backing linda sbb kesian mayb tp x patut sbb berita sana sini kecoh citer psl linda wakil malaysia buat liputan live dr oscar tp yg muncul cuma dominic jer, balik2 dr malaysia menangis ckp prinsip ckp tu ckp ni mmg kelakarlah..

      kalo seseorg tu profesional, dia akan muncul gak dlm majlis (oscar) tu, x kanlah linda x bawa baju lebih, pakai jerlah baju per2 pun asalkan kite melaksanakan t/jwb yg d beri bukan ‘lari’ cmtu jer, so alasan linda onn mmg x munasabah, fans dia msti backing dia betul2 sbb fans lah katakan tp sebaliknyer mcm tulah citer…

      to linda, jgn b’ckp mengenai prinsip kalo sbnrnyer awk x ikut prinsip tu, buat malu kendian hari jer…

      citer datin diaries, quit best, oklah. cuma linda onn dlm citer tu mcm cover2 sgt, berlakonlah betul2 x yah cover2..

      to nasha, awk mmg cantik n lakonan mmg tip top.

      adios.

    12. datinglamour kata:

      oh… pasal Anugerah Oscar kat LA tu… baju kebaya lace modern creamy @ keemasan yang direka Radwill Redzuan nampak lebih glamour sepadan tampil diatas karpet merah tu, jika dibandingkan dgn baju ala2 gaun hitam yg “dipertahankan” linda dalam anugerah Era 2007 yg telahpun belangsung baru2 nie.. tak caya gi tengoklah!!! ….. sebab kite tak tahulah pekara sebenor2nya… dok kita tahu pasal baju je… so, if that lah the couse… be professionalah!!!!

    13. KIKI kata:

      actually linda onn tu mmg wat malu m’sia je. seksi pekejadahnye? celah mane yg seksi?m’bazir je anta dia g sane. lg ramai selebriti yg boleh ckp english fluent kat m’sia ni.tp tak tau cane si linda tu yg pegi.aku denga dia tak lepas rehearsal mase kat LA tu sbenanye…pastu alasan bju seksi la, prinsip la..amende tu wei?kalu dah takleh ckp omputih tu, better awal2 lg takyah pegi.pastu balik m’sia nak menitiskan air mate palsu.nak suro org kesian kat dia?sori la wei. kalu ade yg kesian tu pun myb sbb nk jga hubungan baek ngan si linda tu. yg aku tau, dia tu wat malu je

    14. neo kata:

      adoi.. ni bukan dah lama ka… membazir3 (ala2 ipin)..

    15. secret kata:

      Woi..Linda tau malu,habis yg kau pkai baju seksi2 tu kau x tau malu..??? Btul kata kiki tu…ramai lagi selebriti lain nk pegi kt LA…ckp ler x reti nk ckp omputih……….wu..wu…x tau malu…

    16. pemerhati kata:

      kwang kwang kwang……buat sedey ajer modalnyee…dah memang terang2 salah dia…2 pasal dier tk blh nak tuduh sesaper kan???? wat malu ajer….memang tak tahu malu…tapi ok gak si minah ni tk nk pakai baju 2…tk sesuai langsung…nanti bj 2 yg jd tk cantik…baik bg si maya karin memang terserlah cantik……….ermmm kesiannnyaaaaa….

    17. anastasia kata:

      hehehe…sian tullah sape yg suh linda g, yeye jerlah publisiti tp hampeh maaa..

    18. Honeybee kata:

      Off kn je lah dia tuu ..

    19. puteri diana kata:

      ai semua, sekarang kita tgk hubungan fahrin dengan linda onn dah berakhir, tapi puteri kesian kat fahrin ahmad, sabar2 jer la, banyak lagi perempuan nak kat ko fahrin, apa2 pun aku doakan fahrin bahagia.

    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:










    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by MERCUMAYA.NET