in

Chermin, I’m Not Single, Saus Kacang di TV9

SINEMA RAYA TV9
Saus Kacang – 16 September, 10.00 malam

Mengisahkan sebuah perjalanan cinta yang sangat unik antara Dewi dan Fredo yang menghadapi konflik percintaan dengan tunangnya, Mae. Pelbagai pergolakan timbul di saat saat cinta berputik antara Dewi dan Fredo. Apakah kesudahannya?

I’m Not Single – 17 September, 10.00 malam
Adam dan Maya dipaksa berkahwin pada usia muda kerana perancangan ibu bapa masing masing yang bersahabat baik sejak kecil. Walaupun saling membenci dan langsung tidak mempunyai rasa cinta, Adam dan Maya tiada alasan untuk membantah tambahan pula perancangan tersebut disokong kuat oleh nenek Maya yang sangat teringin melihat persandingan cucu tunggalnya sebelum menghembuskan nafas terakhir. Maya sendiri mempunyai teman lelaki iaitu Dani. Dani dan Maya adalah pasangan kekasih yang telah merancang untuk berkahwin. Dani tidak dapat menerima kenyataan Maya sudah berkahwin mencari jalan untuk mendapatkan maya semula

Jangan Pandang Belakang – 18 September, 10.00 malam
Kisah misteri yang cukup menyeramkan ini mengisahkan seorang pemuda bernama Darma yang cuba mencari kepastian tentang sebab kematian tunangnya, Rose. Rose telah didapati mati tanpa diketahui punca sebenar. Darma bersama adik kembar Rose bernama Seri yang cukup mengenali keperibadian Rose, cuba mencari jawapannya. Rose yang mereka kenali adalah seorang yang periang dan ceria. Mereka telah pergi ke rumah Rose untuk memulakan siasatan dan di sana Darma telah menemui sebiji botol. Darma mengambilnya dan membawa pulang botol tersebut. Darma dan Seri mengesyaki sesuatu perkara yang pelik dan aneh berlaku di sebalik kematian Rose. Ramalan mereka dikukuhkan dengan beberapa perkara yang berlaku dan ditemui termasuk imej pada kamera digital Rose yang mereka temui. Selepas itu, hidup Darma tidak lagi tenteram. Setiap hari dia diganggu oleh ‘sesuatu’ dengan gangguan yang amat dahsyat. Pelbagai peristiwa pelik dan menyeramkan berlaku ke atas Darma.
Pelakon: Pierre Andre, Intan Ladyana, Khatijah Tan, Ruminah Sidek.

Chermin – 19 September, 10.00 malam
Chermin adalah kisah seram lagi mendebarkan mengenai seorang perempuan yang rohnya terperangkap dengan dendam dalam sebuah cermin antik. Plot cerita ini bertumpu kepada Nasrin yang mengalami kecacatan pada mukanya akibat kemalangan jalan raya yang penuh misteri. Nasrin mendapati dirinya begitu tertarik kepada sebuah cermin antik warisan keluarga yang ditemui oleh ibunya. Akhirnya, Nasrin menjadi obses dengan cermin tersebut sehingga mengagumi roh cermin itu dalam usahanya mengembalikan kecantikan wajahnya. Harga yang harus dia bayar adalah untuk memuaskan tuntutan cermin tersebut yang menuntut darah dan dendam. Apakah dia sanggup mengorbankan cinta demi keangkuhannya? Adakah dia mampu melihat ke dalam dirinya dan melihat kecantikan dalamannya? Atau apakah yang tercermin di hatinya adalah bayangan cermin itu?
Pelakon: Deanna Yusuf, Natasha Hudson, Khatijah Tan, Farid Kamil.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Program Majalah Raya 2010 di TV9

Drama Terhebat Raya 2010 di TV9