in

Criminal Minds Musim ke-7

Penyelesaian jenayah yang sangat mengujakan!

Musim ke-7
eksklusif di 8TV
Tarikh Siaran: 16 Julai 2012
Hari Siaran: Isnin
Masa Siaran: 10.30 malam
Durasi: 60 minit
Jumlah Episod: 24 episod

Jika anda mempunyai minat yang sangat mendalam tentang kes penyelesaian pembunuhan dan menganalisa minda penjenayah yang begitu licik, Julai ini 8TV membawakan kepada anda musim terbaru drama kegemaran ramai Criminal Minds. Musim ke-7 Criminal Minds dipenuhi dengan pelbagai penipuan, obsesi dan ego! Unit Analisa Tingkah Laku FBI terpaksa bergelut dengan masa bagi membolosi minda penjenayah sebelum mereka yang tidak berdosa kehilangan nyawa.

Criminal Minds Musim ke-7

Bermula 16 Julai 2012 ini, peminat-peminat Criminal Minds berpeluang untuk turut serta merasai rutin harian pasukan FBI berprofil tinggi untuk menyelesaikan kes-kes jenayah yang sangat mencabar dan terpaksa menggunakan kepakaran mereka untuk membaca fikiran penjenayah sebelum malapetaka lebih buruk berlaku.

Unit Analisa Tingkah Laku berganding bahu menggunakan kepakaran mereka bagi menyelesaikan kes jenayah di samping mengenal pasti masalah dan pencetus emosi seseorang penjenayah dalam usaha menghalang mereka daripada terus melakukan jenayah.

Criminal Minds berbeza daripada siri-siri jenayah lain kerana memberikan lebih fokus kepada penjenayah itu sendiri berbanding jenayah yang mereka lakukan. Diketuai oleh Ejen Khas Hotchner, seorang lelaki berkeluarga yang mempunyai karisma tersendiri, Emily Prentiss yang cukup bijak namun menyimpan banyak rahsia silam, Ejen Khas Dre, seorang pakar dalam jenayah berbentuk obsesi, Ejen Khas Dr. Spencer Reid, seorang genius yang mempunyai tahap IQ iyang cukup tinggi, Jennifer “J.J.” Jareau, ejen yang berkeyakinan tinggi dan bertindak sebagai penghubung kepada media dan Penelope Garcia, seorang pakar komputer yang cukup hebat.

Sementara itu, Ejen Khas Rossi yang bersara awal sebelum ini kembali menawarkan diri untuk bersama-sama dalam pasukan FBI Unit Analisa Tingkah Laku untuk menyelesaikan kes-kes jenayah.

“Ini merupakan rancangan yang harus ditonton oleh peminat drama penyiasatan. Tidak seperti rancangan drama jenayah lain yang lebih fokus kepada sains, Criminal Minds sangat berbeza kerana ejen-ejen ini menyelesaikan sesuaty kes menerusi perilaku penjenayah. Drama ini sentiasa menyajikan anda dengan jalan cerita yang cukup bijak di samping watak-watak yang menakjubkan serta siri pembunuhan yang amat mengerikan,” kata Cik Airin Zainul, Pengurus Besar Kumpulan 8TV & ntv7. Airin menambah, “Penonton pastinya akan turut merasakan debaran kerana dapat menyaksikan karakter-karakter hebat dalam menghidupkan jalan cerita dan membawa kita melihat setiap kes dari perspektif yang berbeza.”

Bersiap sedia untuk musim terbaru Criminal Minds dengan jalan cerita yang lebih kuat dan menarik. Criminal Minds musim ke-7 pastinya menjanjikan lebih kejutan dan debaran kepada para peminat.

Criminal Minds musim ke-7 akan disiarkan setiap Isnin, jam 10.30 malam bermula 16 Julai 2012 eksklusif di 8TV.

Criminal Minds Musim ke-7

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Majlis Berbuka Puasa di Hotel Impiana KLCC

Album Satu Syawal Satu Malaysia