in

CINTA TERBAIK Uji Kemampuan Syed Shamim

Cinta Terbaik – Ciptaan Aiman dan lirik oleh Tanty merupakan sebuah lagu Balada yang menguji kemampuan Syed Shamim sebagai seorang penyanyi. Sebelum ini Syed Shamim begitu selesa menyanyikan lagu – lagu santai genre moden pop bersama pasangan duetnya Tasha Manshahar (Be Mine, Cuba Teka dan Selamat Ulang Tahun Cinta) Tetapi satu kelainan tercipta apabila ED menerima lagu ini untuk di rakam dan diperdengarkan kepada umum khusunya buat peminat dan pengikut Syed Shamim.

Pertama kali apabila diberi 2 pilihan lagu, ED terus tertarik untuk memilih melodi lagu ini walaupun pada keika itu beliau hanya mendengar demo melodi tanpa lirik. Melodi yang cukup kuat membuatkan ED begitu yakin bahawa lagu ini boleh diterima pendengar. Namun ianya merupakan satu cabaran baru yang harus dilaksanakan dengan baik.

Sebagai seorang penuntut yang mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Muzik, bagi ED tiada sebarang halangan untuk menyempurnakan sebarang genre lagu yang diberikan kepadanya. Cuma ianya perlukan latihan dan penelitian khusus agar lagu yang dibawakan memuaskan hati semua pendengar khususnya pencipta lagu itu sendiri.

Bercerita tentang pengalaman di dalam studio bersama Aiman. Menurut ED, Aiman dan rakan – rakannya banyak membantu ED serta tidak lokek memberi ilmu serta teknik bagaimana menjiwai lagu balada ini agar dapat disampaikan dengan sempurna. Disamping itu ED turut membuat home work sendiri bagi memperkukuhkan lagi keyakinan beliau sewaktu rakaman.

Selain bercita – cita memiliki studio sendiri suatu hari nanti, ED juga mengimpikan menjadi seorang penyanyi dan komposer yang berjaya seperti Ajai suatu hari nanti. Namun buat masa ini tumpuan dan perhatian penuh harus diberikan terhadap pelajaran yang akan tamat 2 tahun lagi di samping kerjaya nyanyian yang semakin berkembang.

CINTA TERBAIK
SYED SHAMIM
LAGU : AIMAN / LIRIK : TANTY

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bermalam di Hotel CaPITOL Bukit Bintang Kuala Lumpur

Asia’s Got Talent Premiere Tops Ratings in Southeast Asia & Taiwan