in ,

Drama Bersiri CINTA TERUNA KIMCHI Lakonan Nazim Othman

TV3 tidak pernah berhenti membawakan drama rantaian terbaik buat tontonan rakyat Malaysia. Setelah kejayaan drama bersiri Cik Cinderella dan Encik Tengku lakonan Zahirah Macwilson dan Shukri Yahaya yang berjaya mencatat cecahan ratings hampir 4.1 juta dalam episod akhir yang lalu, kini sebuah lagi drama baharu berjudul Cinta Teruna Kimchi menemui penonton sejak 28 Januari 2016 lalu.

CTK5

Lanskap cerita menarik dan berlatarkan negara Korea-Malaysia, Cinta Teruna Kimchi diramal bakal meneruskan kejayaan drama yang mengisi slot waktu perdana tersebut. Membariskan pelakon terkenal dan hebat seperti Nazim Othman, Risteena Munim, Johan As’ari dan Niena Baharun, drama slot Zehra itu kini bersiaran setiap Rabu hingga Jumaat jam 9.00 malam eksklusif di TV3.

Cinta Teruna Kimchi mengisahkan ‘suratan di sebalik satu pencarian’ apabila Kang Ye Jun (Nazim Othman), mahasiswa tahun dua di Universiti Hankuk dalam bidang kajian luar Melayu-Indonesia yang cuba mendapatkan jawapan tentang siapakah ayahnya yang sebenar.

Persoalan yang menghantuinya sejak dari kecil itu bertambah runsing apabila dia menemui sekeping foto lelaki berkopiah yang besar kemungkinan adalah ayahnya. Dia lebih kecewa apabila mengetahui ibunya menyorokkan kisah yang sebenar dan membiarkan dia tertanya-tanya.

Berdasarkan foto itu dia yakin bahawa ayahnya berbangsa Melayu sama ada dari Indonesia atau Malaysia. Lantas dia beriya mendalami bahasa Indonesia-Malaysia serta mendalami Islam. Pada awalnya dia menyalahkan agama kerana itu mungkin di antara penyebab dia tidak bertemu ayahnya dari kecil lagi. Malah dia berasa malu kerana ada yang beranggapan dia adalah anak luar nikah. Keperitan hidup Kang Ye Jun juga menyebabkan dia berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajarannya. Dalam masa yang sama, hasil didikan ibu dan neneknya, Kang Ye Jun juga gemar memasak dan pandai menyediakan hidangan ‘Kimchi’. Di berwawasan untuk ke Malaysia bagi membuka restoran Kimchi yang memberi makna yang tersendiri bagi dirinya sekeluarga.

Sedang Kang Ye Jun mencari maklumat tentang Islam di Masjid Itaewon, dia mengenali Amin (Johan As’ari) yang merupakan pembantu imam. Pertemuan itu membuka hatinya tentang ketulusan agama Islam. Malah dia juga terpilih untuk menghabiskan pelajaran semesternya di Malaysia.

Di Malaysia Kang Ye Jun diselia di bawah Suraya (Risteena Munim) yang juga merupakan pensyarahnya. Dalam masa yang sama, Kang Ye Jun sekelas dengan Saidah (Niena Baharun) yang sebenarnya bakal dijodohkan dengan Amin. Suraya bersifat kebaratan namun tenang bersama Kang Ye Jun yang sering memberikan nasihat seperti yang dipelajarinya dari Amin. Manakala Saidah teruja belajar bahasa Korea dengannya. Hubungan erat mereka memerangkapkan mereka dalam segitiga cinta.

Suraya menyukai Kang Ye Jun tetapi Kang Ye Jun menyukai Saidah. Manakala Saidah terpaksa melupakan hasratnya kerana menunggu kepulangan Amin. Dalam masa yang sama kang Ye Jun tetap berazam mencari ayahnya, Haji Yusuf (Rahim Jailani).

Saksikan suratan di sebalik pencarian Kang Ye Jun dalam drama bersiri Zehra berjudul Cinta Teruna Kimchi setiap Rabu hingga Jumaat jam 9.00 malam hanya di TV3.

CTK7

CTK6

CTK3

CTK4

CTK2

CTK1

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Angelina Jolie Bakal Filemkan Kisah Celine Dion

Lagu SUDAH KU TAHU Projector Band Ditonton Lebih 1Juta di Youtube