Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Dapatkan Album Dua Insan Bercinta di Pasaran Sekarang



Lagu-lagu bertemakan cinta dan kehidupan memang begitu popular dan sentiasa mendapat perhatian di kalangan peminat dunia senisuara Malaysia. Tambah menarik apabila lagu-lagu ini disampaikan secara duet, kerana ianya menampilkan 2 corak persembahan yang berlainan bagi menyampaikan ceritera lagu-lagu berkenaan menerusi dua perspektif yang berbeza.

Untuk menyanjungi dan meraikan pelbagai jenis lagu-lagu duet popular di dalam dunia muzik, Warner Music Malaysia dengan bangganya mempersembahkan sebuah kompilasi lagu-lagu duet terpopular, DUA INSAN BERCINTA.

DUA INSAN BERCINTA menampilkan lebih banyak rakaman-rakaman duet yang terbaru dan terpopular sejak tahun 2000. Kalau adapun lagu-lagu lama, ianya telah dirakam semula dan diberi susunan yang lebih kontemporari serta nyanyian yang bernafas baru.

Yang lebih hangat, DUA INSAN BERCINTA ini tidak hanya menampilkan lagu-lagu bercorak balada, malahan turut disulami dengan lagu-lagu bernuansa tradisional, hip-hop, dance electronic dan tidak ketinggalan, rock! Bukan itu sahaja, DUA INSAN BERCINTA turut menampilkan bintang-bintang popular sepanjang zaman dari dua benua nusantara, Malaysia dan Indonesia. Berdasarkan faktor-faktor yang telah disebutkan sebentar tadi, tidak mustahil sekiranya DUA INSAN BERCINTA dinobatkan sebagai koleksi lagu-lagu duet yang terhebat dan terhangat!

DUA INSAN BERCINTA menampilkan lagu-lagu seperti:

  1. My Heart – Irwansyah & Acha Septriasa (dipetik menerusi album runut bunyi filem box-office Indonesia “Heart”, lakonan Irwansyah dan Acha sendiri).
  2. Lagu Jiwa Lagu Cinta – Mawi & M. Nasir (terpilih ke peringkat akhir Juara Lagu 2006 menerusi kategori Pop Rock).
  3. Dua Dunia – Siti Nurhaliza & Too Phat
  4. Kenapa – Shazzy & Lah (VE) (terpilih ke peringkat akhir Hits 1 RTM tahun 2006)
  5. Hanya Memuji – Shanty & Marcell
  6. Tak Ku Duga –Saiful & Misha Omar
  7.  Erti Pertemuan – Ning Baizura & Jay Jay (dipetik dari album pemenang AIM 2005 oleh Ning)
  8. Terharu – Jamal Abdillah & Mawi (rakaman semula lagu yang pernah dipopularkan oleh Sweet Charity)
  9. Entah Jadi Entahkan Tidak – Tan Sri Dato SM Salim & Sheila Majid (dipetik dari projek mega “Sekarang Dah Jadi” dari Tan Sri Dato SM Salim).
  10. Pening – Ezlynn & Datuk M. Daud Kilau
  11. Tangisan Marhaenis – Hattan & Dia Fadila
  12. Lagu Gembira – Jamal Abdillah & Ning Baizura (rakaman semula     lagu 70an yang pernah dirakam oleh Eddie Ahmad dan Hamidah Ahmad).
  13. Ceritera Cinta – Jaclyn Victor & Rio Febrian (juara kategori Persembahan Terbaik Juara Lagu 2007).
  14. Bintang Kehidupan – Ronnie & Yanti (rakaman semula lagu dendangan Nike Ardilla).
  15. Keliru – Ajai & Nurul (pemenang Juara Lagu tahun 2001)
  16. Hati Ini Telah Dilukai – Krisdayanti & Ajai

Nantikan peraduan yang akan disiarkan tidak lama lagi. Menangi 10 buah CD album ini sumbangan Warner Music Malaysia.

Tags:

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • DAPATKAN ALBUM AMRA DI PASARAN
  • Lirik Puisi Hamba – Ella
  • Lirik Hijjaz Engkau Insan Sempurna
  • Mila Jirin Bakal Lancar Album Terbaru & Showcase
  • Album Kolaborasi Remix DJ Fuzz
  • Promo: Dapatkan Majalah Cinema Online Keluaran Mac Sekarang!
  • Lirik Lagu Gilakan Kamu Fauziah Gambus
  • Album Raya Sheila Majid MEMORI AIDILFITRI
  • Album Kompilasi Terbaru Ella BALADA
  • Gila Gila Canon Camera Sale



  • Satu Komen untuk entri “Dapatkan Album Dua Insan Bercinta di Pasaran Sekarang”

    1. Honeybee kata:

      Ceritera Cinta .. lgu ‘tema’ dlu2 .. :(

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK