• Home
  • Berita
  • Foto Artis
  • Filem
    • Sinopsis
  • Drama
  • Gossip
  • Hubungi Budiey

Sensasi Selebriti

Berita Hiburan Malaysia, Gambar Selebriti Terbaru, Gossip Artis, Filem, Muzik, Video & Teater

  • Events
    • Anugerah Bintang Popular
    • Anugerah Blockbuster
    • Anugerah Emmy
    • Anugerah Grammy
    • Anugerah Industri Muzik
    • Anugerah Juara Lagu
    • Anugerah Oscar
    • Anugerah Planet Muzik
    • Anugerah Seri Angkasa
    • Anugerah Shout!
    • Festival Filem Malaysia
    • Festival Muzik KL
  • TV
    • Astro
    • TV1
    • TV1
    • TV2
    • TV3
    • TV9
    • 8TV
    • NTV7
    • TV Al-Hijrah
  • Radio
    • Suria FM
    • Hot FM
  • Album
  • Fesyen
  • Teater
  • Travel
  • Gadget
  • Peraduan
  • Advertorial
  • K-Pop

Corat Coret Yang Menarik Yang Jelik di Anugerah Industri Muzik 19

0
  • by Budiey
  • in Anugerah Industri Muzik
  • — 19 Nov, 2012

Anugerah Industri Muzik telah pun berlalu. Banyak perkara, isu  yang menarik, yang jelik, kontroversi cium tangan, tak puas hati dengan keputusan, fesyen hitam putih, mangsa fesyen, yang nyanyi kelaut, yang pakai selekeh, macam-macam lagi yang diperkatakan. Itu rempah ratus selepas penganjuran AIM19 kali ini.

Yang penting, AIM19 bertujuan untuk mengiktiraf para pengiat seni muzik tempatan. Itu satu kejayaan. Lagi satu, AIM19 lebih meriah dan lebih mendapat sambutan dari Anugerah Skrin yang seminggu dah berlalu. Harap Anugerah Skrin pilih tema yang lain selepas ini. Bak kata pembaca di Twitter, tak perlu nak berfantasi sangat. Buat ala kadar pun cukup. Budiey setuju dengan pendapat itu tapi tema tak menentukan ianya hambar atau tidak yang penting pengisian.

Tahniah Budiey ucapkan kepada para pemenang.

Kepada mereka yang tak berkesempatan, ini ada beberapa momen menarik dan… tak berapa menarik yang nak kongsi, enjoice!

1. Banyak fesyen pelik-pelik di karpet merah AIM19. Ada artis yang pakai kepala kuda belang? Siapa ntah. Budiey pun tak pasti. Tapi seperti biasa acara karpet merah meriah dengan kehadiran barisan artis yang memang tak mengalah dengan fesyen masing-masing. Fesyen yang digayakan Didie Alias tetap jadi tumpuan. Juga Dato’ Siti Nurhaliza yang berjalan diiringi dua anak tirinya, Adib dan Anas.

Paling pelik pertama kali dalam sejarah, ada selebriti yang pakai topeng kuda belang di karpet merah. Aiyo!

topeng kuda belang aim19

Didie Alias tampil dengan gaya samurai di acara karpet merah. Stailo Kak Didie…

Didie Alias

2. Persembahan pembuka yang baik daripada Jimmy Palikat, One Nation Emcee feat Dj Fuzz mempersembahkan lagu yang menjadi siulan ramai masa kini, Anak Kampung.

3. Gandingan pengacara berpengalaman Aznil Hj. Nawawi dan Adibah Noor memang mantap. Pasangan ini berjaya ‘menyelamatkan’ majlis daripada bosan dengan gurau-senda mereka yang sesekali pedas tetapi mencuit hati bahkan stadium gamat dengan gelak tawa para penonton. Adibah menukar baju sebanyak lima kali, Aznil pula hanya dua kali.

4. Ketika acara berhenti berehat seketika untuk iklan, dari jauh terlihat penyanyi Yuna sempat touch up make-upnya. Sewaktu penyanyi ini naik ke pentas untuk menerima trofi, ramai yang memuji kecantikan dress labuh sequined. Meskipun hanya membawa pulang satu trofi, Yuna menjadi bualan ramai hingga ke hari ini kerana busana rekaan Hatta Dolmat yang digayakannya itu.

5. Suami kepada penyanyi Nora iaitu komposer Johan Nawawi naik ke pentas untuk menerima trofi mewakili isterinya yang tidak dapat hadir kerana baru lepas bersalin. Johan turut berkongsi, anak keempatnya mereka diberi nama Puteri Nur Fatiha. Aznil sempat menyampuk, “nasib lahir semalam, kalau lahir malam ni, namanya jadi Puteri Nur AIM”.

6. Persembahan artis baru terbaik oleh Keroz Nazri, Salammusik, The Malayan dan Stephen Rahman Huges biasa-biasa sahaja. Namun berjaya diselamatkan oleh kumpulan Mojo, satu dewan ikut menyanyi bersama-sama dengan mereka.

7. Penyanyi Noraniza Idris yang telah mendominasi kelima-lima pencalonan di dalam Kategori Etnik Kreatif. Jadi, siapa lagi yang akan menang kategori tersebut kalau bukan dia. Menariknya, sebagai saja klip pencalonan bagi kategori ini muncul, penonton di stadium memberikan reaksi bahawa mereka sudah tahu pemenangnya.

8. Pelakon Nora Danish juga mencuri tumpuan ramai apabila muncul bersama Dato’ Dr. Fazley untuk menyampaikan anugerah. Sempat diusik Aznil, “Macam mana yang Nora boleh ada di sini? Ni bukan anugerah pelakon”. Nora menjawab, “saya ada berlakon dalam salah satu muzik video yang tercalon pada malam ini”.

9. Penonton kurang puas hati dengan persembahan kumpulan Klangit. Hancur, bingit ditambah dengan aksi vokalisnya yang ‘terlebih-lebih’. Malah ada penonton yang meluahkan di Twitter mengatakan “persembahan Klangit ke laut!” Nasib baik, kemunculan kumpulan Hyper Act selepas itu dapat mengembalikan semula kehangatan AIM.

Video Persembahan Klangit yang Kelaut:

10. Shila Amzah mendapat tepukan gemuruh semasa naik ke pentas untuk menerima trofi. Penonton bersorak apabila dia sempat menujukan ucapan penghargaan kepada kekasihnya yang duduk di bawah dengan berkata, ‘terima kasih juga kepada cinta hati saya, Sharnaaz Ahmad”

11. Faizal Tahir mewakili Azlan & The Typewriter dan Audi Mok untuk menerima trofi. Faizal menyampaikan (ucapan bagi pihak) yang ringkas dan sempoi dengan berkata, “Terima kasih dunia!”

12. Sebelum band dari Indonesia Nirwana tampil membuat persembahan, Adibah Noor ‘membahan’ kumpulan itu dengan mengatakan nama mereka seakan-akan nama tapak perkuburan, Nirvana memorial park.

13. Sewaktu tiba untuk anugerah kategori lagu bahasa Melayu terbaik yang dipersembahkan oleh artis luar negara, Aznil sempat melawak dengan mengungkap, “artis-artis ni kalau nak masuk sini pastikan ada permit kalau tidak, Zed Zaidi marah”

14. Adibah Noor menyanyikan sedutan lagu filem Beauty & The Beast mengusik pengerusi AIM19, Rosmin Hashim yang muncul bersama ratu cantik Filipina 2010, Krista Arrieta Kleiner untuk menyampaikan trofi.

15. Sewaktu Mizz Nina sedang membuat ucapan atas pengiktirafan Anugerah Kembara yang diterimanya dia bebahas Inggeris. Ada penonton yang menjerit meminta Ratu Hip Hop itu bercakap dalam bahasa Melayu.

16. Sambil membuka kertas ucapannya, Datuk David Arumugam yang mewakili Alleycats meminta lebih masa untuk berucap sewaktu mereka  menerima Anugerah Wirama. Beliau berkata, “Lebih 40 tahun Alleycats, mana cukup 30 saat berucap”. Dewan tambah gamat apabila Datuk David bertanya “mana itu RIM dan Astro?” Lalu Adibah Noor menyahut, “di belakang you datuk”. (Pengerusi AIM, Rosmin dan Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh yang berdiri di belakang Datuk David hanya tersenyum.)

Oh ya, ramai yang tak puas hati dengan mutu bunyi untuk lagu Muara Hati yang hanya menggunakan minus one:

17. Seluruh arena bertukar sayu seketika apabila dipaparkan klip video mengenang penggiat seni yang telah meninggal dunia antaranya Allahyarham Izwan Pilus, Latiff Ibrahim dan Bob KU2.

18. Gabungan empat kumpulan yang cukup popular 90-an iaitu Kool, A to Z, Nico dan Sahdes yang kini mengelarkan diri mereka sebagai GX4, turut membuat persembahan. GX4 gigih membuktikan mereka masih hebat menyanyi sambil menari. Namun ada penonton yang kata, sikit-sikit tak apa lah. Tapi bila tengok lama-lama mereka menari, rasa geli pula sebab dah tua-tua nak lagi terkinja-kinja macam itu.

19. Siti Sarah, isteri kepada Shuib Sepahtu yang tampil bersama Tam Spider untuk menyampaikan trofi terkejut apabila melihat Adibah Noor naik ke pentas sambil mendukung anak lelakinya.

20. Semasa naik ke pentas untuk menerima trofi, Jamal Abdillah turut ditemani pengawal peribadinya.

21. Keputusan untuk kategori Album Terbaik agak mengejutkan ramai pihak apabila album SalamMuzik diumumkan sebagai pemenang. Album yang dimiliki oleh kumpulan SalamMuzik ini menyingkirkan empat calon terbaik lain iaitu Sang Enemy (Hujan), Hikmah (Nora), Take Off (Mizz Nina), dan Stay-C (Stacy). SalamMusik mencuri perhatian ramai apabila membuat ucapan penghargaan dengan serangkap pantun empat kerat. Kreatif!

22. Ketika para media sedang menemubual Shila Amzah dan Jaclyn Victor, Datuk Hj. Ramli MS datang ke arah dua pemenang ini untuk mengucapkan tahniah. Jac spontan mengumumkan yang pengarah muzik terkenal itu menyambut ulang tahun kelahirannya. Lalu sekalian yang ada bersama-sama menyanyikan lagu ucapan selamat hari lahir kepada beliau. Ramli MS yang tersenyum sempat lagi bergurau meminta RM10 kepada setiap seorang, sebagai hadiah.

23. Meskipun AIM tamat jam 12 malam, namun melewati jam 1.30 pagi masih ramai peminat yang setia menunggu di luar stadium semata-mata mahu melihat artis-artis kegemaran mereka keluar.

Komen via Facebook

Komen

Share

— Budiey

Seorang penulis blog hiburan & gaya hidup sepenuh masa, Photo Journalist, kerap bertwitter & facebook, videoman, new social media, copy writer, penulis iklan & advertorial, content provider & househusband. Obses dengan filem seram & thriller.

  • Previous story Isu Cium Tangan Sharnaaz di AIM19 Shila Amzah Minta Maaf
  • Next story Gambar Shila Amzah & Sharnaaz Ahmad di Karpet Merah AIM19

ENTRI BERKAITAN

  • RIM Umum Perubahan dalam Anugerah Industri Muzik 29 Jun, 2011
  • Siapa Dalang Sebalik Rombakan AIM 21 Dec, 2007
  • Senarai Pembaharuan dalam Anugerah Industri Muzik 19 20 Jul, 2012
  • Anugerah Lagu Terbaik AIM 18 Ditarik Balik 25 Nov, 2011

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

  • KONSERT MEGA BINTANG

    RadiGlow

    KONSERT MEGA BINTANG

    Tempat: Resort World Convention Centre, Singapura

    Tarikh: 8 Jun 2013 (Sabtu)

    Masa: 8 malam

    Info Tiket: www.sistic.com.sg atau hubungi +65 6348 5555

    Budiey.com Sebagai Blog Rasmi Konsert Mega Bintang

  • SEARCH

  • TERKINI

    • Isu Tangkap Khalwat Tunang Shahz Jaszle Mahukan Penjelasan
    • Gambar Sekitar Karnival Seni Kreatif Kita di Pasir Gudang
    • Telenovela Dangerous Love Dingdong Dantes & Marian Rivera di TV3
    • DiGi WWWOW Internet For All Awards 2013
    • Primeworks Studios Julang Anugerah di Intermedia-Globes Di World Media Festival
    • The 10th Olympic Day Run Dataran Merdeka 23 Jun
    • SAH! Shahz Jaszle Ditangkap Khalwat
    • Gossip Siapa Pelakon Popular Ditangkap Khalwat
    • Gambar Anak Pertama Ning Baizura Ryan Sky Dalton
    • Saiful Bukhari Bakal Nikah Wartawan Penyiaran TV3
  • IKLAN

  • DAPATKAN RADIGLOW UNTUK KESIHATAN

    RadiGlow
  • KONSERT

    • Recent Posts
    • Most Popular
    • Comments
    • Tags
    • anuar-dayangGambar Anuar Zain & Dayang Nurfaizah di Serai KL Centre Kuala LumpurWednesday, May 15, 2013
    • cnblue-konsertTiket Konsert CNBLUE Mula Dijual Hari Sabtu IniWednesday, May 15, 2013
    • najwa-latifNajwa Latif Bakal Meriahkan Festival Kenyir 2013Monday, May 13, 2013
    • siti-nurhaliza-galau-videoKonsert Solo Siti Nurhaliza in Symphony di Dewan Filharmonik PetronasMonday, May 13, 2013
    • Idola Kecil Musim KeduaThursday, October 29, 2009
    • Gambar Sekitar Hari Jadi Erin Malek ke 14 di Red Box Plus, PavilionMonday, July 28, 2008
    • TV3 Kids Voice Out School AttackSaturday, October 25, 2008
    • Filem Congkak Arahan Pierre Andre : Gambar PelakonTuesday, June 19, 2007
    • Sara on:Isu Tangkap Khalwat Tunang Shahz Jaszle Mahukan Penjelasan
    • nora on:Eina Azman Sentap Ibu Afiq Muiz Tuduh Dirinya Seorang Pengikis
    • nora on:Saiful Bukhari Bakal Nikah Wartawan Penyiaran TV3
    • nora on:Album Anuar & Dayang Live At Dewan Filharmonik Petronas Kini Di Pasaran
    • 8TV Advertorial AirAsia Akademi Fantasia Anugerah Bintang Popular Astro Berita Bernama Blog Budiey Drama Erra Fazira Events Fasha Sandha Fesyen Filem Foto Artis Gambar Gathering Gossip Hollywood Konsert kuala lumpur Lirik Liyana Jasmay mampu Mawi NTV7 penyanyi Peraduan persembahan radio televisyen malaysia radio televisyen malaysia rtm RTM Showcase Sinopsis Siti Nurhaliza Teater TV1 TV2 TV3 TV9 Ucapan Video Muzik watak
  • AFTER EARTH MULAI 6 JUN

    After Earth
  • Jom Baca Berita

    • Agenda Daily
    • Astro Awani
    • Berita Harian
    • Bernama
    • Detik Daily
    • Google News
    • Gua
    • Harakah Daily
    • Harian Metro
    • KL Pos
    • KOSMO!
    • Malay Mail
    • Malaysia Kini
    • Malaysian Digest
    • Malaysian Today
    • mStar Online
    • Murai
    • News Straits Times
    • Sinar Harian
    • The Star
    • The Sun
    • Utusan Malaysia
  • ARKIB

  • KATEGORI

    18Jun2013

    Konsert Mega Bintang

    Rossa, Ungu, Afgan & Ramai Lagi

    Dari 20:00 hingga 23:30

    di Resorts World Convention Centre, Singapura

    Find out more...

  • ENTRI TERKINI

    • Isu Tangkap Khalwat Tunang Shahz Jaszle Mahukan Penjelasan
    • Gambar Sekitar Karnival Seni Kreatif Kita di Pasir Gudang
    • Telenovela Dangerous Love Dingdong Dantes & Marian Rivera di TV3
    • DiGi WWWOW Internet For All Awards 2013
    • Primeworks Studios Julang Anugerah di Intermedia-Globes Di World Media Festival
    • The 10th Olympic Day Run Dataran Merdeka 23 Jun
    • SAH! Shahz Jaszle Ditangkap Khalwat
    • Gossip Siapa Pelakon Popular Ditangkap Khalwat
    • Gambar Anak Pertama Ning Baizura Ryan Sky Dalton
    • Saiful Bukhari Bakal Nikah Wartawan Penyiaran TV3
    • Muzik Video Turun Dari Langit Projek Pistol OST Filem PECAH
    • Album Anuar & Dayang Live At Dewan Filharmonik Petronas Kini Di Pasaran
    • Gambar Anuar Zain & Dayang Nurfaizah di Serai KL Centre Kuala Lumpur
  • KALENDAR

    May 2013
    M T W T F S S
    « Apr    
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  
  • SPONSOR

  • BUDIEY

    Budiey Seorang full time blogger, kerap bertwitter & facebook, photographer, videoman, content provider, new media, copy writer, penulis iklan & advertorial. Obses dengan filem seram & thriller.

    Kenali Budiey lebih lanjut di [sini]
  • Social Media

    • Awal Ashaari
    • Fouziah Gous
    • My Facebook Fanpage
    • My Instagram
    • My Jurnal
    • My News & Events
    • My Photo Blog
    • My Twitter
    • My Youtube
    • Pipicomel
  • Home
  • Profile Budiey
  • Sitemap
  • Disclaimer
  • Hubungi Budiey
  • My Merchandise
  • Iklankan

© 2007 - 2013 Budiey.com (Sensasi Selebriti)
Budiey.com - Sensasi Selebriti dikendalikan sepenuhnya oleh syarikat Budiey Dot Com Media (001991735-T)
Copyright Budiey Dot Com Media (001991735-T). All rights reserved.