in

Berjayakah Revolusi Rombakan 2011 Memperkasakan Radio Hot FM

Hari ini, 1 November 2010, bermulanya satu revolusi di radio Hot FM. Revolusi di sini membawa maksud satu rombakan secara besar-besaran telah diprogram semula dari awal pagi hingga ke lewat malam untuk memperbaiki mutu & penerimaan pendengar.

Revolusi yang dilakukan ini adalah kepuasan pendengar dan sudah tentu untuk memperkuatkan lagi kandungan program sekali gus memperkenalkan segmen baru sempena 2011.

Pihak pengurusan Hot FM membiarkan semua berteka teki dan bikin suprise kejutan buat pendengar setia mereka. Jadi, untuk mengetahui apakah revolusi di Hot FM kenalah dengar radio.

Awal pagi tadi juga, Budiey ada melayari website Hot FM yang kini juga mengalami revolusi dengan wajah yang lebih baru dah fresh!

hotfm2011

Pada pagi tadi, AM Krew dimulakan dengan gandingan tiga orang penyampai popular Hot FM, siapa lagi kalau bukan Fara Fauzana, Faizal Ismail dan AG. Lebih menarik siaran pertama mereka dibuat di ketinggian 300 meter dari paras di Menara Kuala Lumpur. Kini, tempoh masa AM Krew juga akan dilanjutkan sehingga 5 jam.

fafau

Dengarnya, Hot FM Zone yang dulunya dikendalikan Ikhwan dan Anne kini berganti tangan kepada dua penyampai baru – Nordin Madian (Deen), 22, dan Nur Shazrena Abd Rahim (Chad), 26 – perubahan yang dirancang membabitkan semua segmen dan kedudukan penyampai.

Ikuti temubual eksklusif Budiey bersama Chad:

Manakala Ikhwan pula diberi tanggungjawab lebih besar untuk mengendalikan Hot FM Jam yang disiarkan jam 4 petang hingga 8 malam bersama rakan setugas, Kieran.

Mulai hari ini juga, 1 November buat pertama kalinya penyampai baru yang dicungkil dari pencarian Ikhwan Dan… iaitu Chad bersama seorang lagi finalis iaitu Deen akan mengendalikan Hot FM dari jam 8 hingga 12 tengah malam.

“Mulanya kami mengadakan pertandingan ‘Ikhwan Dan…’ bagi mencari pengganti Anne yang kini mengikut suaminya berhijrah ke luar negara. Niat kami memang untuk mencari penyampai wanita bagaimanapun selepas pertandingan ini diadakan kami dapati Deen mempunyai karakter suara yang cukup baik diketengahkan.Kerana sayangkan bakat yang ada padanya kami akhirnya kami mengambil keputusan untuk menyerapkan Deen sebagai salah seorang penyampai Hot FM. Justeru, menggandingkan Chad dan Deen untuk mengendalikan segmen Hot FM Zon.” – Anida, orang kuat Hot FM

Keistimewaan Chad, beliau pernah bekerja dengan sebuah stesen kerajaan jadi Chad sudah ada pengalaman berada dalam konti selain ada intonasi yang sangat baik.
Manakala Deen yang masih berusia 22 tahun pula biasa membuat ‘voice over’ untuk iklan dan promo. Pasti ramai tertarik dengan suara dan celoteh Deen nanti.

Apakah Deen & Chad berjaya mencapai momentum yang sama dengan kendalian Ikhwan & Anne sebelum ini? Atau akan memecah rekod penyampai sebelum ini?

Tanyalah pada mereka berdua, sudah tentu 1 November iaitu hari ini adalah hari penuh debar bagi mereka. Pasti mereka teruja dengan revolusi baru Hot FM.

Rombakan masa dan perubahan pada gandingan penyampai ditambah dengan kehadiran dua orang penyampai baru, Budiey rasa Hot FM akan memberi saingan sengit buat stesen radio sedia ada. Persoalannya, adakah formula revolusi 2011 Hot FM kali ini berjaya. Segalanya terpulang kepada persepsi dan penerimaan pendengar nanti. Apa-apa pun kita tunggu sahaja, apakah perubahan ini berjaya meningkat jumlah pendengar radio Lebih Hangat dari Biasa ini.

Kepada semua warga kerja Hot FM, Budiey ucapkan selamat maju jaya.

Budiey: Saya ada dengar desas desus, Radio Suria FM juga tengah buat revolusi dan perubahan. Jom kita risik!

fafau2

fafau3

kredit foto: Fanpage Facebook Fara Fauzana

Gambar penyampai baru Hot FM, Chad dan Deen:

CHAD & DEEN HOT FM

Deen

CHAD & DEEN HOT FM

Chad

CHAD & DEEN HOT FM

Deen ingin melompat lebih tinggi! Selamat maju jaya, Deen!

CHAD & DEEN HOT FM

Chad. Teruja! Selamat bertugas, Chad!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Video Flashmob Dokumentari P.Ramlee History Channel di Stesen LRT

Senarai Nama Peserta Idola Kecil Musim Ke 3