in

Chow Kit Meneruskan Kegemilangan Songlap?

Chow Kit Meneruskan Kegemilangan Songlap?

Berikut merupakan teori atau harapan yang diletakkan pada filem produksi Lightbulb Pictures dan edaran Grand Brilliance, Chow Kit yang akan menemui penggemar filem negara pada 3 Mei 2012 kelak. Filem yang bertemakan realiti kehidupan di lorong Chow Kit ini akan membawa dua kisah berbeza yang akan bersatu di penghujungnya, seolah-olah penyelesaian pada sebuah teka-teki sepanjang filem tersebut.

Filem Chow Kitt

Dengan arahan oleh pengarah berbakat, Rosihan Zain, bahagian pertama filem Chow Kit akan membawa anda menyelami dengan lebih dekat kehidupan anak-anak yang dilahirkan dan dibesarkan di kawasan Chow Kit. Penat jerih anak-anak Chow Kit dalam setiap percubaan demi percubaan untuk memulakan hidup baru disifatkan sebagai jauh berbeza dengan kehidupan anak-anak lain dan atas dasar itulah Rosihan memilih untuk menumpukan pengarahannya pada anak-anak ini.

Bahagian kedua filem Chow Kit merupakan arahan pengarah muda, Brando Lee. Beliau memilih untuk menyingkap realiti kehidupan mereka yang terperangkap dengan hidup di lorong ini di mana demi mencari sesuap nasi, pelbagai cabaran perlu mereka hadapi.

Kancah pelacuran dan jual-beli dadah antara kisah gelap di Chow Kit yang dipelopori oleh tuan pengarah demi menghasilkan filem yang tidak lari dari kehidupan sebenar lorong tersebut. Namun di tengah-tengah kancah itulah terserlah nilai persahabatan dan pemeliharaan maruah, dan terputik bibit-bibit percintaan yang tidak tersangka.

Harapan tinggi yang diletakkan bagi filem Chow Kit bertindak sebagai pemangkin semangat bagi kedua-dua pengarah bagi memastikan filem karya mereka ini setanding dengan filem lain yang telah diiktiraf kualitinya di mata penonton filem Malaysia. “Kami harap penonton akan datang ke panggung dengan pemikiran yang terbuka, kerana filem ini sememangnya berbeza dari filem-filem yang pernah mereka tonton selama ini,” ujar Brando Lee ketika ditanya akan harapan beliau bagi filem ini.

Segala perkembangan terkini akan filem ini boleh didapati di laman Facebook www.facebook.com/chowkitmovie serta laman twitter @grandbrilliance.

Filem Chow Kitt

Filem Chow Kitt

chow kit

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Karnival Yuan Menampilkan Artis TVB Hong Kong

Video Travel Ke Beijing Syafiq Yusof Bersama Anuar Zain