in

Da’i Hamidah Juara Da’i Pendakwah Milenia Musim Ke-3

Tanggal 18 Oktober lalu, hampir 4 juta penonton menjadi saksi Da’i Hamidah dinobatkan menjadi juara Da’i Pendakwah Milenia musim ketiga. Hanya dengan menjadi dirinya sendiri, Da’i Hamidah kembali mencuri perhatian para juri di pentas akhir Da’i Ahad lalu.

Mengungguli dengan pungutan markah keseluruhan sebanyak 85.9%, Da’i Hamidah telah diangkat sebagai juara dan membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 tajaan TV3, saham PNB berjumlah RM5,000 pakej umrah tajaan Kembara Umrah Travel & Tours, Kembara Ilmu ke Istanbul & Ho Chi Minh, komputer peribadi tajaan Serai Mas dan juga pengalaman bekerja bersama Media Prima Berhad.

profileDaiHamidah2

Da’i Hamidah juga bakal menjadi kolumnis selama 6 bulan dalam Majalah-i, mendapat langganan percuma selama setahun dan menerima sebuah Al-Quran Amazing sumbangan daripada Majalah-i. Da’i Hamidah turut membolot hadiah Da’i Pilihan D’Herbs yang disampaikan sendiri oleh Dato’ Aliff Syukri, Pengarah Urusan D’Herbs Holding Sdn. Bhd selaku penaja utama bagi musim ini.

Menurut Cik Sherina Nordin, Pengurus Besar Kumpulan, Pengurusan Jenama dan Rancangan TV3 & TV9, “Jika dilihat daripada rancangan Da’i musim terdahulu dan kini, jumlah penonton semakin meningkat lebih-lebih lagi apabila disiarkan di waktu perdana iaitu pada jam 9 malam. Peningkatan jumlah tontonan ini menandakan program sebegini mendapat permintaan yang sangat tinggi daripada penonton. Oleh itu sebagai tanda penghargaan, kami menunaikan permintaan mereka dengan menerbitkan rancangan berbentuk dakwah dan pengisian rohani seperti Da’i.

Da’i memberi peluang buat anak-anak muda khususnya untuk menonjolkan kebolehan mereka dalam bidang dakwah tanpa batasan. Ini terbukti apabila tidak kesemua peserta mempunyai latar belakang pengajian dalam bidang agama tetapi mereka telah berjaya mara ke peringkat akhir dan menjadi ikon di luar sana. Kami juga berterima kasih kerana tanpa penaja utama, D’Herbs, program Da’i ini pastinya tidak dapat dijayakan dengan sempurna.”

Da’i musim ketiga mula bersiaran pada 16 ogos lalu. Musim ini mengetengahkan konsep baharu apabila lima peserta lelaki iaitu Da’i Fuad, Da’i Luqman, Da’i Hilman, Da’i Hijrah dan Da’i Ariffin dan lima peserta wanita iaitu Da’i Hamidah, Da’i Hidayu, Da’i Izzlyn, Da’i Syuhada dan Da’i Syailah bersaing di bawah pimpinan dua Murabbi (mentor) iaitu Ustaz Elyas Ismail membimbing kumpulan lelaki (Ar-Rijaal) dan Dr. Rubiah K. Hamzah bagi kumpulan perempuan (An-Nisaa’).

Datuk Ustaz Kazim Elias pula bertindak sebagai Mursyid (ketua mentor). Beliau bukan sahaja memantau prestasi para peserta, beliau juga turut berkongsi ilmu yang dimiliki bagaimana mahu menjadi pendakwah yang disegani. Datuk Rosyam Nor masih menggalas tugas sebagai pengacara dan dibantu oleh pengacara tersohor Tn. Hj. Zainal Ariffin Ismail sebagai pengacara bersama.

JUARA- DA'I HAMIDAH

Ahad lalu, tiga peserta akhir iaitu Da’i Fuad, Da’i Hamidah dan Da’i Hidayu perlu menyempurnakan tugasan terakhir mereka di pentas Da’i ini dengan menghuraikan secara bijaksana takzirah yang bertemakan Amanah Da’i. Berikut adalah butiran lanjut mengenai topik yang dihuraikan oleh tiga peserta bagi pentas akhir:

No. PESERTA TAJUK
1 Da’i Hamidah

Nama Penuh: Hamidah Binti Ab Razak

Umur: 23 tahun

Asal: Kedah

TASWIT: #daihamidah

Aku Pendosa Juga Ingin Ke Syurga

Ulasan Juri: Da’i Hamidah memang layak untuk berada di pentas akhir. Beliau fokus dengan topik, berinteraksi dengan penonton dan menjadi dirinya sendiri yang membuatkan gaya penyampaiannya lebih sampai kepada penonton.

2 Da’i Fuad

Nama Penuh: Ahmad Fuad Bin Mohd Mokhtar

Umur: 20 tahun

Asal: Selangor

TASWIT: #daifuad

Benarkah Kita Cinta Rasulullah?

Ulasan juri: Da’i Fuad adalah pilihan untuk menjadi juara dengan peminat yang ramai menyokong perjuangannya. Namun penerangan dan penggunaan props pada pentas akhir ini dilihat kurang memberi impak kepada topik yang dipilih.

3 Da’i Hidayu

Nama Penuh: Nur Hidayu binti Mohd Kamil

Umur: 23 tahun

Asal: Selangor

TASWIT: #daihidayu

Tercabut Rasa Bertuhan

Ulasan Juri: persembahan bersemangat dengan pemulaan yang bijak dan berinformasi namun sedikti menurun di penghujungnya membuatkan Da’i Hidayu kelihatan sedikit hilang fokus pada topik.

Ulasan Juri: persembahan bersemangat dengan pemulaan yang bijak dan berinformasi namun sedikti menurun di penghujungnya membuatkan Da’i Hidayu kelihatan sedikit hilang fokus pada topik.

Setelah tamat tazkirah, para peserta perlu melalui segmen Imtihan (ujian) yang menguji pengetahuan ilmu Islam mereka. Gagal menjawab soalan yang diajukan oleh juri tetap Ustaz Harryanto Rizal Rokman, Ustaz Syarhan Safie dan juri jemputan Dato’ Ustaz Badli Shah Alaudin dengan baik, Da’i Hidayu memperoleh markah terendah dan disingkirkan.

Untuk penentuan juara, dua peserta yang tinggal iaitu Da’i Fuad dan Da’i Hamidah perlu menjawab soalan huraian yang dipilih secara rawak dalam kalangan penonton yang hadir di Sri Pentas 2, Shah Alam. Ternyata walaupun diuji dengan soalan secara spontan, kelantangan dan ketepatan memberikan maklumat mengenai pembayaran zakat telah membuatkan Da’i Hamidah kelihatan lebih menonjol daripada Da’i Fuad seterusnya mendapat pujian hebat daripada para juri.

Untuk pentas akhir, juri professional menentukan 70% markah keseluruhan, 20% lagi disumbangkan oleh juri awam dan 10% lagi diperoleh melaui Taswit/juri sosial media di laman web www.tv3.com.my.

Antara selebriti yang duduk di kerusi juri awam di pentas akhir Da’i musim ketiga malam ini ialah Saiful Nizam, Norman Hakim, Syafiq Kyle, Da’i Adibah (Pemenang Da’i musim pertama), Da’i Farhan (Pemenang Da’i musim kedua), Aida Citra, Memey Suhaiza, Erra Fazira dan Datin Seri Umie Aida. Pentas akhir Da’i turut dimeriahkan dengan kemunculan Farid Sanullah iaitu penyanyi asal lagu tema Da’i musim ketiga bertajuk Lebaran Kejayaan.

Bagi anda yang ketinggalan untuk menonton persembahan akhir ini, jangan lupa untuk menonton siaran ulangannya pada hari Jumaat ini, jam 10 pagi di TV3.

Juri awam lelaki- Syafiq Kyle, Norman Hakim, Dato' Aliff, Da'i Farhan, S...

Juri awam Dato’ Ustaz Badli Shah Alaudin, Ustaz Harryanto Rizal, Ustaz S...

Persembahan Da'i Hamidah

Persembahan Da'i hamidah 2

Persembahan Da'i Fuad

Persembahan Da'i Hidayu

Segmen Imtihan

DEX_3063

Persembahan Farid Sanullah

Penyerahan hadiah kepada Da'i Hamidah oleh Dato' Aliff dan Ustaz Kazim

tiga Finalis pentas Akhir

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

CYRILL HASSAN

Aplikasi Selfie B612 Kini Capai 100 Juta Muatturun

Ada Sebab Konsert The Blue Jeans Ditangguh