in

Dapatkan Informasi Terkini Pilihanraya Umum PRU13

[dropcap]S[/dropcap]edar akan kepentingan media selaku penyampai informasi, peneraju kandungan digital Malaysia, Media Prima Digital dengan kerjasama Rangkaian Televisyen Media Prima dan New Straits Times Press (M) Berhad melancarkan satu laman sesawang khas untuk rakyat Malaysia. Segala maklumat berkaitan Pilihan Raya Umum ke-13 kini boleh didapati menerusi portal www.myundi.com.my.

undi

MyUndi memaparkan kesemua berita semasa dari tiga akhbar utama Malaysia iaitu Harian Metro, Berita Harian dan New Straits Times. MyUndi turut menyiarkan berita terkini mengenai PRU13 yang disiarkan menerusi stesen televisyen TV3, ntv7 dan 8TV. Ketahui keputusan semasa PRU13 selain info mengenai calon yang bertanding serta persiapan parti yang bertanding menjelang PRU13.

MyUndi boleh diakses dalam tiga bahasa utama iaitu Melayu, Inggeris dan Mandarin. Paparan keputusan PRU12 yang lepas turut dipaparkan untuk rujukan. Aplikasi ‘Live Streaming’ akan membawa pelayar secara langsung ke lokasi-lokasi yang menjadi tumpuan utama pihak kerajaan dan pembangkang dengan laporan berita terkini.

Untuk melayari portal MyUndi di www.myundi.com.my, anda boleh menggunakan komputer, telefon pintar dan tablet (Android 2.3 dan ke atas serta iOS 4 dan ke atas).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jom Rebut Wang Ganjaran RM2Juta dalam Program GIGIH

Drama Cinta Adam Dan Hawa Lakonan Sasha Saidin