in

Concert Loudness LIVE in KL

Julung kali dalam kebanyakan siri daripada Jelajah Lagenda Rock, Clockwork Events dengan bangganya mengumumkan konsert rock terulung di bandar gemilang ini, tidak lain dan tidak bukan iaitu Loudness, lagenda rock Jepun!

Iman Tang, Shamil Yusof, dan Adlan Fadzil – pengarah Clockwork Events, bersama Pengerusi Jelajah Lagenda Rock, Dato’ Zainal Abidin Awang Chik – telah mempengerusikan sidang media yang diadakan pada Selasa lalu bersamaan 12 Julai 2011 bertempat di Hard Rock Cafe, Jalan Sultan Ismail untuk mengumumkan maklumat lanjut mengenai konsert jelajah tersebut. Loudness LIVE in KL dianjurkan dengan sokongan Majalah Karisma, Majalah Revolution, dan Sinar FM sebagai radio rasmi.

Sempena sambutan 30 tahun rock, lagenda rock Jepun Loudness telah menggegarkan KL Live Center, Jalan Sultan Ismail pada 24 Julai 2011. Konsert ini telah mempersembahkan gabungan istimewa daripada kumpulan Loudness dengan kumpulan rock tempatan, kerana ini merupakan persembahan gig terulung mereka di Malaysia.

Loudness telah meninggalkan kesan yang mendalam dalam sejarah rock kerana ia merupakan band yang pertama membuat persembahan di Madison Square Garden, New York dan juga band pertama Asia yang telah membuat persembahan untuk kali pertama bersama band ternama seperti Montley Crue dan Twisted Sister. Tidak dilupakan juga penampilan istimewa daripada penyanyi rock tempatan Amy Search, yang akan membuat persembahan bersama kumpulan Nippon buat kali pertama.

Persembahan sampingan termasuklah kumpulan rock lama Satira dan diteruskan dengan penyanyi rock wanita Shewolves serta menampilkan kumpulan lagenda rock Sofea / SYJ.

Tandakan kalendar anda dan datanglah ke KL Life pada 24 Julai 2011 bermula jam 5pm untuk menyaksikan sendiri kehebatan, gegaran serta keunggulan muzik dan lagu daripada Loudness!

LoudnessFinalROTTW

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

PUMA FAAS Collection Brings Jamaican Speed

Filem Rock Ooo Rimba Bara Kembali