in

CRIMINAL MINDS musim ke-5

Bagi peminat siri jenayah 8TV membawakan kepada anda
CRIMINAL MINDS musim ke-5
TARIKH TX: 1 NOVEMBER 2010, setiap ISNIN
MASA: 10.30 MALAM
EPISOD: 22 EPISOD
BAHASA: INGGERIS

Menyelesaikan sesuatu kes dalam masa yang terhad bukanlah sesuatu yang muda. Itulah yang perlu dihadapi oleh Agen FBI di Unit Behavioral Analysis kerana mereka hanya mempunya beberapa jam sahaja untuk membaca fikiran penjenayah sebelum banyak lagi nyawa terkoban. 8TV mempersembahkan kepada anda musim ke-5 CRIMINAL MINDS yang pastinya lebih menarik dan mendebarkan!

CRIMINAL MINDS

Kepada sesiapa yang belum pernah menonton siri popular ini, CRIMINAL MINDS berkisarkan tentang kehidupan agen-agen di unit Behavioral Analysis yang terdiri dari kumpulan FBI yang mempunyai profil hebat kerana berjaya menganalisa dan menyelesaikan kes-kes jenayah yang cukup rumit.

Unit ini diketuai oleh Aaron “Hotch” Hotchner dan dibantu oleh Elle Greenaway, Derek Morgan, Spencer Reid, Jennifer “JJ” Jareau dan Penelope Garcia. Siri CRIMINAL MINDS ini berbeza dari siri-siri lain kerana ia lebih menjurus kepada penjenayah itu sendiri.

Musim terbaru ini bermula dengan kes seorang pembunuh yang cuba membunuh anak lelaki seorang doctor. Dr. Barton berusaha menyembunyikan anak lelaki beliau daripada menjadi mangsa. Namun masih ada mangsa yang dibunuh kejam.

Detective Hotchner menghilangkan diri meninggalkan agen yang lain untuk cuba membaca fikiran pembunuh itu. Di mana Hotch? Adakah beliau telah diculik dan dibunuh? Segalanya akan terjawab dalam musim terbaru CRIMINAL MINDS.

“Tidak seperti siri-siri yang lain yang lebih fokus tentang sains, CRIMINAL MINDS agak berbeza kerana agen-agen ini cuba menganalisis dan membaca kotak fikiran penjenayah untuk menyelesaikan sesuatu kes. Hadir dengan plot dan jalan cerita yang cukup menarik, siri ini pastinya membuat anda melekat di kaca TV masing-masing,” ujar Lam Swee Kim, Pengurus Besar 8TV.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan siri hebat CRIMINAL MINDS musim ke-5 yang pastinya lebih menarik dan menghiburkan!

CRIMINAL MINDS menemui anda setiap Isnin jam 10.30 malam bermula 1 November 2010 hanya di 8TV!

Anda juga boleh menonton 8TV di saluran 708 Astro. Program-program 8TV boleh juga ditonton menerusi online di lama sesawang www.8tv.com.my / www.tonton.com.my 12 jam selepas program-program ini disiarkan di kaca TV.

Jika anda terlalu sibuk, anda masih boleh menonton program kegemaran anda dengan melayari mobile.8tv.com.my di telefon bimbit anda! Selamat menonton!

image001

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Idola Kecil Musim 3 Lebih Berbakat

Gambar Adira di Sidang Media Separuh Akhir Muzik Muzik 25