CINTA RIMA MELATI, FAHRIN AHMAD, MARCELL, LINDA ONN
Seantero dunia dah tau percintaan ‘teman tapi mesra’ Fahrin Ahmad dan personaliti radio terkenal, Linda Onn dah ‘terencat’ empat bulan lalu. Setakat ini, Linda Onn masih ke hulur ke hilir mencari pengganti. Tapi Fahrin pula ligat digossipkan dengan Rima Melati Adams. Naik gelak juga, macamana gossip ni boleh menular sedangkan Rima sebenarnya dah ada buah hati yang ganteng berkepala botak dari Seberang. Rima sendiri pun mengaku yang dia sering berulang-alik ke Jakarta bertemu kekasihnya itu.
Teropong punya teropong, bf Rima rupanya seorang penyanyi terkenal bernama Marcell! Eh! Bukankah Marcell dah ada isteri? Apa yang Budiey dapat tahu, sebenarnya, Marcell kiini berpisah dan masih dalam proses perceraian. Ura-ura yang tercetus mengatakan semuanya kesan dari hadirnya orang ketiga iaitu Rima. Tapi Rima sendiri menafikan dia yang menjadi punca perpisahan itu.
Sudah 6 bulan mereka bercinta. Maka, ini mengesahkan lagi bahawa antara Fahrin dan Rima memang tiada apa-apa. Tapi apa yang Budiey dengar dari seorang teman, ada mata-mata liar melihat Fahrin dating dengan Jue Aziz di sebuah restoran mamak. Yang geramnya, asalkan tengok diorang ni makan-makan je, dah nak buat statement yang diorang ni sedang bercinta. Padahal kawan biasa saje. Dalam pada duk canang gossip Jue dengan Fahrin, tak semena-mena timbul gossip Jue Aziz jatuh cinta dengan Hans Isaac. Ekoran dari ada mata-mata yang melihat Hans Isaac sanggup datang ke lokasi pengambaran drama untuk bertemu Jue.
Budiey sekadar mampu mengukir senyum kambing dengan stigma orang kita. Asalkan dua artis bertemu di khalayak, makan bersama di sebuah restoran, boleh ‘cop’ mereka sedang asyik masyuk bercinta.
Tags: Gossip
Tags: GossipClick on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





December 21st, 2008 at 12:03 am
ha…marcell ngn rima 2 da nk kawen dh next year..bla 2 xtahu la….yg pntg bkn ngn fahrin la….arap2 fahrin 2 jaoh2kn dri la dr linda 2…p ah cr pmpuan bek2 kit yg nk seidop smati bkn yg nk wat teman tp mesra seoerti knyataan yg di wat oleh linda ri2…
December 31st, 2008 at 8:45 pm
napa rima melati pilih marceel ? kan ke maceel kan islam? pikiaklah
February 1st, 2009 at 2:49 pm
rima melati pilih marcell sebab dia bukan islam. islam pada nama shj. islam pada keturunan. tapi jiwa & amalan bkn islam. Mungkin dia jahil giler & tak mau belaja dulu. indon buat, dia kira boleh buat jugak. bukn tanya dulu para pakar islam.
dah sah dlm islam haram kahwim psangan agama lain kecuali ahli kitab (skrg ahli kitab dah pupus). penganutr buddha tak termasuk pun ahli kitab.