Coretan Peribadi & Gambar Selebriti di Post Party AIM14
Sekadar Coretan Peribadi
Ya ampun…. berbanyak-banyak ampuuuuunnnn…. Banyak-banyak Budiey nak minta maaf kepada semua pembaca blog ini kerana tidak beritahu korang yang Budiey bercuti selama 3 hari. Budiey bercuti dari menyelenggara blog ini dari hari Ahad hingga Rabu (30 April hingga 2 Mei). Selama tempoh singkat itu, Sensasi Selebriti terbiar tanpa jagaan yang rapi. Orang kata, sekali sekala berehat apa salahnya, kan? Terpisah selama 3 hari dengan dunia siber mengajar saya erti kesepian dan kerinduan yang amat sangat. Rindu untuk berchatting di yahoo mesengger. Rindu pada komen-komen kalian di blog Sensasi Selebriti. Gitulah kalau orang dah kemaruk dengan dunia blog dan dunia siber. Saya rasa ramai antara kalian yang merasai pengalaman yang sama.
Setelah pulang, ternyata ramai sekali yang meletakkan komen dan teguran di ruang komen sehingga 74 komen kesemuanya. Fuh, ini gara-gara foto, gambar dan corat coret pasal AIM yang sempat saya letakkan di sini. Terima kasih banyak yang tidak terhingga saya ucapkan kepada kalian. Walaupun terpaksa dimoderate dan ditapis, kalian tetap ingin meninggalkan sesuatu di ruang komen. Sekarang, semua komen korang dah pun dipublish.
Setelah 3 hari bertapa, ternyata banyak sekali idea-idea dan perancangan baru yang telah digali dan ditimba. Minda saya terasa seakan di re-format dan di defragement. Minda jadi ringan dan lancar untuk berfikir. Rasa ada kesegaran dan dunia ini nyaman sekali. Itulah nikmatnya percutian daripada dunia siber. Berada jauh dari gangguan skrin yang mengaburi dan memeritkan mata. Jemari berhenti seketika menari-nari leka di dada laptop…
Dari malam AIM14 hingga hari Ahad, masa seakan cemburu pada saya. Tengahari Sabtu tu, saya shopping kasut dan buang masa di Bukit Bintang, dan kemudian jalan-jalan & lepak-lepak di rumah kawan sampai petang. Kemudian terkejar-kejar untuk ke PWTC. Nasib baik sempat sampai di PWTC pada masa yang ditetapkan. Sempat ambil foto-foto selebriti di karpet merah. Jumpa Faidhi, antara blogger hiburan yang sempat datang di red carpet. Kemudian, sempat berada dalam Dewan Merdeka sekadar pemerhati acara gilang gemilang itu. Terkejut sebab Adibah Nor digandingkan dengan Bob Lokman dan Afdlin Shauki. Nasib baik pentas tak runtuh.
Lepas acara AIM, saya masuk post party. Di situ, banyak benda dan perkara yang berlaku. Jumpa Hatta Dolmat, pereka fesyen Jaclyn Victor. Saya disapa oleh Amir Loqman yang mereka pakaian Nita. Di samping berparty, para blogger terutama Juan, Joe Lee & Mr Manager ada meraikan sambutan di luar jangkaan. Ianya tetap berlaku dengan kehendak Tuhan. Pendek kata, malam itu penuh dengan keajaiban. Balik daripada AIM, Budiey tak tidur langsung sebab update blog pasal AIM. Sebab paginya kena terus pulang bercuti, jadi sempat tinggalkan pembaca dengan 2-3 entri pasal AIM. Itu pun sekadar letak gambar-gambar yang saya sempat rakam.
Banyak lagi sebenarnya foto dan coretan yang ingin ditulis. Kalau ada masa, saya update lagi. Berikut ini ada sedikit gambar selebriti yang sedang makan-makan di post party.










Baca artikel lain yang berkaitan:









May 3rd, 2007 at 1:58 pm
comelnyer…. anak m. nasir ke tu? montel btul la.
budiey b’cuti tak ajak mazen pun. he he he…
sekali-sekala budiey kena jgk rehat kan minda tu. budiey bukannya robot tau. nanti sakit sapa susah? kami jgk tau yg susah hati. he he he…
May 3rd, 2007 at 2:20 pm
Salam Mazen, budak cute tu anak Aishah. Montel kan? Sakit sape susah? Mereke dan keluarga mereka kot yg susah.
May 4th, 2007 at 8:11 am
ala mazen..
i baru nak u pegi penang dengan i. u off handphone pulak..
May 5th, 2007 at 6:23 pm
best gak .. 1st time gi red carpet .. huhuhuhuh
January 30th, 2008 at 10:40 am
dah besa eyh ank m,nasir..