Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Comeback Nur Fatimah & Album Terbaru



Ingatkah lagi korang dengan seorang penyanyi bersuara lantang yang bernama Nur Fatimah? Ingat lagi dengan lagu Selendang Sutera yang pernah menaikkan nama Nur Fatimah sekitar awal tahun 2001? Budiey masih ingat lagi bait-bait lagu Selembut Sutera yang telah menaikkan nama Nur Fatimah. Malah lagu ini memang antara lagu kegemaran pada ketika itu. Namun, amat malang bagi gadis ini kerana album pertamanya tidak memberi platform yang teguh untuk Nur Fatimah kekal dalam industri.

PROFILE NUR FATIMAH
Nur Fatimah telah mencebur diri dalam bidang nyanyian seawal umurnya 17 tahun dan pernah dimahkotakan sebagai pemenang Golden Teen Search pada tahun 1999. Berbekalkan dengan pakej bakat vokal nyanyian mantap dan rupa yang eksotik, Nur Fatimah kembali untuk album kedua berjudul Gadis pada tahun 2003. Album yang menggabungkan pelbagai element pop, R&B dan soul ini sedikit sebanyak memberi impak positif kepada karier Nur Fatimah. Namun, yang diimpikan tidak pastinya akan digapai dengan mudah. Yang bermutu tidak semesti mendapat perhatian ramai pendengar. Nur Fatimah kembali sunyi menyepi dalam beberapa ketika. Beberapa tahun selepas itu, Budiey ada dengar Nur Fatimah menjadi pembaca berita di satu stesen TV.

Budiey kagum dengan sikap optimistik yang tertanam dalam jiwa Nur Fatimah kerana tabah melalui pelbagai dugaan untuk mengecapi impiannya. Untuk menambah lagi pengetahuan dalam bidang muzik, Nur Fatimah menyambung pengajiannya dalam bidang muzik dan persembahan di ICOM & OCEAN. Nur Fatimah juga berbakat dalam penulisan lirik lagu dan setakat ini lebih 40 lirik lagu telah dihasilkannya.

COMEBACK NUR FATIMAH
Kini, Nur Fatimah dengan langkah optimisnya terus melangkah untuk melakukan comeback dalam erti kata yang sebenar. Di bawah naungan pengurusan terbaru yang lebih progresif, SATU… kini Nur Fatimah kembali yakin dan gagah mendepani segala cabaran dalam kariernya.

Lagu single pertama berjudul RINDU diharap dapat menyuntik kembali tumpuan dan ingatan peminat kepada penyanyi yang bersuara gemersik ini. Lagu ini adalah sentuhan dari komposer yang trendy dengan lagu pop iaitu Audi Mok dan gabungan idea Nur Fatimah dan Ireani.

Budiey dan Azwan di Sensasi Selebriti akan sentiasa menyokong Nur Fatimah dan semoga comeback ini akan mencipta satu kejayaan yang membanggakan buat anda!

[tags]nur fatimah profile, biodata penyanyi, soul singer, lirik selendang sutera, selembut sutera songs, imeem.com, icom, ocean, champion Golden Teen Search, pembaca berita, sensasi cerita, how to be an optimistic human, tips jujur, album baru khai, setinggi angkasa, comeback[/tags]

Tags: ,

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Lirik Lagu Terbaru Nur Fatimah – Rindu
  • Trivia: Nur Fatimah & Datin Natasha Hudson
  • Gambar Mawi di Pelancaran Album Terbaru ALLAH HABEEBI
  • DRAMA FATIMAH NAJWA, SLOT GALERI FAMILI KHAS RAMADAN
  • Azam Noryn Aziz Terbit Album Baru Lebih Mengancam
  • Rakaman Konsert Raya Pop Yeh Yeh RTM
  • Next Generation Of Spice Girls
  • Apa Kata Wanita Bersama Zamzarina Sempena Merdeka
  • Album Kompilasi Terbaru Ella BALADA
  • Sheera Iskandar, Wan Maimunah Dalam Drama Fatimah Najwa



  • 5 Komen untuk entri “Comeback Nur Fatimah & Album Terbaru”

    1. affanazami kata:

      wah anticipatednya!!!!!

    2. KOS-mopolitan kata:

      All the best la Nur Fatimah…lagu ko SELEMBUT SUTERAdulu pon best. Peminat sekarang ni susah nak teka hati mereka…tengok lah Dayang terkeluar dari OIM, juga Faizal Tahir yg berbakat dari segi vokal kalah dgn vokal Suki yg nak tarik pon struggle tu. Kalau album U bagus Nur…aku pasti beli…tapi kalau Suki buat album…”ADA AKU KESAH?”

    3. ayymanrahim kata:

      i support u nur fatima.

    4. key kata:

      Nur mmg suara nya ada kualiti dan berbakat besar… dari dulu kini dan selamanya aku akan sentiase menyokong suara dan bakat yg ada pd penyanyi ‘soft spoken’ nie.. dia mmg berbakat besar..!!
      aku akan sentiase menyokong kau ‘Cik Nur’…
      Love u.. ‘-)
      lol

    5. nur farhana kata:

      Norfatimah….suara sdap sgt….sy suka sgt lagu selembut sutera…

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK