in

Dapatkan Album Terbaru Maya Karin Teka Teki Mulai Hari Ini

Siapa yang tidak kenal akan anak kacukan Jerman-Melayu yang jelita yang bernama Maya Karin. Kalau sebelum ini lagu ‘BINTANG SYURGA’ nyanyian Maya Karin yang muncul sebagai hadiah kepada peminat-peminat setia beliau ini telah didendangkan oleh Maya sendiri di Switzerland bersama-sama dengan penyanyi popular Switzerland iaitu Bastian Baker.

Maya Karin Teka Teki

Kini, Maya Karin tampil pula dengan album terbaru yang bertajuk ‘TEKA-TEKI’.

[pullquote]Album ini memuatkan 7 buah lagu seperti Bintang Syurga, Logika, Tersenyum, Teka-Teki, Titi Rahsia, Selamat Tinggal Cinta dan juga Hanya Sebentar.[/pullquote]

Jika dulu single hit ‘ERTI CINTA’ lebih kepada melodi yang perlahan dan mendayu dayu, kini Maya Karin muncul dengan nafas baru dengan membuat perubahan dari sudut pembawaan lagu di dalam album ini. Para pendengar akan terbawa bawa akan muzik yang ditampilkan menerusi album ini dan mampu mengajak para pendengar untuk turut menyanyi bersama. Setiap bait lirik dengan iringan muzik yang disusun rapi ini mempersembahkan album ini dalam mood yang segar dan ceria. Suara Maya Karin juga boleh diklasifikasikan sebagai suara yang boleh membuat pendengar cair dengan nyanyiannya, ini kerana pembawakan lagu ini oleh beliau kedengaran sangat menarik dan sangat bersesuaian dengan dirinya.

Jangan lupa untuk dapatkan album ini yang telah mula dipasarkan pada hari ini iaitu pada 4 Mac 2014.

Kepada peminat setia Maya Karin, anda juga boleh menyaksikan sendiri muzik video lirik ‘Teka-Teki’ hanya di YouTube Warner Music Malaysia dan nantikan muzik video rasmi untuk lagu ini yang akan dirilis tidak lama lagi.

Video di atas ini merupakan pautan untuk muzik video lirik Teka-Teki. Layan!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Wardina Safiyyah Duta Terbaru Tilam Goodnite

Gambar Sekitar Konsert Teaterikal Suara Kita Bahagian Pertama