in

CSI Miami Musim Ke-7

CSI MIAMI MUSIM KE- 7

Siaran Perdana di ntv7 bermula Januari 2012!

Siri penyiasatan hebat, penuh aksi dan dinanti-nantikan, CSI Miami musim ke 7 bakal bersiaran di Saluran Ceria Anda, ntv7 bermula 3 Januari 2012, setiap hari Rabu jam 8.30 malam. Siri drama sepanjang 24 episod ini diterbitkan pengeluar filem dan siri televisyen terkenal, Jerry Bruckheimer yang telah pun mempunyai hampir 50 produksi termasuklah judul Pirates of Caribbean, Armageddon dan Pearl Harbor.

CSI

Dalam musim lepas, siri ini lebih mengembangkan perwatakan watak yang melibatkan nilai cinta dan kepercayaan. Yang paling mengejutkan mungkin adalahpendedahan bahawa Horatio Caine (David Caruso) memiliki seorang anak lelaki yang tidak diketahuinya – remaja yang ditahan dan dipenjarakan atas sisatan pembunuhan pegawainya. Kehadiran remaja itu – Kyle Harmon (Evan Ellingson) – menyebabkan ramai musuh Caine membuat percubaan untuk mempergunakan situasi itu untuk menumpaskannya. Antara kisah menarik yang turut dibawa kepada penonton adalah kematian sepasang remaja kolej yang terperangkap dalam beban kredit, pembunuhan selebriti internet akibat hasad dengki, pembunuhan ahli sukan terkenal Miami yang tubuhnya dibekukan serta kes misteri pembunuh bersiri yang membunuh mangsanya saat gerhana matahari.

Di dalam musim 7 ini, para penyiasat CSI: Miami masih meneruskan pencarian dalam mendapatkan segala data serta menganalisa segala bukti yang ada dengan menjadi suara kedua dan meletakkan diri mereka sebagai mangsa dalam mencari motif setiap kes yang berlaku. Pastinya apa yang paling ditunggu di dalam musim ini adalah tanda tanya penonton setelah Horatio ditembak. Pelbagai wajah yang pernah dan biasa dilihat sepanjang musim terdahulu bakal muncul dan menambahkan lagi konflik drama bersiri ini. Kehadiran Kyle semestinya sering mengundang masalah sama ada peribadi mahupun secara professional.

Sementara itu, Calleigh Duquesne (Emily Procter) yang mula rapat bersama Eric Delko’s (Adam Rodriguez) terpaksa menyelesaikan masalah hubungannya bersama Jake Berkeley. Masalah juga semakin bertambah apabila Dr. Tara Price (Megalyn Echikunwoke), Pemeriksa Perubatan baru kurang berpengalaman dan sering terburu-buru. Tambah menarik ialah kemunculan samseng Russia, pencurian yang melibatkan industri fesyen berprofil tinggi, serta kes bunuh dengan kren setinggi 200 kaki pasti membuat penonton terpaku di hadapan kaca TV nanti.

Kisah drama bersiri forensik hebat dengan latar tempat yang mewah akan bersama kumpulan utama anggota Florida Selatan dalam menyelesaikan kes jenayah.

Diketuai oleh Leftenan Horatio Caine (David Caruso), pasukan Crime Scene Investigators Miami ini berlatarkan kawasan mewah dan budaya sekeliling Miami. Horatio yang bekas pengesan bom dari New York sering bergantung kepada gerak hati dan bukti forensic dalam menyelesaikan setiap kes jenayah.

Pasukan ini juga disertai Calleigh Duquesne (Emily Procter), seorang pakar dalam ilmu sains, balistik, Eric Delko (Adam Rodriguez), Ryan Wolfe (Jonathan Togo) yang pakar mengenai selok belok terusan air, serta Frank Tripp (Rex Linn), polis yang baru dinaikkan pangkat sarjan dan Natalia Boa Vista (Eva La Rue), yang menyertai pasukan itu secara tiba-tiba dan sering menimbulkan kontroversi. Terbaru ialah Dr. Tara Price (Megalyn Echikunwoke) sebagai seorang pemeriksa perubatan muda yang turut membantu pasukan tersebut.

Jangan lupa saksikan CSI Miami Musim 7, bermula 3 Januari 2012, setiap Rabu jam 8.30 malam.

Untuk maklumat lanjut layari www.ntv7.com.my dan www.tonton.com.my. Serta ikuti perkembangan kami di ntv7 melalui Facebook dan Twitter.

CSI
CSI

CSI

CSI

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Sekitar Majlis Ulangtahun DJ Lin Suria Cinta Ke-36

Sesuatu Yang Tertinggal Filem Seram Pembuka Tirai 2012