in ,

Cikgu Kemisah Kirby Siri 2 Kekalkan Watak Liza Othman

Kewibawaan dan peranan Cikgu Kemisah sebagai ibu dan nenek kepada keluarga, masyarakat dan bangsanya jelas diterima dalam siri pertamanya yang menemui penonton Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi saluran TV2 tahun 2010 yang lalu.

Kesinambungan drama rantaian 26 episod itu pastinya begitu dinantikan peminat karektor yang bukan sahaja bergelar seorang tokoh guru tapi juga kerana sikapnya yang begitu prihatin dan gemar menyumbang bakti pada masyarakat ini dan mulai 19 Jun depan, penonton berpeluang berkongsi plot menarik Cikgu Kemisah Kirby 2 yang disiarkan setiap Rabu, jam 9.00 malam di TV2.

Menerusi 26 episod siarannya, drama yang turut mengekalkan watak pelakon berbakat Liza Othman ‘menghidupkan’ watak Cikgu Kemisah ini turut dibintangi oleh Ako Mustafa, Shahrolnizam, Linda Hashim, Zul Ariffin, Maria Farida dan Jufri Rayyan Willliam.

[pullquote align=”right”]Cikgu Kemisah Kirby Siri 2 Kekalkan Watak Liza Othman di TV2 Mulai 19 Jun Ini[/pullquote]

Kisahnya bermula dengan Kemisah yang susah hati mengenangkan tingkahlaku anak-anaknya, Adi yang menuduh dia melebihkan anaknya yang seorang lagi bernama Amri. Sementara itu Bedah tetap dengan sikapnya yang suka menghasut Amri supaya memusuhi ibunya sendiri.

Kemisah kemudiannya ditawarkan menjadi tenaga pengajar jemputan berkaitan ilmu tekat oleh seorang pensyarah kolej. Namun Kemisah sentiasa dilanda kesedihan mengenangkan sikap anak-anaknya termasuk Adi dan Almas yang sibuk dengan urusannya sendiri. Sementara Anis pula jarang bertanyakan khabar. Mujur ada Nyonya Kim yang sudi mendengar luahan hatinya.

Bedah pula tidak sudah-sudah untuk mengganggu hidup Kemisah. Dia menuduh Kemisah dan anaknya, Almas yang cuba mempengaruhi fikiran anaknya, Dini supaya tidak berkahwin dengan Nizam. Hakikatnya Nizam bukanlah lelaki sebaik yang disangka oleh Bedah selama ini. Namun dia bijak berpura-pura di depan bakal mentuanya itu.

Dalam diam Kemisah mahu Almas menerima semula Jerome, yang sudah pun memeluk Islam. Jarome memutuskan tinggal di kampung mereka dan belajar ilmu silat selain mahu menyumbang bakti mengajar ilmu komputer kepada anak-anak kampung yang berminat. Begitupun Almas bersikap dingin terhadap Jarome.

Kemunculan Asmadi, bekas mat rempit yang lama menghilangkan diri mengejutkan orang kampung termasuk bapanya, Deraman. Mujur Deraman mahu menerima Asmadi dan sedia membimbing anaknya untuk kembali ke jalan yang benar. Bedah tidak ketinggalan cuba menghasut orang kampung supaya tidak menerima Asmadi yang mahu mengubah sikapnya.

Asmadi kemudiannya jatuh cinta dengan Almas dan nekad mahu memiliki gadis impiannya itu. Tetapi hasratnya tidak semudah itu tertunai kerana hubungan itu ditentang oleh dua abang dan kakak Almas walaupun Kemisah tiada halangan dengan hubungan itu. Deraman pula tetap meyakinkan anaknya kalau dah jodoh tidak ke mana.

Sementara itu Jarome pula berniat mengahwini Dini atas sebab mahu menjaga maruah gadis itu. Bedah terkejut. Begitu juga dengan yang lainnya. Majlis perkahwinan Asmadi dan Almas tetap ingin diteruskan. Namun Asmadi kemudiannya memutuskan untuk meninggalkan kampung semata-mata tidak mahu Almas dipinggirkan selepas ini oleh adik-beradik kandungnya. Tanpa diduga juga, Deraman pula mahu menikahi Bedah yang telah berubah atas nasihat Kemisah.

babak dalam Cikgu Kemisah Kirby

Liza Othman pagang watak Cikgu Kemisah

Keluarga Cikgu Kemisah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Oz The Great And Powerful di Astro Best

Filem Dampak Bakal Ditayangkan Pada 19 September 2013