in

Dapatkan Lagu Raya di GUA MUZIK

Portal muzik terulung Malaysia www.guamuzik.com.my sama-sama menceriakan Aidilfitri Syawal ini dengan himpunan lagu-lagu Hari Raya paling popular tanahair. Selain lagu-lagu lama yang terus kekal evergreen, GUAMUZIK turut menampilkan lagu-lagu Hari Raya kontemporari terbaru dendangan ramai artis-artis ternama.

Ini termasuklah kumpulan-kumpulan terkenal seperti Spider, In-team, serta kumpulan yang kian popular termasuk Fabulous Cats, bekas finalis Gang Starz musim pertama, Infinatez serta ramai lagi artis yang lain. Tersenarai juga album-album kompilasi Aidilfitri yang menampilkan artis-artis solo tanah air seperti Aishah, Misha Omar, Amy Mastura dan ramai lagi. Apa yang lebih menarik, sesetengah album ini seperti album Kembali Berhari Raya hanya boleh dimuat turun di GUAMUZIK sahaja. 

Untuk memuat turun lagu-lagu ini, para pelayar laman sesawang hanya perlu mendaftar dan memilih lagu yang ingin diabadikan. Lagu-lagu ini bukan sahaja dapat disimpan di dalam komputer peribadi tetapi boleh juga dipindahkan ke dalam cakera padat atau pemain MP3 anda..

Dengan barisan artis-artis terhebat di Malaysia, album-album ini dijangka akan menjadi rebutan para peminat industri muzik tempatan, khasnya komuniti maya setempat yang ingin mengabadikan suasana Hari Raya Aidilfitri.

Apabila memuat turun lagu di GUAMUZIK, peminat muzik bukan sahaja dapat menikmati lagu kegemaran mereka, tetapi bonus tambahan turut menanti! Peminat bertuah yang memuat turun lagu-lagu digital ini juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik sumbangan para penaja serta GUAMUZIK sendiri.

Ini termasuklah, barangan eksklusif gua.com.my seperti kemeja-T, topi, kole dan seumpamanya. Tidak lupa juga cenderahati yang ditandatangani oleh artis-artis terkenal.

Para peminat boleh mendapatkan lagu-lagu Hari Raya ini pada harga RM3 untuk setiap lagu (lagu-lagu Raya terbaru) dan RM2 satu lagu untuk lagu-lagu Raya lama. Jadi jangan lepaskan peluang ini dan muat turun lagu-lagu Aidilfitri kegemaran anda secara sah hanya di www.guamuzik.com.my

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

JANGAN PANDANG BELAKANG & Zombie Kampung Pisang di RTM1

MAXIS MERAIKAN RAMADHAN BERSAMA PELANGGAN MUSLIMIN