in

Cinderella Moden Versi Korea Di TV2

Cinderella Moden Versi Korea Di TV2

Dongeng Cinderella terkenal di seluruh dunia dan dalam berkongsi kisah menarik tentang puteri raja yang cantik dan baik hati itu, masing-masing cuba mengadaptasikannya dalam versi dan bahasa sendiri supaya lebih dihayati penonton.

Terkenal dengan pesona pelakon-pelakonnya yang cantik dan tampan dan menjadi kegilaan ramai, Radio Televisyen Malaysia (RTM) membawakan drama bersiri terbaharu Cinderella dalam versi Korea bertajuk Cinderella’s Stepsister mulai 17 November 2011, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 5.00 petang di TV2.

Cinderella's Stepsister

Menerusi 30 episod siarannya, siri Cinderella’s Stepsister yang menampilkan pelakon hebat seperti Moon Geun Young, Seo Woo, Chun Jung Mying, Tae Cyeon, Lee Mi Sook, Kim Gab Soo dan Kang Sung Jin ini pastinya mengujakan penonton dengan jalan cerita menarik di samping babak-babak romantis antara pasangan kekasih dan kasih sayang serta kekeluargaan yang dekat di hati mereka.

Bakal mengisi slot Kristal yang mula menerima sambutan ramai dengan siri Pasta yang disiarkan sebelum ini, kisah yang telah dimodenkan dan diadaptasi dari cerita Cinderella ini mengangkat cerita seorang gadis yang cantik dan baik hati.
Ceritanya bermula apabila Eun Jo yang telah kehilangan bapa dan ibunya menemui cinta baru dengan seorang lelaki yang juga mempunyai seorang anak perempuan bernama Hyo Sun. Eun Jo berpindah apabila ibunya berkahwin dengan lelaki tersebut.

Di rumah tersebut, Eun Jo cuba untuk menyesuaikan diri namun dia tidak dapat menipu diri sendiri. Dia berasa tidak selesa lebih-lebih lagi dengan kehadiran adik tirinya, Hyu Sun. Hyu Sun disenangi oleh bapa dan ibu tirinya dan situasi itu menjadikan Eun Jo tidak berpuas hati.

Bagi Eun Jo, dia berpegang kuat dengan kenyataan bahawa Cinderella tidak akan disayangi oleh ibu tiri dan Hyo Sun telah memecahkan tradisi tersebut apabila disayangi oleh semua.

Lalu terlintas di fikiran Eun Jo ingin melakukan sesuatu tetapi apakah yang patut dilakukan oleh Eun Jo terhadap Hyo Sun?

konflik dalam Cinderella Stepsister

babak romantis Cinderella's Stepsister

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AirAsia X & Mister Potato Fullfills Dream of Boy With Rare Disease

Filem Cinta Kura-Kura