in

Clear & Rexona Bergabung Tenaga Dengan Pasukan Lotus F1

Membina Semangat dan Keyakinan Lelaki Malaysia

Clear dan Rexona bergabung tenaga dengan pasukan Lotus F1 untuk membawakan pengalaman Formula 1 kepada para jejaka Malaysia

Clear dan Rexona mengumumkan perkongsian mereka dengan pasukan Lotus F1 kepada rakyat Malaysia dengan penuh debaran, semangat dan kelajuan. Kedua-dua jenama Unilever ini bersatu tenaga untuk mengubah kawasan legar pusat membeli belah Mid Valley Megamall menjadi pameran ekstravaganza sukan pemotoran, selaras dengan ketibaan Formula 1 Malaysian Grand Prix musim 2013.

Clear dan Rexona bekerjasama dengan Watsons untuk membawakan pengalaman unik seumur hidup ini kepada orang ramai. Pameran bergerak untuk pengguna ini yang berlangsung mulai Khamis 21 Februari hingga Isnin 25 Februari ini memberi peluang kepada para pengguna merasai kehebatan jenama ini apabila mereka mengambil bahagian dalam beberapa aktiviti seperti ujian kulit kepala Clear dan ujian peluh Rexona.

Dengan pembelian minimum mana-mana produk Clear dan Rexona bernilai RM20, pengguna turut berpeluang menguji kecekapan memandu mereka menggunakan simulator perlumbaan Formula 1 yang disediakan. Mereka akan bersaing untuk menduduki tangga teratas papan perlumbaan LED yang disediakan. Pemandu yang terpantas pada setiap hari akan menerima dua keping tiket tempat duduk Astaka untuk menyaksikan F1 Malaysian Grand Prix.

Pada hari Ahad, 24 Feb, empat pelumba teratas daripada hari-hari sebelumnya akan bertarung untuk memenangi baucar Watsons bernilai RM1,000. Sama seperti nilai jenama Clear dan Rexona, perlumbaan ini merupakan ujian kesungguhan dan kecekapan untuk membuat pilihan daripada kalangan yang terbaik.

Semasa pameran, para pemegang kad Watson berpeluang memakai jaket perlumbaan dan mengambil gambar bersama para gadis litar lumba yang menawan di gerai foto dengan pembelian minimum mana-mana produk Clear dan Rexona bernilai RM20.

Sebagai menghargai sokongan orang ramai, Clear dan Rexona turut menawarkan tiga pasang tiket tempat duduk Astaka untuk menyaksikan Monaco F1 Grand Prix pada 26 Mei 2013. 6 individu bertuah ini akan turut menikmati penginapan 5 hari 4 malam di Monaco bersama tiket-tiket penerbangan. Bagi menyertai peraduan seluruh negara ini, orang ramai perlu membuat pembelian minimum bernilai RM 10 untuk mana-mana barangan Clear dan Rexona dan menjawab satu soalan mudah.

Kerjasama Clear dan Rexona dengan pasukan Lotus F1 merupakan satu padanan yang sempurna dalam banyak aspek. Rexona, yang berpegang kepada falsafah kesungguhan, cita-cita dan kecemerlangan dalam prestasi, adalah seiring dengan kesungguhan pasukan Lotus F1 untuk menjadikan musim 2013 mereka satu kejayaan.

Clear, yang mengutamakan keberkesanan, teknologi kepersisan dan prestasi, mencerminkan kejayaan yang telah dicapai selama ini oleh pasukan Lotus F1 yang masih baru ditubuhkan, khususnya kejayaan Grand Prix pertama mereka di Abu Dhabi tahun lepas, hasil daripada kecekapan pemandu mereka Kimi Räikkönen.

“Formula 1 telah berjaya mengekalkan popularitinya di kalangan kaum lelaki Malaysia sejak edisi pertama Malaysian F1 Grand Prix pada tahun 1999. Kehebatan pecutan serta debaran perlumbaan Formula 1 menjadi daya tarikan kepada para pengguna dan kami mahu menghargai mereka melalui perkongsian ini,” kata Lim Cheng Yee, Pengurus Jenama bagi Rexona, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd.

“Clear Men mencerminkan keberkesanan, teknologi kepersisan, dan prestasi di mana tiada sukan lain yang membawakan nilai ini dengan lebih kukuh lagi selain Formula 1. Kami menawarkan pelanggan penyelesaian khusus terbaik untuk mencegah kelemumur – memberikan mereka keyakinan untuk membawa impak yang berkesan pada bila-bila masa, di mana-mana jua. Melalui perkongsian dengan Formula 1, kami memberi peluang kepada para pengguna untuk mengalami sendiri impak kemenangan yang hanya boleh diberikan oleh jenama yang berkesan, berkepersisan dan berprestasi tinggi seperti Clear Men,” menurut Andrea Huang, Pengurus Jenama Clear, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd.

“Kami merasa bangga dipilih oleh Clear dan Rexona dan gembira dapat bekerjasama dengan dua rakan terbaru kami ini. Kesungguhan dalam perniagaan dan keinginan untuk menang dikongsi bersama oleh kilang kami dan jenama Clear dan Rexona di mana ini akan memastikan perkongsian yang sama-sama memberi faedah untuk tahun-tahun akan datang,” kata Eric Boullier, Prinsipal Pasukan bagi Lotus F1.

Lotus

Lotus

Lotus

Lotus

Lotus

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Samsung’s Be Creative Contest Winners

Filem Songlap Meneruskan Tayangan Antarabangsa