in

D.I.E – Death Investigation Extension di 8TV

Slot Asian Hour: Best of TVB

D.I.E – Death Investigation Extension

Hanya di 8TV!

Tayangan Perdana
Best of TVB
D.I.E. (Death Investigation Extension)
Hari/Masa Tayangan: Isnin – Jumaat, 7pm – 8pm
Tarikh Tayangan: 8 Julai 2010
Bahasa: Cantonese
Jumlah episod: 25 x 60 minit

Pelakon: Roger Kwok, Sonija Kwok, Leung Ka Yan, Tsang Wah Sin, Kenneth Ma Kwok Ming, Kitty Yuen

Bayangkan hari-hari anda tanpa 8TV…pasti membosankan…Bermula awal Julai lalu, 8TV secara eksklusif membawakan anda satu lagi drama bersiri terbaru dalam slot Best of TVB berjudul Death Investigation Extension (D.I.E) yang bersiaran setiap jam 7.00 petang.

Death Investigation Extension (D.I.E) merupakan satu unit yang ditubuhkan dalam jabatan polis untuk menempatkan mereka yang disingkirkan oleh penyelia mereka. Tugas mereka dalam unit ini adalah untuk menyiasat kes-kes yang tidak dapat diselesaikan oleh pihak jabatan.

YUE CHI-LONG merupakan salah seorang agen dalam unit (D.I.E). Dengan kepakaran yang terdapat dalam diri LONG iaitu menyelesaikan kes-kes yang sukar, LONG percaya bahawa tugasnya dalam unit ini hanyalah sementara. LONG juga percaya yang beliau akan dinaikkan pangkat pada bila-bila masa sahaja. Namun harapan itu semakin pudar kerana beliau dapat lihat bahawa penyelianya tidak akan menawarkan beliau kenaikan pangkat sebelum penyelianya itu bersara.

Manakala YING CHING-CHING yang mempunyai penampilan menarik merupakan agen baru dalam unit (D.I.E). Kerana sikap tidak berolak ansur CHING-CHING dalam menyelesaikan kes-kes yang harus diselesaikan bersama LONG, hubungan mereka menjadi tidak begitu baik.

Namun takdir berubah setelah CHING-CHING jatuh hati dengan LONG dan ia menjadi sukar kerana CHING-CHING sudah mempunyai buah hati bernama SHING KA-TSUN. Untuk memudahkan keadaan dan perasaan CHING-CHING yang tambah keliru dengan apa yang berlaku, LONG cuba menjauhkan diri dari CHING CHING. CHING CHING m,engambil berkeputusan untuk melakukan penyiasatan seorang diri dan secara tidak langsung mengetahui LONG sebenarnya diganggu dan diburu oleh hantu perempuan bernama SIU SIN!

Satu cerita mistik yang pasti membuat anda melekat pada kaca TV anda!!

“Drama siri ini tentunya menarik perhatian ramai kerana mempunyai barisan pelakon-pelakon handalan dan popular. Jalan ceritanya juga diseimbangkan dengan unsur-unsur humorr, penuh debaran, kesedihan, dan unsur serius. Saya tidak sabar untuk mengetahui apa yang akan terjadi dalam episod yang akan datang. Cerita yang harus ditonton!” ulas Pengurus Besar 8TV, Lam Swee Kim.

Saksikan 25 episod drama romantis yang penuh aksi ini setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.00malam secara percuma hanya di 8TV. 8TV juga terdapat di saluran Astro 708.

8TV juga terdapat di saluran Astro 708. Anda juga boleh menonton program-program menarik di 8TV dengan melayari mobile.8tv.com.my hanya dengan menggunakan telefon bimbit anda atau layari laman sesawang rasmi 8TV www.8tv.com.my.

”Kadangkala bukan mudah untuk mengelakkan diri dari cinta!”

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Program Muzikal Raya Semua Untukmu… Anuar Zain TV3

Roze Cipta Nama dengan HARUM